30 January, 2009

2009 - Penuh Cabaran

2009 merupakan tahun yang penuh cabaran. Kesannya telah mula dilihat bagi sektor yang berkaitan dengan pembuatan dan elektronik yang menjurus kepada pasaran eksport.

Bagi yang berumur sekitar 30an, ini mungkin kali kedua merasai kegawatan ekonomi. Pertama sekitar 1997/98 dan yang kedua 2008/09. Kegawatan 1997/98 menyebabkan kita mengalami kesukaran mendapatkan pekerjaan. Ini menyebabkan ada diantara kita terpksa menerima pekerjaan yang bukan diminati atau terpaksa menerima pekerjaan yang tidak selari dengan pengkhususan semasa belajar di IPT (Merujuk kepada pengalaman diri sendiri). Alhamdulillah walaupun terpaksa lari dari bidang pengkhususan, semuanya berjalan lancar akhirnya.
Sepuluh tahun berlalu, tahun 2009 kegawatan datang lagi tetapi kali ini kebanyakan dari kita yang berusia sekitar 30an berada di alam pekerjaan. Sudah tentulah ianya akan memberi dimensi baru di dalam hidup. Mungkin kali ini kita akan merasa amat tertekan atau berada di dalam situasi yang paling sukar dalam hidup. Kebanyakan dari kita majoritinya sudah pun mendirikan rumah tangga dan ini akan menambahkan lagi tekanan.

Apa yang penting dalam menghadapi saat-saat sukar ialah mengawal kos ke tahap yang paling minimum. Tentunya ianya akan menganggu sedikit keselesan hidup. Berkorban sedikit keselesaan untuk mengurangkan kos tentunya lebih baik daripada tidak berbuat apa-apa mengenainya. Apa yang boleh di jimatkan? Mungkn kita boleh mulakan dengan menjimatkan bil utiliti. Potong segala perbelanjaan yang tidak perlu dan yang paling penting ialah keupayaan diri membezakan antara keperluan dan kehendak! Semoga anda dan saya berjaya mengharunginya, Insyallah :D

29 January, 2009

Rezeki Tahun Baru!

Hari ini merupakan hari terakhir Rakan setugas berada di “IT Department”. Beliau akan meninggalkan “Company” kerana mendapat tawaran yang lebih baik di tempat lain. Alhamdulillah. Pada tahun yang penuh cabaran ini masih ada berita gembira untuk sesetengah orang!

Sebagai seorang kawan merangkap rakan sekerja Aku menghargai setiap sumbangan yang beliau berikan kepada “Company” dan “IT Department” khususnya. Perasaan Aku sebenarnya berbelah bahagi kerana hilang seorang pembantu yang “Competent”. Sedikit rasa sedih dan selebihnya gembira kerana beliau berjaya meningkatkan diri.

Apa apa pun kita kena percaya yang rezeki ada di mana-mana dan ianya telah pun di tentukan. Paling penting kita mesti sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan kerjaya.

Bagi Aku yang masih tinggal di “IT Department” ini, kena cepat-cepatlah menyesuaikan diri semula seperti dulu-dulu, kembali bertiga! "Next mission" ialah mencari penggantinya.. tapi "not in a hurry" :D Ada yang berminat?

26 January, 2009

Nurin Iman & Sekolah - Part 2

Akhirnya pada 5hb Januari 2009 Nurin Iman secara rasminya ke sekolah! Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. She's so excited!

Selepas Azza menghantarnya, tak perlu nak menunggu...Rasanya tak ada budak-budak yang menangis masa hari pertama sesi persekolahan. Budak-budak sekarang nih dah cukup berani! Dari mana datang keberaniannya? Aku pun tak pasti, mungkin juga sejak beberapa tahun yang lepas kami sekeluarga sentiasa menceritakan segala yang baik-baik sahaja tentang sekolah :D

Sekolah ni pun baru di buka. Hanya ada 9 orang pelajar berserta dengan 2 orang guru! Bagus juga kalau tak ramai pelajar, Guru -guru dapat menumpukan lebih perhatian pada pelajar.


