Showing posts with label Mee Rebus. Show all posts
Showing posts with label Mee Rebus. Show all posts

15 March, 2010

Mee Rebus Tetapi Lain..

Untuk mengenali budaya setempat, perkara pertama ialah mencuba makanannya. Adat orang merantau tentulah mahu mengetahui dan mencuba sesuatu yang baharu. Dalam keseronokkan bertemu dan mencuba perkara baharu tiba-tiba terdetik seketika, rindu dengan masakan asli Johor!

"Eh! Dah lama lah tak makan Mee Rebus!"  
"Mana nak cari Mee Rebus di Bandar Kuantan?"

Terus teringatkan Benteng, Medan Selera dan barisan gerai-gerai menghadap Sungai Kuantan yang cantik itu. Tidak berapa pasti sekarang, masih ada lagi gerai-gerai tersebut atau tidak. Kali terakhir ke sana tahun 1998! Dipendekkan cerita, Aku dan seorang rakan terus menuju ke sebuah gerai dan bertanya sama ada di situ ada menyediakan Mee Rebus. Alhamdulillah ada.  Maka berseronoklah seketika sehinggalah Mee Rebus yang ditunggu-tunggu itu sampai..

"Eh! Kenapa mee rebus ini lain macam aje?"
"Rupanya macam Mee Sup"
"Rasanya pun macam Mee Sup"  

Tidak mengapalah mungkin pelayan gerai tadi itu tersalah tulis. Aku dan rakan makan Mee Rebus yang mempunyai rasa Mee Sup dengan tanpa banyak soalan. Malas nak bising-bising tidak tentu pasal di negeri orang. Lagipun baru sebulan kami di Kuantan, sedang berusaha menyesuaikan diri dengan bahasa, makanan dan persekitaran.




Seminggu kemudian. Aku dan rakan yang sama sekali lagi ke Benteng untuk makan Mee Rebus. Kali ini kami mencuba gerai yang lain pula. Seperti biasa, kami bertanya dahulu samada di situ ada menjual Mee Rebus atau tidak. Kali ini kami pastikan bahawa kami tidak tersalah membuat pesanan. Tetapi apabila hidangan yang dinantikan tiba.. Eh! Mee Sup lagi!!

Keesokkan harinya kami berjumpa dengan seorang rakan sekuliah, orang tempatan. Kemudian kami menceritakan pengalaman kami mengenai Mee Rebus itu. Sebelum menjawab dan menerangkan perihal Mee Rebus itu beliau mentertawakan kami..

"Oh! Di sini kami dok panggil Mee Rebus.. Kami panggil Mee Jawa!"
"Mee Rebus di sini ialah Mee Sup"

Ciss!! Patutlah kami dapat Mee Sup setiap kali kami memesan Mee Rebus. Rupa-rupanya orang tempatan merujuk Mee Rebus sebagai Mee Sup. Manakala Mee Rebus stail Johor, ialah Mee Jawa!


17 July, 2008

Mee Rebus Stulang

Terima panggilan telefon dari seorang kawan lama jam 5:30 petang. Kebetulan hari ini dia berada berdekatan dengan Opis Aku. Setelah urusannya selesai, dia menjemput Aku dari opis lebih kurang pukul 6:00 petang. Malas nak keluar jauh-jauh, Aku mencadangakn supaya kami pergi ke Restoran Emie Kafe di Stulang bersebelahan dengan The Zone untuk minum. Sedang rancak berbual kelihatan pekerja di restoran tersebut sedang bersiap untuk berkemas dan menutup kedai. Aiks dah nak tutup ke? Kami baru sahaja nak mula berborak. Nampaknya kami kena pergi ke restoran lain lah untuk menyambung perbualan yang baru hendak bermula tadi.
Akhirnya kami mengambil keputusan untuk singgah di restoran mee rebus berdekatan dengan Opis. Sebenarnya Aku terlupa yang bersebelahan dengan bangunan tempat Aku bekerja ni pun ada tempat makan yang bagus. Kami order "mee rebus besar special" dan "otak-otak".



Mee Rebus Besar Special!
 
Kawan Aku ni bekerja di sebuah bank. Katanya budak-budak bank under NUBE dapat durian runtuh hari ini. Even bank clerk ditempatnya pun dah bergaji lebih dari officer! Rezeki budak-budak bank lah nampaknya :) Di zaman semuanya naik..mereka pun dapat naik gaji berserta bayaran back dated dari 2006! Betul-betul durian runtuh nih. NUBE dah selesai, lepas nih ABOM pulak!



Mee Rebus plus otak-otak = Best!
 
Mee rebus kalau di makan bersama otak-otak memang best! Sebenarnya Aku pun tak tau siapa yang mulakan trend ini. Tapi memang sesuai dan sempurna la kombinasi ni. Alhamdulillah, rezeki Aku lah nampaknya hari ini sebab kawan ni belanja Aku makan di dua buah restoran yang berlainan dalam hari yang sama. Thanks bro! Next outing Aku plak belanja :) Insyallah!