30 October, 2009

Malware - Cara Mengatasinya

Masalah utama pengguna Windows ialah Malware! Biasanya Malware ini terdiri daripada Spyware, Adware, Hijackers dan Trojan Horses.  Perisian anti virus, terutama yang bukan komersial pula tidak akan mengesannya kerana Malware ditakrifkan sebagai bukan virus.

Cuma sejak kebelakangan ini terdapat beberapa buah syarikat perisian anti virus yang mula mengintegrasikan program anti malware dan anti virus di dalam satu produk perisian. Kebiasaannya  produk perisian tersebut merupakan produk perisian anti virus komersial.  Rasanya memang belum ada anti virus percuma yang dilengkapi dengan perlindungan malware yang betul-betul berfungsi dengan baik. 




Fight spyware with SpybotSD


Oleh kerana kebanyakkan daripada kita masih menggunakkan persian anti virus percuma, penambahan perisian anti malware adalah satu langkah yang amat baik.  Salah satu produk perisian anti malware yang popular ialah Spybot.  Spybot telah berada di internet sejak tahun 2000 dan yang paling penting ianya juga percuma!  Pangkalan data pengesanan malware juga lengkap dan  berupaya dikemaskini secara online, jika diperlukan.  Persian ini juga mampu melindungi komputer secara "real time" setanding dengan produk komersial. 



Real Time Protection ataupun Residen Tool di dalam spybot ini di panggil "Tea Timer".  Ia akan menggunakan sehingga maksimum 80MB RAM tetapi pada kebiasaannya, ia hanya menggunakkan antara 35 - 50MB.  Bagi komputer moden yang mempunyai RAM yang besar, ianya tidak akan menjejaskan prestasi semasa tetapi bagi komputer yang mempunyai RAM yang kecil (kurang dari 1GB) adalah di cadangkan untuk mematikan fungsi "Tea Timer"  untuk mengurangkan bebanan pada komputer.

Kesimpulannya jika mahukan perlindungan daripada Malware, perisian ini adalah menjadi satu kemestian untuk digunakan dan ia merupakan pelengkap terhadap mana-mana perisian anti virus percuma.


28 October, 2009

Google Docs - Maksimumkan Penggunaannya

Google Docs ialah applikasi web percuma yang mengandungi applikasi word processor, spreadsheet, presentation dan applikasi form yang ditawarkan oleh Google.  Dengan kata lainnya, sekirannya komputer tidak dilengkapi dengan applikasi seperti Microsoft Office atau Open Office, seseorang itu masih boleh lagi mencipta dan mengedit dokumen dengan hanya mengakses internet!



Pengguna juga dibenarkan untuk "upload" fail-fail dokumen yang sedia ada dari komputer ke Google Docs kecuali fail-fail yang mempunyai format *.pdf.  Walaupun Google Docs menerima fail-fail fokumen tersebut berkemungkinan besar fail-fail tersebut perlu diedit semula berikutan pertukaran ke format Google Docs. 

Walau bagaimanapun, fungsi yang paling menarik bagi Google Docs ialah fungsi untuk berkongsi (collaboration) dokumen secara dalam talian internet.  Fungsi ini membenarkan fail-fail dokumen di akses oleh individu lain yang telah diberikan kebenaran oleh pemilik dokumen, samada untuk mengedit atau melihat sahaja.




Dengan memaksimumkan penggunaan Google Docs, pengguna sebenarnya boleh mengurangkan risiko penyebaran virus melalui "Thumb/Flash Drive" akibat dari memindahkan fail-fail dokumen dari satu komputer ke komputer yang lain.  

Jika sudah mempunyai Google Email ID, anda boleh juga menggunakannya untuk mengakses pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh Google seperti Blogger dan Analytics.


27 October, 2009

CCleaner - Mengurus Cookies/Temp Internet Files

Untuk memastikan komputer peribadi atau laptop berada didalam keadaan memuaskan, pengurusan "cookies" dan "browsing/temporary history files" serta file-file yang tidak digunakan oleh sistem adalah amat penting.  Jika kita sentiasa melayari web sudah tentulah "cookies" dan "internet surfing history" akan terhasil dengan banyaknya.  Lama kelamaan, ini akan menyebabkan prestasi  komputer peribadi atau laptop menjadi perlahan.