04 January, 2009

Nurin Iman & Sekolah - Part 1

Tahun 2009 ini Nurin Iman berusia 5 tahun. Memang dah sesuai untuknya bersekolah. Sebagai bapa, memang agak risau juga kerana tak pasti nak masukkannya ke sekolah yang mana satu. Private atau Kemas/Perpaduan? Perancangan awal ialah hendak mendaftarkan dia ke sekolah tadika private yang berdekatan.

Mungkin dah rezeki, pada bulan November 2008 yang lepas, dapat borang pendaftaran ke tadika dari seorang jiran. Katanya ada sebuah tadika tabika yang akan dibuka berhampiran dengan rumah kami, atau dengan lebih tepat lagi di sebelah balai raya kawasan kejiranan kami. Alhamdulilah!

Dari sehari ke sehari Aku perhatikan balai raya tersebut, tak nampak perubahan pun.. katanya nak dijadikan tadika tabika. Dah beritahu Nurin Iman yang dia akan bersekolah di situ, tapi bayang rupa sekolah pun tak nampak lagi. Tiba-tiba tak jadi macam mana pula? Dah tentu yang paling kecewa ialah Nurin Iman.

Risau juga, tetapi menjelang Disember 2008, baru Aku terperasan yang bangunan bersebelahan balai raya itu dah pun di “sketch” kan dengan mural. Rupa-rupanya sejak November lagi, Cikgu dan pembantunya telah menyiapkan susun atur dalaman sekolah itu dahulu dan kemudian baru luarannya :D


Akhirnya pada 1 januari 2009 sekolah itu telah pun dibuka dan Nurin Iman telah pun di daftarkan secar rasmi ke sekolah tersebut. Aku pun tumpang excited sama! Sesi persekolahan bermula 5 hb nanti. Tak sabar nak dengar feedback dari Nurin Iman mengenai hari pertamanya di sekolah.

03 January, 2009

Tahun Baru & Azam Baru

Selamat menyambut Maal Hijrah 1430 dan Tahun baru 2009! Taklah lewat sangat mengucapkannya, sepatutnya entry ini Aku buat sebelum akhir tahun lepas. Tapi seperti yang Aku jangka, Disember sememangnya penuh dengan drama!

Pada 23hb Disember, semua sistem telekomunikasi (telefon/leased line/broadband) di pejabat lumpuh. Semuanya berpunca dari kecuaian kontraktor yang menjalankan kerja penambahan kabel fiber optic di bawah bangunan yang menyebabkan kabel fiber optics sedia ada terputus.

Hmmm panik jugak pada mulanya tiba-tiba tepat pada pukul 5:30 petang semua talian telefon, internet dan leased line tak berfungsi. Kebetulan pula pagi itu ada memo terbaharu dari management mengenai “cost cutting measurement”! Takkanlah sampai nak berjimat cemat..tepat jam 5:30 petang semua talian telefon tak berfungsi? Haha lawak-lawak! Tak pasal-pasal semua staff fikir “company” sedang catu telefon dan internet!

Laporan di buat pada pihak TM melalui talian 100 dan pihak TM kemudiannya mengesahkan yang ianya merupakan “major problem” dan minta Aku untuk stay sementara mereka mengkordinasi “tech support” dan kontraktor untuk proses trouble shooting dan baik pulih. Tak pasal-pasal hari itu Aku kena stay back sampai pukul 2:00 pagi esoknya.

Ok la sempena tahun baru ini tentunya setiap dari kita ada azam yang hendak dicapai untuk tahun 1430/2009. Secara jujurnya azam tahun yang lepas pun masih ada lagi yang tertunggak! Jadi azam tahun baru semesrtinya melaksanakan azam yang tak terlaksana dari tahun-tahun yang sebelumnya :D

Rasanya ada la 2 perkara yang berjaya Aku tunaikan pada tahun 2008 yang lepas, pertama Aku berjaya meng”online” kan diri dari rumah. Kedua, berjaya mendisplinkan diri untuk menyimpan, walaupun tak banyak tapi konsisten.

Tahun 1430/2009 ini, Aku berazam untuk memasukkan beberapa perkara lagi di dalam senarai seperti meningkatkan pemberian derma, zakat pendapatan dan mengurus masa dengan lebih baik. Insyallah.