Showing posts with label Banner. Show all posts
Showing posts with label Banner. Show all posts

01 May, 2010

Header | Banner Untuk Blog Sendiri

Kegilaan membuat Banner | Header semakin menjadi-jadi. Kali ini Aku mencuba untuk membuat "design" yang sedikit kompleks (pada Aku la.. pada orang lain mungkin kacang je ni). Bagi yang sudah "Pro" tentulah tidaklah sesukar mana, tetapi bagi Aku yang baru beberapa minggu cuba membuatnya sendiri, ini merupakan satu langkah yang besar! Seronok rupanya membuat "graphic design" ni..
 



Mugkin sekarang masa yang sesuai untuk Aku mendalami bidang "graphic" dan "editing". Maklumlah dahulu belajar Photoshop pun cuma sekerat jalan. Lagipun sekarang ini ada banyak masa terluang.. Hendak bermula dengan yang mana dahulu yek.. "Photo Editing" atau "Graphic Design"?

27 April, 2010

Header | Banner Untuk Kawan-Kawan - Siri 2

Sepanjang minggu lepas dan sehingga semalam Aku telah berjaya menyiapkan empat buah Banner | Header untuk kawan-kawan. Dua disiapkan pada 21/04/2010, satu pada 22/04/2010 dan yang terakhir pada 27/04/2010. Projek seronok-seronok memang tiada tekanan!
 

Header | Banner untuk Blog Mista Blogga

Header | Banner untuk Blog Blogger Miey

Header | Banner untuk Blog Akmar

Header | Banner untuk Blog Ummiabbiqis




20 April, 2010

Header | Banner Untuk Kawan-Kawan - Siri 1

Sejak semalam dan pagi tadi, sebanyak tiga buah Header | Banner telah berjaya Aku siapkan. Yang pertama ialah untuk blog sendiri, kemudian Aku membuat satu untuk Siew Mei dan ketiga (pagi tadi) untuk Rumaizah.

Memandangkan hari ini Aku tidak sesibuk mana, maka sempatlah untuk menyiapkannya.


Ini Header | Banner untuk Blog ini

Header | Banner untuk Blog Siew Mei

Header | Banner Untuk untuk Blog Rumaizah




Harap mereka suka.. Sementara Aku sedang rajin.. haha.

19 April, 2010

Header | Banner Baru.. Yey!

Tiba-tiba teringatkan satu header banner yang terbengkalai, jadi dengan rajinnya Aku pun mula mengubah suai dan menyiapkannya untuk dipasang diblog. Tak sampai lima minit untuk disiapkan dan inilah hasilnya..


Ok sekarang blog ini sudah dikemaskinikan dengan Header | Banner yang baru.. Aku memang sukakan "artwork" yang seringkas mungkin.



14 January, 2010

Banner Baru.. YEY!!

Hari ini Aku "design" beberapa "header banner"! Kerja-kerja yang telah lama Aku tinggalkan.. Pada mulanya tergerak juga untuk menukar "template", tetapi terpaksa membatalkan niat kerana kesuntukkan masa. Kali terakhir menukar "template" rasanya hampir dua tahun yang lalu. Itu pun disebabkan "blogger" telah menambah beberapa "features", jadi terpaksalah menukar template untuk kekal "compliance".





Sekarang ini Aku gunakan "header banner" yang kedua untuk blog ini.  Macam biasalah Aku memang suka kombinasi hitam dan putih!