29 April, 2010

28 April, 2010

Gerabak Komuter Wanita




Koc Wanita Pertama Di Malaysia Bermula Pada 28hb April 2010

27 April 2010 – Bertindak atas keperluan semasa, KTM Komuter mengambil inisiatif memperkenalkan koc wanita yang pertama di Negara ini yang memulakan operasi untuk laluan Sentul - Pelabuhan Klang, sepanjang hari bermula hari ini.

Pelaksanaan Koc Wanita ini berpandukan statistik yang menunjukkan 60% pengguna perkhidmatan KTM Komuter adalah terdiri daripada kaum wanita.

Menggunakan tema ‘Wanita Sahaja Sepanjang Masa, Ladies Only At All Times’ koc wanita ini berada di gerabak yang tengah dan dibezakan dengan pelekat khas koc wanita yang berwarna merah jambu (pink).

Para pelanggan akan dapat mengenali koc ini melalui pelekat khas yang dipamerkan di tingkap, pintu dan di dalam koc. Manakala di stesen, penumpang boleh mengenal pasti lokasi pemberhentian Koc Wanita ini melalui kain rentang yang dipamerkan di platform dan tiang yang diwarnakan dengan warna merah jambu.

Secara ringkasnya kedudukan Koc Wanita bagi setiap tren Komuter yang mempunyai tiga (3) koc (gerabak) adalah seperti berikut:
    - Koc Hadapan - Koc Biasa (lelaki dan wanita)
    - Koc Tengah - Koc Wanita (wanita sahaja)
    - Koc Belakang - Koc Biasa (lelaki dan wanita)

Pengenalan Koc Wanita ini adalah bertujuan untuk memberi lebih keselesaan dan jaminan keselamatan kepada penumpang wanita daripada risiko gangguan seksual dan bersesak-sesak dengan penumpang lelaki. Walau bagaimanapun, kanak-kanak lelaki berumur kurang daripada 12 tahun yang membuat perjalanan bersama pengiring/saudara wanita mereka dibenarkan menaiki koc ini.

Pengguna wanita tidak diwajibkan menggunakan Koc Wanita sahaja ketika menggunakan perkhidmatan KTM Komuter. Mereka boleh memilih samaada untuk menggunakan Koc Wanita atau koc biasa. Sementelah kemudahan disediakan, KTM Berhad menggalakkan pengguna wanita untuk mencuba kemudahan Koc Wanita ini.

Pihak KTM Komuter memohon kerjasama orang ramai agar menghebahkan/mengwar-warkan kewujudan Koc Wanita ini kepada para pengguna yang lain dan berharap agar semua pihak dapat memberi kerjasama yang sepenuhnya bagi memastikan pengenalan koc ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.

KTM Komuter mengalu-alukan sebarang cadangan dan pandangan mengenai Koc Wanita ini. Cadangan dan pandangan boleh dihantar ke komuter4u@ktmb.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTM Berhad di 1300-88-5862.
Tarikh: 27 April 2010




PC Hardware Sudah Tidak Menyeronokkan!

Mungkin Aku sudah bosan memberitahu semua bahawa dunia komputer terutama berkaitan dengan "hardware" tidak lagi seronok.  Maklumlah sejak bertambah maju teknologi maka semakin mudahlah semua perkara terutamanya yang berkaitan dengan setting dan pemasangan hardware. Tekonologi "Plug n Play" dan USB memudahkan segala-galanya.

Serendah-rendah spesifikasi komputer peribadi sekarang pun sudah mampu untuk melaksanakan pelbagai tugasan. Tidak seperti lima belas tahun dahulu, untuk membolehkan sesebuah komputer memainkan cakera VCD perlu di "upgrade" kad grafiknya kepada yang lebih baik atau terpaksa memasang kad MPEG!




Kini Aku boleh katakan seni untuk membuat modifikasi terhadap sistem komputer peribadi telah hampir pupus!  Seni "Overclocking" juga sudah tidak begitu popular dan kalau ada pun, caranya sudah menjadi begitu mudah, cuma masuk ke "BIOS" dan mencuba beberapa konfigurasi "multiplier" dan "bus speed" untuk mendapatkan kelajuan yang diingini. Dahulu semuanya dilakukan secara manual dengan kepakaran membaca  "motherboard layout" dan kemudiannya mengubah "jumper" yang terdapat pada "motherboard"!

Aku benci kerja mudah..lebih-lebih lagi kerja yang terlalu mudah. I.T. Technician zaman sekarang sudah hilang seni dan serinya. Tiada lagi cabaran kerana sekarang zaman "Truly Plug n Play"!



Sudah Bayar la..

