28 February, 2010

Menghilangkan Rasa Takut..

Aku pernah ke rumah mayat pada jam satu pagi..

Ceritanya begini, Arwah Emak meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Sudah tentulah kami sekeluarga amat bersedih dengan pemergiannya. Dipendekkan cerita, sebaik sahaja jenazah emak siap diuruskan, kami menuntutnya untuk dibawa balik ke kampung. Pagi itu, Abah memandu keretanya untuk ke rumah mayat. Abah kemuadiannya mengiringi jenazah dengan menaiki van jenazah. Jadi keretanya ditinggalkan di rumah mayat hospital.

Pada malamnya selepas selesai majlis kenduri arwah, salah seorang pakcik telah memberitahu bahawa kereta Abah masih berada di rumah mayat hospital! Memang tiada seorang pun diantara kami teringat mengenainya langsung! Abah pun tidak memberitahu Aku tentangnya. Lagipun pada masa itu keadaan sememangnya tidak mengizinkan. Banyak perkara yang hendak diuruskan oleh Abah. Aku tidak mahu menganggunya dengan perkara yang remeh-temeh.

Kebetulan malam itu ada seorang pakcik yang akan balik ke Johor Bahru. Jadi Aku mengambil keputusan untuk menumpang dan kemudiannya meminta beliau menghantar Aku ke rumah mayat hospital. Di sepanjang perjalanan bermacam-macam perkara menyeramkan bermain-main dalam fikiran kerana destinasi yang hendak dituju ialah rumah mayat hospital! Macam-macam cerita seram telah didengar berkaitan dengan rumah mayat. Namun sepanjang perjalanan, Aku sentiasa memastikan diri ini dalam keadaan tenang. Akhirnya kami tiba di rumah mayat hospital sekitar pukul satu pagi.

Sebaik sahaja tiba di hadapan pintu masuk ke rumah mayat hospital, Aku segera disapa oleh pengawal keselamatan rumah mayat tersebut. Berderau juga darah, kerana entah dari mana beliau muncul! Sudahlah di hadapan pintu masuk ke rumah mayat itu gelap! Sebaik sahaja perasaan terkejut Aku hilang, Aku segera menerangkan kepadanya yang Aku ingin mengambil kereta Abah untuk dibawa pulang.

"Ooo..Itu kerea Ayah Encik rupanya.. Ingatkan kereta sapa tadi. Dari pagi sampai ke petang takde orang datang ambil!"  " Jarang orang tinggal kereta kat rumah mayat ni"

Betulah tu Pakcik Pengawal, mana ada orang tinggal kereta di rumah mayat! Hanya keluarga Kami yang berbuat begitu! (Aku menjawab di dalam hati).

Perjalanan untuk balik semula ke kampung memakan masa lebih kurang satu jam setengah. Kalau tadi Aku ke rumah mayat bertemankan Pakcik sekeluarga, untuk perjalanan balik ini Aku akan memandu berseorangan!  Harap-harap tiada apa yang mengikut Aku balik..


Perkara pertama sebaik sahaja Aku menghidupkan enjin kereta ialah melihat kapasiti minyak. Masih ada setengah lagi! Walaupun masih ada separuh lagi (sebenarnya lebih daripada cukup untuk sampai ke destinasi) Aku tetap tidak akan mengambil risiko, Aku akan isi di stesyen minyak yang pertama Aku jumpa!  Berbekalkan Al Fatihah, Aku segera memulakan perjalanan. Setibanya di stesyen minyak, Aku terus mengisi minyak ke kereta dan membeli setin Red Bull untuk mengembalikan tenaga. Maklumlah sejak dari semalam sebenarnya Aku tidak dapat berehat secukupnya. Banyak perkara terpaksa diurusakan.