Untuk mengatasi masalah ini terdapat satu program utiliti yang dapat menyelesaikan masalah tersebut. Program utiliti tersebut ialah CCleaner. Program ini boleh di "download" dari internet secara percuma dan telahpun berada di internet sejak sekian lama.

Berdasarkan pengalaman lepas,  CCleaner mampu mempercepatkan proses memadam "cookies" dan "intenet browsing history" dengan cepat iaitu kurang dari 1 minit berbanding dengan kaedah pemadaman biasa.  Ini amat menjimatkan masa.   Versi terbaharu perisian ini ialah 2.25.  

CCleaner - Freeware Windows Optimization

Tips:

  • Untuk memastiakn prestasi komputer peribadi sentiasa didalam keadaan memuaskan, sila gunakan CCleaner sekerap yang mungkin.  
  • Untuk  memastikan privasi di internet sentiasa terjamin, gunakan CCleaner selepas menggunakan internet. (Selepas menutup Internet Explorer/Mozilla/Opera/Chrome) untuk memadam cookies.

25 October, 2009

Edisi Percuma AVG Anti-Virus 9.0

Bila memperkatan tentang Anti Virus, sudah pasti ramai yang mengakui keperluannya.  Walau pun  kesedaran tentang keperluannya telah meningkat,  tahap kesediaan untuk membeli masih lagi rendah!



Namun kita bernasib baik kerana terdapat beberapa buah syarikat pengeluar perisian Anti Virus seperti AVG  yang masih lagi menyediakan perisian Anti Virus percuma.   Versi terbaharu ini ialah  AVG Anti Virus Versi 9.0 - Edisi Percuma.,  Perlindungan asas daripada virus, perisian pengintip dan ancaman yang dibawa oleh web.
    Setelah mengujinya selama beberapa hari, didapati bahawa prestasinya adalah lebih baik berbanding Versi sebelumnya iaitu Versi 8.5.  Alokasi "CPU resource" juga lebih baik, walaupun sedang melakukan "Full System Scan", "CPU resource" masih berada di sekitar 40% - 60%.  Ini bermakna kita masih lagi melakukan aktiviti seperti melayari halaman web ketika scanning dilakukan.  Prestasi yang amat bagus walaupun ianya cuma versi percuma.

    Walau bagaimana pun untuk perlindungan yang lebih sempurna dan menyeluruh pengguna dinasihatkan untuk beralih kepada versi komersial iaitu AVG Anti Virus 9.0 dan AVG Internet Security 9.0

    Nota:  AVG Anti-Virus Free Edition hanya tersedia untuk penggunaan satu komputer untuk kegunaan rumah dan bukan komersil.


    .

    24 October, 2009

    Activate Facebook Via SMS

    Untuk mengkatifkan servis Facebook Via SMS sila taip F dan hantar ke 32665.  Selepa itu Anda akan menerima Facebook Mobile comfirmation code.  Masukkan code tadi ke akaun Facebook.  Log in ke http://www.facebook.com dan  klik --> Settings --> Account Settings --> Mobile.  Done!




    Mulai sekarang semua orang boleh ber "Facebook"!  Tak perlu smartphone yang canggih. Hanya set handphone basic pun sudah memadai.  Anda akan dikenakan caj RM1 seminggu untuk "unlimited usage". 



    Untuk tutorial bagaimana menggunakannya sila rujuk http://www.facebook.com/mobile/?settings#/mobile/?texts

    23 October, 2009

    Celcom Blue Vs New Xpax


    Menjadi warga "Celcom Blue" sejak beberapa bulan yang lepas.  Sejak itu tak perlu mengingati tentang bila perlu untuk menambah nilai!   Yang Aku tahu, Plan panggilan Aku akan tamat tempoh pada tahun 2011!  Memang mudah bila ada plan yang membolehkan kita kekal aktif sehingga 2 tahun! 


    Celcom Blue

    Kesimpulannya plan ini sesuai untuk golongan yang kurang membuat panggilan dan untuk golongan yang tidak suka menambah nilai kredit panggilan terlalu kerap (orang yang selalu lupa / buat-buat lupa / Ingat-ingat lupa).  Selain daripada itu plan ini juga sesuai untuk dijadikan  talian untuk sistem keselamatan/pengawasan premis dan kenderaan berasaskan teknologi GSM kerana kos operasinya yang murah!



