Sejak beberapa minggu yang lepas, Aku sudah mula berjinak-jinak melukis komik. Mendapat inspirasi daripada rakan blogger,
Park Air. Zaman sekarang ini tidak memerlukan Aku melukis pada kertas, semuanya boleh dibuat dengan komputer dan internet.
Kadang-kadang agak sukar untuk menyampaikan maksud melalui penulisan jadi jalan alternatif terbaik untuk menyampaikannya ialah melalui komik. Walaupun sudah mula berkomik, Aku akan tetap menulis blog. Komik itu mungkin sebagai sisipan setiap minggu. Insyallah..
Alhamdulillah blog ini juga telah mendapat pengikut yang ke 300. Terima kasih kepada pari pari tersenyum kerana menjadi pengikut yang ke 300! Maaf tiada hadiah istimewa kerana menjadi pengikut di sini. Walau bagaimanapun sokongan anda semua amat dihargai.