Sebaik sahaja selesai mengisi minyak, Aku meneruskan perjalanan. Di dalam fikiran sentiasa terbayang perkara-perkara yang menyeramkan. Perjalanan dari Hospital ke Bandar Kulai aku harungi seperti biasa, tetapi sebaik sahaja melepasi Bandar Kulai dan menuju Bandar Tenggara, segala perasaan takut itu keluar bermain-main difikiran, bertukar silih berganti. Maklumlah sepanjang perjalanan melalui jalan tersebut keadaan memang gelap, dikiri dan kanan jalan adalah ladang kelapa sawit dan getah. Jam pula sudah pun menunjukkan  pukul satu setengah pagi. Perjalanan masih jauh lagi. Kampung Aku terletak kira-kira dua puluh lapan kilometer dari Bandar Tenggara menghala ke Kluang. Memang jarang kenderaan memalui jalan tersebut selepas jam dua belas malam.

Aku mengekalkan kelajuan kereta sekitar 110km/h sepanjang perjalanan tetapi bila perasaan terasa lain macam sahaja, kelajuan kereta meningkat sehingga 160 km/h atau lebih!  Tiba-tiba hati tedetik.. "Eh! Bila memandu laju, fikiran menjadi fokus terhadap pemanduan, bayangan perkara-perkara menyeramkan segera hilang dari fikiran!"  Sambil memandu, Aku sempat membuat satu kesimpulan iaitu untuk meghilangkan ketakuan dalam diri ialah memberi fokus terhadap apa yang kita sedang lakukan. Aku segera mengujinya! Aku memperlahankan kenderaan kemudiannya memberikan fokus terhadap pemanduan.. Alhamdulillah hasilnya sama! Tiada lagi perasaan takut!

Aku selamat tiba di destinasi lebih kurang pukul dua suku pagi. Awal suku jam berbanding biasa!  Semua orang telah nyenyak tidur. Ada tips berharga yang aku pelajari dalam masa sejam suku perjalanan tadi. Apa yang hanya Aku boleh katakan ialah kemuncak kepada ketakutakn ialah lahirnya perasaan berani!  Fokus terhadap apa yang kita lakukan, segala ketakutan akan hilang..Insyallah!

8 comments:

anif® said...

Anif, aku rasa kalau p rumah mayat kat siri CSI, tak takut kot.. cam glamer jer.. hehe

anif® said...

Haha..betul rumah mayat dalam siri CSI nampak macam best jer..glamer & stylo. Nak tau berdiri bulu tengkok atau tidak meh pi rumah mayat hospital kat Malaysia :D

anif® said...

rumah mayat dkt HSAJB tu terletak berhampiran dgn Kubur Mahmoodiah..tu yang membuat perasaan kita seram semacam..

ayah mertua sya ada bercerita yg kereta kwn dia kena tumpang dgn XXX semasa lalu di kaw. kubur mahmoodiah pd waktu mlm..walahualam..

p/s: cuba anif masuk contest cerita seram dkt GengBlogger.com..mana tahu blh menang contest..

anif® said...

Insyallah akan di repost untuk masuk contest cerita seram yang tak seram pun.. :D

anif® said...

patut la saya x pernah takut pasal pape masa drive... sebab saya ni memang kalau drive dah x pikir benda lain dah.. xleh pikir.. hehe.. pikir nak sampai.. tu je

anif® said...

Jika merujuk kepada pemanduan memang benar.  Bila terlalu fokus terhadap pemanduan dan terlalu seronok, meningkatkan adrenaline.. Hilang takut sehingga tidak takut mati :D - Ini masalah utama pemandu di Malaysia (termasuk saya).

anif® said...

anif, lor, np tak btau jaja jek.. leh jaja amikkan kete tu ltk kat umah jaja dulu..
umah mayat tu mmg menyeramkan,.. tambahan lak dok kat mahmoodiah.. pastu dtg waktu dinihari time org2 smue dh tdo.. uish, konpem ngeri..
kalo jaja, rela esok siang bru g amik kete tu.. huhu papepun, kamu mmg brani.. thumbs up!!

anif® said...

:D Memang menyeramkan.. Tapi kalau dah terdesak tiba-tiba boleh jadi berani!