Generasi X merujuk kepada golongan yang lahir pada tahun 1964 hingga 1981. Aku adalah antara jutaan manusia yang tergolong didalam generasi ini. Mungkin Aku paling beruntung di dunia kerana dilahirkan pada tahun 1974. Kenapa agaknya ya? Bukannya apa, cuma samada perasan atau tidak? Aku mula bersekolah tadika pada tahun 1980 pada usia 6 tahun. Darjah satu pada tahun 1981. Darjah dua pada tahun 1982 dan seterusnya sehingga tahun 1986 di darjah 6. Jadi, senang nak ingat! "Entry" ini menumpukan kisah yang berlatar belakangkan tahun 1980 sehingga 1986 secara spesifiknya.
Isu SemasaPada tahun 1974 banyak perkara telah berlaku di seluruh dunia. Antaranya ialah Krisis Minyak Dunia, pasukan bolasepak Jerman menang Piala Dunia, India berjaya menjalankan ujian nuklear untuk kali pertama, Presiden Nixon meletak jawatan berikutan Skandal Watergate, Perjanjian damai antara Israel, Syria dan Mesir, Muhammad Ali menewaskan George Foreman dalam perlawanan tinju di Zaire. Dalam tahun itu memang banyak perkara belaku di seluruh dunia dan kesannya mencorak perkembangan dunia sekarang. Yang pastinya sehingga sekitar 1980an ekonomi negara kita masih lagi didalam kegawatan. Pakcik Aku yang tamat Universiti pun keluar tiada kerja. Oh! Pada masa itu Tun Mahathir baru dilantik menjadi Perdana Menteri.
MediaPerkembangan mutakhir pada zaman tersebut hanya boleh dicapai dan disebarkan melalui media arus perdana. Media alternatif belum wujud lagi. Alat yang paling penting ialah radio. Pemain berserta perakam radio kaset
stereo mudah alih juga baru dikeluarkan pada masa tersebut dan amat popular. Bermulalah era dominan "
Kaset" dan pertama kali mendengar istilah "
cetak rompak" dan
"Battle of The Band". Aku mendengar lagu irama pop leleh dan permulaan era rock kapak. Kadang-kadang Pakcik dan Makcik Aku pasang
kaset Micheal Jackson, Stevie Wonder, Wham dan
Modern Talking! Cuma sekitar 1985 irama pop yeh yeh sedikit kembali menambat hati.
Majalah, Rancangan Radio Dan Siri TelevisyenBersantai dengan membaca majalah
Gila-Gila, Gelihati, Bujal dan kadang-kadang
Bambino serta Al-Ain walaupun tidak berapa faham sangat isi kandungannya kecuali
Bujal,
Bambino dan Al-Ain.
Menonton rancangan kanak-kanak yang dihoskan oleh
Wazata Zain, iaitu
Cumi dan Ciki di RTM. Mengikuti rancangan kanak-kanak
Kak Yong dan Abang Chik di radio RTM, mendengar drama radio paling popular
No 5 Persiaran Satu di radio RTM, menonoton
Captain Future setiap petang Jumaat.dan
Ultraman setiap Sabtu.
Captain Future dan
Ultraman adalah antara siri kanak-kanak terawal yang dialih bahasa ke Bahasa Melayu.
Istimewa bagi warga Johor Bahru ialah dapat mengikuti siaran radio dan televisyen dari Singapura. Setiap Ahad Aku berpeluang mendengar siaran
LPMI - Lagu Pujaan Minggu Ini serta Rancangan
Ada-ada Sahaja yang paling popular di Radio Singapura yang dihoskan oleh
Adnan Maswan. Selain itu
Mat Yo Yo dan Aksi Mat Yo Yo yang di hoskon oleh
Mat Sentul di televisyen saluran SBC 5.
Pada malam hari pula RTM akan menyiarkan siri popular dari Amerika seperti
Starsky and Hutch,
BJ and The Bear,
The A-Team, Battlestar Galactica,
High Chaparral,
Combat dan
Knight Rider. Haaaa yang paling best semua siaran televisyen tersebut ditonton menggunakan televisyen hitam putih kerana tidak semua keluarga ada televisyen berwarna yang sangat mahal harganya pada masa itu. Di kampung pada masa itu cuma ada beberapa keluarga yang mempunyai televisyen berwarna.