    Xpax

    Sementara itu, Azza pula telah  Aku "migrate" kan  dari plan Xpax Mid ke plan terbaharu Xpax  pada minggu yang lepas.  Oleh kerana Azza memang kerap membuat panggilan ke kampung, Aku merasakan yang plan terbaharu ini amat bersesuaian.  Lagipun tak semua saudara-mara kita menggunakan talian Celcom!  Maklumlah sekarang ini, walaupun nombor dihadapannya 019 tak semestinya Celcom, boleh jadi Maxis atau Digi!

    Plan Xpax terbaharu pula lebih menarik dengan pengenalan panggilan "15 pax"!   Semua nombor dari semua rangkaian boleh didaftarkan ke dalam "15pax" untuk menikmati kadar panggilan dan SMS yang lebih rendah.  Jadi selesailah masalah berkaitan kenalan rapat atau saudara mara yang dahulunya menggunakan Celcom kemudiannya bertukar ke rangkaian lain! 

    Kesimpulannya plan Xpax terbaharu ini memang sesuai untuk pengguna yang kerap membuat panggilan dan menggunakan perkhidmatan SMS ke raingkaian yang berlainan.

    Nota: Ini bukan promo Celcom. Aku tak dibayar sesen pun..

    22 October, 2009

    Syawal 09 - Part 3

    Kereta Abah yang rosak dan ditinggalkan di hadapan rumah makcik memang perlu dibaiki segera.  Pagi-pagi lagi Aku telah sampai ke bengkel untuk berjumpa dengan mekanik.  Setelah menerangkan keadaan kereta tersebut, berkemungkinan masalah yang dihadapi berkaitan dengan "Drive Shaft"!
    Mekanik biasa yang membaiki kenderaan Aku itu tidak keberatan meninggalkan bengkelnya untuk dibawa melihat keadaan kereta Abah.  Setelah melihat dan melakukan beberapa ujian, memang sahlah bahawa "Drive Shaft" kereta tersebut telah "loose".   Abah pun seolah-olah tidak percaya pada mulanya kerana sebulan sebelum puasa beliau baru sahaja menukarnya.  Apa-apa pun mungkin sudah nasib, komponen yang digantinya itu rosak terus... sebelum diganti sebulan yang lalu, ianya masih boleh digunakan cuma agak bising apabila kenderaan itu bergerak. Hmm sebab itulah ianya ditukar!

    Oleh kerana kereta itu tidak boleh bergerak langsung, ianya terpaksa ditunda ke bengkel.  Setelah sampai di bengkel, komponen yang rosak itu segera dibuka dan komponen baru dipesan.  Oleh kerana hari itu ialah Hari Jumaat dan sudah hampir tengahari, kami pun pulang ke rumah untuk bersiap ke masjid untuk Solat Jumaat.

    Sebaik sahaja balik dari masjid, mekanik tersebut menelefon dan mengatakan bahawa kereta telah siap diperbaiki.  Kami segera ke bengkel untuk melihat kereta dan seterusnya menyelesaikan bayaran untuk kos menarik dan membaiki kereta Abah.  Nasib baik juga harganya tidak berapa mahal.  Kena juga RM305!  Diskaun RM5...

    Setelah kereta itu sudah boleh bergerak,  kami meneruskan program berziarah ke rumah Pakcik di Taman Universiti yang tergedala semalamnya.  Aku pergi rumah Pakcik 2 kali :D  Malam semalamnya bersama-sama Pakcik-Pakcik yang lain dan sekali lagi bersama Abah..

    21 October, 2009

    Syawal 09 - Part 2

    ,Kami balik ke Johor pada Hari Raya ke 4. Pada asalnya memang mahu terus balik ke Kluang tetapi Aku membuat keputusan untuk balik ke Batu Pahat sebaik sahaja keluar dari Plaza Toll Air Hitam. Terkejut "Nyaie" bila kami tiba ke kampung sekitar pukul 12:30 malam! Maklumlah orang dah tidur dan dikejutkan pula..  Kalau tak disempatkan balik ke Batu Pahat,  bila sudah kembali ke JB nanti agak sukar untuk ke sana semula.

