Serendah-rendah spesifikasi komputer peribadi sekarang pun sudah mampu untuk melaksanakan pelbagai tugasan. Tidak seperti lima belas tahun dahulu, untuk membolehkan sesebuah komputer memainkan cakera VCD perlu di "upgrade" kad grafiknya kepada yang lebih baik atau terpaksa memasang kad MPEG!
Kini Aku boleh katakan seni untuk membuat modifikasi terhadap sistem komputer peribadi telah hampir pupus! Seni "Overclocking" juga sudah tidak begitu popular dan kalau ada pun, caranya sudah menjadi begitu mudah, cuma masuk ke "BIOS" dan mencuba beberapa konfigurasi "multiplier" dan "bus speed" untuk mendapatkan kelajuan yang diingini. Dahulu semuanya dilakukan secara manual dengan kepakaran membaca "motherboard layout" dan kemudiannya mengubah "jumper" yang terdapat pada "motherboard"!
Aku benci kerja mudah..lebih-lebih lagi kerja yang terlalu mudah. I.T. Technician zaman sekarang sudah hilang seni dan serinya. Tiada lagi cabaran kerana sekarang zaman "Truly Plug n Play"!