Stesyen swasta pertama di Malaysia juga telah memulakan siaran pada tahun 1984 dan siaran dipancarkan ke Johor sekitar 1985. Pada masa itu siri paling popular di televisyen ialah
McGyver hinggakan semua budak lelaki hendak menjadi sepertinya. Siri alih bahasa Jepun pun mula popular. Bermula dengan
Oshin,
The Ninja, Meoro Attack dan lain-lain. Tapi budak-budak biasalah, selepas menonton
Mcgyver tentulah hendak menjadi
Mcgyver dan selepas menonton
The Ninja, semuanya hendak menjadi seperti
Sasuka.
Abah membeli televisyen berwarna pertama kami pada tahun 1987, jenama
Sharp kalau tak silap. Itu pun sebab televisyen lama yang hitam putih itu tidak dapat menerima siaran TV3. Jadi terpaksalah tukar. Selama TV3 bersiaran sejak 1985, setahun Aku menumpang rumah jiran untuk menonton cerita
McGyver selepas balik dari mengaji.
Fesyen, Trend Dan Gaya Hidup Di alam persekolahan, kasut sekolah jenama
Bata siri
Badminton Master termasuklah
BM2000 dan
BM2000 Turbo merupakan kasut paling popular masa sekolah rendah. Kasut jenama P
anda, Pallas Jazz dan
Warrior pilihan pelajar lelaki di sekolah menengah.
Beg sekolah juga mempunyai fesyenya yang tersendiri. Sekitar 1985, beg sandang bahu dan dilengkapi dengan
"guitar strap" amat popular di Johor Bahru. Pakailah apa sahaja bentuk beg.. Asalkan menggunakan
"guitar strap" sudah kira amat
"cool".Menerima konsep makanan segera merupakan perubahan terbesar dalam hidup.
Mcdonalds pertama di Johor di buka pada tahun 1985 di Holiday Plaza, Johor Bahru.
Beef Burger dan
French Fries adalah pesanan pertama Aku di situ.
Beef Burger cuma berharga
RM 0.99 pada masa itu. Pergi ke Holiday Plaza selepas Hari Raya kerana semasa Hari Raya dapat
"Collection" banyak, setelah habis satu Kg Majidee Aku
"round".Makanan ringan yang paling popular ialah
Kaka,Ding Dang, Mamee, Twisties, Chickedies dan
Popo (ada logo baby kat plastik pembungkus). Kesemuanya masih ada di pasaran Malaysia sehingga kini kecuali
Kaka. Pernah cuba mencarinya tetapi tak jumpa di pasaran.
Gadget Gadget paling advance yang ada pada zaman itu untuk budak-budak ialah
“Game N Watch”, keluaran
Nitendo dan jam tangan digital
Casio.
"Game N Watch" pada masa itu sangat mahal. Di Johor Bahru pada masa itu tiada kedai menjualnya. Kalau hendak membelinya, terpaksa ke Singapura. Aku pernah minta permainan itu dari Abah tetapi seperti yang dijangka, jangan mimpilah! Abah tidak akan beli permainan semahal itu untuk budak-budak.
Zaman itu juga popular dengan jam tangan digital
Casio. Bagi ibu bapa yang berkemampuan pasti akan belikan anak mereka jam tangan tersebut. Harganya pun hmmm.. agak mahal juga. Aku dapat jam digital pertama tanpa jenama buatan Hong Kong yang tidak kalis air setelah dapat nombor 1 dalam exam masa sekolah rendah. Hadiah daripada Abah. Walaupun bukan dari
Casio, ia tetap digital!
Pantang LarangSemasa kecil, ketika berusia 6 atau 7 tahun, Aku masih ingat zaman itu
“pantang” buka telesisyen waktu maghrib. Ibu bapa pada masa tersebut sangat berdisplin. Kalau tak mahu kena penampar janganlah sentuh televisyen waktu itu. Pada zaman itu juga, kalau ada hujan, guruh dan kilat, emak akan sibuk menutup cermin dengan kain. Kemudian mengeluarkan biskut lemak untuk di celup kedalam air teh panas…dan makan bersama-sama.
Kalau nak tidur pula, janganlah hendak mengada-gada, mahu letak bantal di kaki ataupun duduk di atas bantal, katanya nanti kena bisul. Jangan buka payung di dalam rumah nanti ada ular masuk ke dalam rumah!
Dahulu Vs Sekarang Sekarang siaran televisyen pada waktu Maghrib sangat meriah,
Doreamon,
Sinchan dan drama melayu ditayangkan.
"Rasanya tiada orang yang tutup televisyen masa maghrib sekarang.."