18 April, 2010

Terima Kasih Kerana Menyokong!

Sejak beberapa minggu yang lepas, Aku sudah mula berjinak-jinak melukis komik. Mendapat inspirasi daripada rakan blogger, Park Air. Zaman sekarang ini tidak memerlukan Aku melukis pada kertas, semuanya boleh dibuat dengan komputer dan internet.


Kadang-kadang agak sukar untuk menyampaikan maksud melalui penulisan jadi jalan alternatif terbaik untuk menyampaikannya ialah melalui komik. Walaupun sudah mula berkomik, Aku akan tetap menulis blog. Komik itu mungkin sebagai sisipan setiap minggu. Insyallah.. 




Alhamdulillah blog ini juga telah mendapat pengikut yang ke 300. Terima kasih kepada pari pari tersenyum kerana menjadi pengikut yang ke 300! Maaf tiada hadiah istimewa kerana menjadi pengikut di sini. Walau bagaimanapun sokongan anda semua amat dihargai.

15 comments:

al-lavendari said...

Orang yang semulajadi "complicated" pun akan mengaku dia "simple". Maklumlah sifat itu pun terlalu subjektif untuk diukur dan ditentukan oleh diri sendiri.

I'm simply complicated !Tahniah kerana:  (1) dah lebih 300 pengikut dan ( 2) dan pandai berkartun.

Anif® said...

:D Terima kasih..

Mista Blogga said...

anif:
tahniah.. ramai dah followers tu..
aku hanya ada 30 jer.. hehey..

Anif® said...

Rajin follow blog orang lain.. Insyallah mereka akan follow balik..  & Terima kasih..

Mula dengan 30..nanti boleh jadi 300 :D

Mia Saidin said...

tak de hadiah istimewa utk 300th follower?
oh.. anda sangat adil..
adil untuk follower baru dAN lama
:-P

Anif® said...

:D hehehe..  Blog ini masih belum mampu untuk memberi hadiah. Mungkin bila tabung Nuffnang sudah meningkat, Saya akan ikthiarkan sesuatu. Insyallah..

brat2104 said...

buat aje pape.. saya tetap akan membebel di bahagian komen

Anif® said...

Terima kasihlah kerana sangat sudi membebel di blog ini. Tak meriah blog ini tanpa kamu :D

penaberkala said...

fulamak, ramai tuh follower
teruskan berblogging
salam kenal

Anif® said...

:D Terima kasih kerana singgah di sini.. "Penaberkala".

ParkAir said...

terima kasih letak link blog aku situ, terharu dowh!
btw tahniah dah cecah 300+ orang follower dah.

Anif® said...

:D Blog inspirasi..kena la letak.. BTW blogging tak semestinya menulis.. berkomik pun kira berblog juga..

brat2104 said...

aish.. apa pulak.. blog ni dah ramai pengikutnya sebelum saya terjah.. cuma, mereka semua pemalu.. lalala

Anif® said...

Haha..betul tu mereka semua pemalu..dan dulu saya memang tak berapa rajin nak membalas komen dan update blog..

yan said...

nsk try jugakler..
ermmm tp ade ke ms nak membeleknye huhuhu