Aku ingatkan hal itu sudah selesai, rupa-rupanya belum! Hari Isnin yang lepas Aku dihubungi oleh pihak Maybank Credit Card Center berkenaan tunggakkan bil yang belum dijelaskan! Hiss.. tak cukup dengan surat kemudian siap telefon pula. Memang menyakitkan hati bila perkara yang dianggap selesai tiba-tiba menjadi isu semula. Patutnya sebelum menghubungi, tolonglah semak rekod terkini akaun tersebut dan bukannya terus memberi peringatan untuk membayar hutang!


Aku pun sudah letih untuk menerangkan pada mereka tentang situasi sebenarnya. Pada hemat Aku ia tidaklah serumit mana. Situasi itu berlaku  disebabkan komunikasi yang tidak efisien antara jabatan. Dua minggu yang lepas, sebaik sahaja menerima surat peringatan yang pertama, Aku telah menghubungi talian 1-300 88 6688  untuk memberitahu tentang situasi tersebut dan mereka berjanji untuk mengemaskini rekod dan akaun dalam jangkamasa dua minggu. Sebaliknya selepas dua minggu, bukan sahaja rekod belum dikemaskini malah menerima panggilan daripada mereka untuk menuntut hutang! Ciss *@#%6%




Akhirnya Aku menulis surat dan mem"faks"kannya terus ke Maybank Credit Card Center dan pagi tadi Aku mengambil inisiatif untuk ke Cawangan Maybank Skudai untuk membuat "follow up". Antara tuntutan Aku ialah supaya mereka memindah baki tertunggak dan bayaran ke akaun yang baharu, menghapuskan caj lewat, mengembalikkan kadar faedah asal dan mengemaskini rekod kad kredit terbaharu di dalam sistem Maybank2U. Aku juga meminta pegawai di Bank tersebut menghubungi pegawai yang menguruskan kes Aku di Kuala Lumpur untuk memastikan beliau mendapat gambaran sebenar tentang kes tersebut.  Setelah mendapat jaminan ianya akan diselesaikan secepat mungkin dan berpuas hati, baru Aku beredar..

Sekarang baharulah Aku dapat merasakan sedikit pengalaman bagaimana jika hidup dikelilingi hutang bertimbun, saban hari menerima panggilan telefon menuntut hutang, menerima surat tuntutan hutang dan dikejar pengutip hutang akan membuat seseorang itu hilang pertimbangan. Berkemungkinan juga boleh menyebabkan kemurungan dan akhirnya boleh membawa maut!



27 April, 2010

Header | Banner Untuk Kawan-Kawan - Siri 2

Sepanjang minggu lepas dan sehingga semalam Aku telah berjaya menyiapkan empat buah Banner | Header untuk kawan-kawan. Dua disiapkan pada 21/04/2010, satu pada 22/04/2010 dan yang terakhir pada 27/04/2010. Projek seronok-seronok memang tiada tekanan!
 

Header | Banner untuk Blog Mista Blogga

Header | Banner untuk Blog Blogger Miey

Header | Banner untuk Blog Akmar

Header | Banner untuk Blog Ummiabbiqis




26 April, 2010

Tips Membeli Komputer Peribadi atau Laptop

Bekerja dibidang I.T akan menyebabkan kamu menjadi "Consultant" tidak rasmi setiap kali saudara mara dan sahabat handai serta rakan sepejabat yang hendak membeli Komputer Peribadi mahupun Laptop.  Dan yang paling 'horror" ialah apabila kamu bertindak sebagai penjual, "warranty" nya ialah sampai mati! Hahaha... Susah bukan menjadi penjual komputer kepada saudara mara dan rakan-rakan?




Soalan Paling Lazim Ketika Mereka Ingin Membeli Komputer:

Jenama Mana Yang Paling Bagus?

Soalan yang paling selalu ditanya ialah, jenama mana yang paling bagus?  Sebenarnya itulah soalan yang paling Aku benci untuk menjawabnya kerana biasanya mereka-mereka ini sebenarnya sudah pun membuat sedikit "research" sebelum bertanya! Jadi mereka ini sebenarnya sudah pun mempunyai jenama yang diidamkan!

Jawapannya:

Untuk menjawab jenama mana yang paling bagus, terus akan Aku beritahu kepada mereka,

 "Pililah dari mana-mana jenama yang terkenal yang kamu suka dan kemudiannya minta daripada penjual warranti tambahan sehingga 3 tahun"

Jawapan standard kepada mereka yang telah Aku programkan dikepala sejak 6 tahun yang lepas!