    Esoknya kami meneruskan  program ziarah kami ke Rumah "Atuk" dan seterusnya kami ke Simpang Renggam untuk ke rumah "Nyaie" Saudara dan 2 orang pakcik (adik-adik Abah).  Selepas itu kami merancang untuk balik ke Kluang.  Tetapi setibanya kami di rumah pakcik, kami dapati Abah pun ada di sana!  Hmm tak jadilah kami nak balik ke Kluang!  Kami sebaliknya merancang untuk pergi bersama-sama ke Kulai untuk menziarah Pak Long dan seterusnya ke JB.

    Sebenarnya banyak perkara menjadi tidak teratur sejak awal kami memulakan perjalanan berikutan terdapatnya masalah dengan rangkaian Celcom pada hari tersebut!  Kebanyakkan rancangan yang dibuat semuanya spontan.  Kali ini memang betul-betul beraya.. tanpa henti!

    Maghrib di rumah Pak Long dan kemudiannya Pak Long sekeluarga bersama-sama ke JB untuk ke rumah Makcik (Cik Ju).  Dari rumah Makcik (Cik Ju) kami ke rumah seorang lagi Makcik (Cik Jot) yang berada di Skudai.  Dari Skudai kami meneruskan perjalanan ke Taman Universiti untuk ke rumah seorang lagi Pakcik (adik Abah).  Sebaik sahaja kami ingin meneruskan perjalanan,  tiba-tiba kereta Abah mengalami kerosakkan!  Oleh kerana jam pun dah menunjukkan lebih kurang pukul 10:30 malam, Aku mencadangkan supaya Abah sekeluarga bermalam di rumah makcik dan esok pagi Aku berjanji akan uruskan penghantaran keretanya ke bengkel.

    Kami meneruskan perjalan ke Taman Universiti tanpa Abah. Setibanya di sana mereka amat terkejut mendengar berita tentang musibah yang dihadapi oleh Abah.  Manakan tidak.. kami bersama-sama bertolak dari Simpang Renggam ke Kulai melalui Lebuhraya Plus dan kemudiannya ke JB tanpa sebarang masalah petang tadi..  Hmmm.. nasib baik juga kereta Abah tak rosak semasa di lebuhraya!  Kalau tak tentu lebih banyak masalah!

    Alhamdulillah kenderaan kami tidak menghadapi sebarang masalah walaupun sejak dari raya ke 2, kami memang agak banyak berjalan..  Skudai --> Kluang --> Seremban --> Rembau --> Batu Pahat --> Simpang Renggam --> Kulai --> JB --> Skudai .. Memang amat meletihkan! Perjalanan telah pun merangkumi lebih kurang 1100 km!




    20 October, 2009

    Syawal 09 - Part 1


    Syawal kali ini disambut dengan kadar sederhana. Persiapan untuk menyambutnya lebih tertumpu untuk anak-anak dan isteri. Tahun ini giliran kami untuk pulang ke Negeri Sembilan.

    Aku berpeluang untuk bercuti panjang bermula pada Sabtu 19/09/2009 dan mula berkerja semula pada Hari Isnin 28/09/2009 minggu hadapannya. Alhamdulillah, kali ini kami sekeluarga berazam untuk memanfaatkan cuti tersebut sebaik mungkin dengan berziarah.

    Destinasi yang dituju ialah Rembau selepas semalamnya kami berziarah di sekitar Seremban. Balik ke kampung asal Abah dan Mak mertua. Perjalanan agak lancar cuma apabila tiba di pekan Rembau, jalan agak sesak. Biasalah di masa perayaan ini memang ramai orang balik ke kampung dan berziarah!


    Bila di Rembau teringat suasana macam di Johor cuma kampung orang negeri ini ada sedikit unik. Biasanya setiap rumah walaupun di kampung memiliki pagar!


    Walau bagaimanapun orang yang paling seronok ialah Nurin Iman dan Nurin Amani kerana salah sebuah rumah yang kami ziarahi itu ialah rumah lama negeri sembilan yang masih di dalam keadaan asal dan mempunyai banyak tingkap.


    Tak tahu kenapa kedua-duanya suka tentang rumah tersebut. Mungkin sebab keadaan sekeliling kampung yang tenang atau keunikan rumah lama tersebut....



