28 October, 2009

Google Docs - Maksimumkan Penggunaannya

Google Docs ialah applikasi web percuma yang mengandungi applikasi word processor, spreadsheet, presentation dan applikasi form yang ditawarkan oleh Google.  Dengan kata lainnya, sekirannya komputer tidak dilengkapi dengan applikasi seperti Microsoft Office atau Open Office, seseorang itu masih boleh lagi mencipta dan mengedit dokumen dengan hanya mengakses internet!



Pengguna juga dibenarkan untuk "upload" fail-fail dokumen yang sedia ada dari komputer ke Google Docs kecuali fail-fail yang mempunyai format *.pdf.  Walaupun Google Docs menerima fail-fail fokumen tersebut berkemungkinan besar fail-fail tersebut perlu diedit semula berikutan pertukaran ke format Google Docs. 

Walau bagaimanapun, fungsi yang paling menarik bagi Google Docs ialah fungsi untuk berkongsi (collaboration) dokumen secara dalam talian internet.  Fungsi ini membenarkan fail-fail dokumen di akses oleh individu lain yang telah diberikan kebenaran oleh pemilik dokumen, samada untuk mengedit atau melihat sahaja.




Dengan memaksimumkan penggunaan Google Docs, pengguna sebenarnya boleh mengurangkan risiko penyebaran virus melalui "Thumb/Flash Drive" akibat dari memindahkan fail-fail dokumen dari satu komputer ke komputer yang lain.  

Jika sudah mempunyai Google Email ID, anda boleh juga menggunakannya untuk mengakses pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh Google seperti Blogger dan Analytics.


No comments: