Apabila Cikgu bertanyakan apakah hobi Aku. Aku dengan bangganya menjawab. "Saya mengumpul setem!" Cikgu kemudiannya menyuruh Aku membawa kedua-dua album setem tersebut untuk ditunjukkan pada rakan-rakan sekelas. Seperti yang diminta oleh Cikgu, keesokkan harinya Aku membawanya ke kelas. Sebaik sahaja menunjukkannya kepada Cikgu dan rakan-rakan sekelas, Aku meletakkannya kembali ke dalam beg dan kemudiannya terus keluar dari kelas untuk rehat. Balik daripada rehat, Aku dapati beg telah terbuka dan kedua-dua album setem tersebut telah hilang. Semenjak dari hari itu, hobi mengumpul setem telah Aku lupakan.
Semasa melanjutkan pelajaran ke Universiti, hasrat untuk mengumpul setem kembali berkobar-kobar. Maklumlah, Aku mempunyai rakan-rakan yang melanjutkan pelajaran ke United Kingdom yang sering berutus surat. (Zaman itu Email masih belum popular..OK!). Teruja setiap kali menerima surat yang bersetemkan luar negara! Sempat jugalah mengumpul banyak setem U.K sehinggalah kejadian mencuri setem berlaku di Kamsis Dato Onn (sekarang tidak lagi Kamsis..sudah di tukar kepada Kolej) mematikan kembali hobi tersebut. Sungguh sakit hati bila terima surat atau poskad dari U.K tetapi setemnya sudah dicuri orang! Malang sungguh kerana perkara ini berlaku di sebuah Universiti yang sepatutnya melahirkan para graduan dan ilmuan!
Lama juga Aku tidak mempunyai hobi yang spesifik namun sejak berkahwin Aku telah menemui hobi baharu iaitu mengumpul kereta "die cast model" berskala 1:64 dan 1:72. Mulakan dengan hobi yang murah supaya tidak terlalu membazir. Sekurang-kurangnya terisi juga masa lapang.
Ferrari (Hotwheels) dari kiri: FXX, 250LM, 288GTO, 250GTO, F430
Keseronokkan untuk menambah koleksi memuncak bila terjumpa dengan orang yang mempunyai minat yang sama, 1/64 diecast hunter. Cuma Aku baru hendak bermula jadi memadailah dengan koleksi permulaan daripada Hotwheels dan Real X. Kalau kewangan mengizinkan mungkin akan menambah koleksi daripada Kyosho yang terkenal dengan "details"nya.
Ford Mustang 65 Fastback
Sekarang kalau Orang bertanya apakah hobi kamu? Aku akan katakan.. "Aku sekarang pengumpul kereta.. " haha :D


15 comments:
alahai.. siannye 2 album sekali kena pau setem nye.. kalau sy sure mengamuk dah...
Saya tak macam tu.. dulu takut. Nak beritahu kat cikgu pun takut.
siannye...hobi saya pun suke mengumpul setem. sume dberi oleh mak sedara saya. tapi malangnya, saya mengalami nasib yg sm dgn abg anif..di curi kt sekolah time darjah 1. mana nak berani ngadu kt cikgu kan...blik umah nangis jela yg boleh sy buat... :)
ermmm yan pn penah kumpul setem..tp hobi tu ms sek rendah saje.. ade 2 album jugak.. tp album kecik aje.. klu tak silap smpai skang masih simpan cume tak tau kat celah mane duduknye hahaha..
masuk sek men dah tukar hobi lain... zaman tu sibok kumpul lagu tulis dalam buku.. dan juga potong gambar2 artis tampal dalam buku.. hahahah tula hobi yan smpai form 3..
masuk sek vokay... tak surela hobi ape ms tu... hmmmm...
Laa.. ada yang sama cerita rupanya.. Mungkin bukan rezeki kita.
:D tu lah lain orang lain hobinya.. macam-macam. Yang kumpul lagu dan potong gambar artis tu memang budak-budak perempuan suka.. haha
wah...die cast model..memang asyik dan seronok kumpul benda ni akn...cuma kena simpan elok2 takut anak lelaki tiba2 nak join jugak hehehe =-X
Semua koleksi disimpan dipejabat :D kalau simpan di rumah habis la..... Jangan kata anak lelaki.. anak perempuan pun nak main sama.
wah~~
cambest bunyik nyer hobi pengumpul kereta..
kalau orang tak kenal, mesti cakap "kaya ni orang ni, kumpul kereta tu hobi.. jangan memain".. hehe..
pengumpul kereta..?? harusss orang pikir sungguh 'kaya' nyaaa... :-D
aku ada koleksi kereta yang beli kat shell tu...TAPI kan bertuahnyaaa anak bujang ku bila dia main tak ingat nak simpan balik...ummi nya yang dok kesedihan... :'( banyak gak arr duit aku perabih kat koleksi tu...
Memang kaya pun.. Ada koleksi Ferrari pe :D
Hehehe.. itu sebab tak boleh simpan dirumah.. Menarik perhatian anak-anak :D
salam bro.. terharu aku tengok ko masukkan blog aku..
W'salam.. :D Suka ke blog kamu.. Kita punya citarasa yang sama cuma saya budget ciput! haha..
tu la pasal..skang ni koleksi2 yg lain di simpan d opis je... 8-)
Post a Comment