    17 October, 2009

    Migrate Xpax Mid Plan to New Xpax Plan

    Empat hari yang lepas Aku buat pertukaran plan Xpax Mid yang sedia ada untuk Azza. Plan yang dimaksudkan ialah plan Xpax terbaharu yang memberikan lebih banyak kelebihan berbanding plan Xpax Mid. Terutamanya "15 pax" yang membenarkan sebarang nombor dari semua "telco" untuk didaftarkan dan menikmati kadar panggilan istimewa.

    Xpax Mid Plan

    Sebenarnya Aku memang agak keliru dengan kepelbagaian plan dari Celcom. Maklumlah terdapat beberapa plan semuanya seperti Blue, UOX, SOX, Xpax Mid. Apa yang membezakan plan tersebut ialah kadar caj panggilan dan kumpulan sasaran. Hmmm pililah untuk plan yang terbaik dengan buat sedikit "research". Pasti ada yang sesuai!

    New Xpax Plan

    Untuk migrate dari Xpax Mid ke plan terbaharu Xpax, cuma taip Mig Xpax dan hantar ke 28882. Pertukaran plan kali pertama adalah percuma dan pertukaran plan berikutnya akan di caj RM5 untuk setiap pertukaran.

    Secara peribadinya Aku memang menjangkakan yang plan terbaharu itu memang murah untuk senarai "15 pax". Maklumlah memang itu pun "Main Selling Point" untuk plan tersebut!" Panggilan selain "15 pax" memang agak mahal berbanding dengan Xpax Mid. Kadar Xpax terbaharu ialah 0.38 sen/minit manakala Xpax Mid ialah 0.35 sen/minit. Walau apa pun ianya masih lebih murah berbanding "Celcom Blue" pada kadar 0.45 sen/seminit!




    14 October, 2009

    Get no-cost, hassle-free antivirus protection for your home PC

    "Microsoft Security Essentials is new security software that helps protect against viruses, spyware, worms, and more. It provides comprehensive, high-quality protection from malicious software, and it works quietly in the background so it never interrupts your work.
    The best part is it's easy to download and completely free for customers running a genuine Windows operating system."


    Nampaknya pengguna sekarang sudah ada pilihan Anti Virus percuma selain dari AVG Free Edition dan ClamWin Free Anti Virus.

    Menurut Microsoft, pengenalan Microsoft Security Essentials tidak bertujuan untuk bersaing dengan Anti Virus komersial yang sedia ada. Sebaliknya ia hanya memfokuskan kepada 50 hingga 60 peratus pengguna Windows yang tidak membeli dan tidak mahu membayar untuk perisian Anti Virus komersial.

    Sekurang-kurangnya pengguna tersebut masih mendapat perlindungan hampir sempurna daripada virus, spyware dan malware.

    Details - http://www.microsoft.com/Security_Essentials/




    09 October, 2009

    Persiapan Raya - Part 2

    Tahun ini seperti tahun-tahun yang lepas Azza membuat kuih raya! Kali ini Azza menyediakan 2 jenis kuih iaitu "Corn Flakes" madu/Cokelat dan kerepek pisang! Dalam kesibukan membuat persiapan raya dan menguruskan anak-anak, dia masih berjaya mencari masa untuk menyediakannya :D



    Alhamdulillah.. Usahanya ini dapat membantu mengurangkan kos persiapan raya buat kami sekeluarga. Kalau semua nak tunjuk (kuih beli), tak boleh tahan poket nanti!

    Nurin Iman juga sangat gembira membantu emaknya menyediakan kuih-kuih tersebut. Bila sudah siap.. "Satu simpan dalam bekas.. dua masuk mulut Nurin Iman!" Kanak-kanaklah katakan..

    05 October, 2009

    Cerita Kelabu?

    Nurin Iman: Abah di TV ada cerita kelabu!
    Aku: Errr.. cerita apa Nurin Iman? (Terpinga-pinga sekejap)

    Kemudian baru teringat di TV 2 sedang ditayangkan cerita P Ramlee. Ooo itulah cerita kelabu yang dimaksudkan :D

    Entah sudah berapa ratus kali ianya disiarkan di kaca tv. Yang pastinya P Ramlee telah berjaya merekrut seorang lagi peminat kecil!




    shuffle b004 468x60