Kata kunci disini ialah: 1 tahun manufacturer warranty +  2 years extended warranty = 3 tahun warranty!   Kalau dalam spesifikasi tidak dinyatakan, sila minta dari penjual! Kalau boleh dimasukkan "3 Years Warranty" itu didalam harga Komputer Peribadi atau  "Laptop" tersebut dan ianya dianggap satu pembelian yang baik dan berbaloi. Selesai masalah :D

Kredit (gambar) - Acer Ferrari One - http://www.acer.com/ferrarione/ferrari_one.html

Cara mudah untuk mendarab, guna garisan sahaja tanpa sifir - rugi kalau tak belajar | SeMekaR KaSih

Cara mudah untuk mendarab, guna garisan sahaja tanpa sifir - rugi kalau tak belajar | SeMekaR KaSih

Aku dapati cara ini amat menakjubkan. Kalaulah Aku tahu sejak dari dahulu tentu ia dapat membantu memudahkan pembelajaran matematik. Maklumlah matematik bukan subjek kegemaran dan Aku juga merasakan ia bukan subjek kegemaran ramai orang.


Tetapi untuk maju kita perlu menguasainya sepantas mungkin. Terima kasih kepada Cikgu Isza untuk "entry" yang menarik ini.






22 April, 2010

BUDAK BARU GRAD DAPAT JAWATAN BESAR | unfiltered-madness . com

BUDAK BARU GRAD DAPAT JAWATAN BESAR | unfiltered-madness . com

Ramai juga rakan-rakan yang terkena ketika menunggu keputusan SPM. Kemudian, perkara yang sama juga berlaku sebaik sahaja menamatkan pengajian.. Bila terbaca "entry" ini, tiba-tiba Aku tersenyum.. teringatkan cerita-cerita lama. :D



Berhati-hati Ketika Memotong "Low Loader"

Hari Sabtu yang lepas kami sekeluarga balik ke Seremban.  Setengah jam memulakan perjalanan, Aku memotong sebuah "low loader" kosong yang dipandu agak laju.  Ketika betul-betul berada disebelah kenderaan tersebut, tiba-tiba seketul batu bata mengelungsur daripada "low loader" tersebut dan terus mengenai bahagian bawah kiri kereta yang dipandu..



Bunyinya amat kuat sehinggakan semua yang ada didalam kereta terjaga!  Nasib baik juga, ia terkena dibahagian kiri tepi bawah kereta. Kalau ia mengelunsur dan terkena di bahagian hadapan mungkin banyak kerosakkan yang akan berlaku dan kemungkinan paling teruk ialah kemalangan!




Aku pun tidak faham kenapa perlu untuk mereka (pemandu) ini membiarkan batu atau kayu di atas pelantar "low loader" kosong! Sepatutnya mereka memastikan bahawa tiada benda asing yang terdapat dia atas pelantar tersebut sebelum memulakan perjalanan.  Akibat sikap tidak perihatin mereka mungkin akan menyebabkan kemalangan!

Walau apa pun jika didalam perjalanan ternampak "low loader", berhati-hati ketika hendak memotongnya.   Dikhuatiri ada kayu beluti atau batu bata yang digunakan untuk menyendal jentera berat yang telah tertinggal dan boleh jatuh bila-bila masa diatas jalan raya!

Kredit (gambar) - http://www.mudah.my

21 April, 2010

Hobi?

Dahulu semasa bersekolah, Aku mempunyai hobi iaitu mengumpul setem. Lama juga berusaha untuk memperbanyakkan koleksi dan akhirnya sebanyak dua buah album berjaya dipenuhkan. Satu album besar dan yang satu lagi album kecil.

Apabila Cikgu bertanyakan apakah hobi Aku. Aku dengan bangganya menjawab. "Saya mengumpul setem!"  Cikgu kemudiannya menyuruh Aku membawa kedua-dua album setem tersebut untuk ditunjukkan pada rakan-rakan sekelas. Seperti yang diminta oleh Cikgu, keesokkan harinya Aku membawanya ke kelas. Sebaik sahaja menunjukkannya kepada Cikgu dan rakan-rakan sekelas, Aku meletakkannya kembali ke dalam beg dan kemudiannya terus keluar dari kelas untuk rehat. Balik daripada rehat, Aku dapati beg telah terbuka dan kedua-dua album setem tersebut telah hilang. Semenjak dari hari itu, hobi mengumpul setem telah Aku lupakan.

Semasa melanjutkan pelajaran ke Universiti, hasrat untuk mengumpul setem kembali berkobar-kobar. Maklumlah, Aku mempunyai rakan-rakan yang melanjutkan pelajaran ke United Kingdom yang sering berutus surat. (Zaman itu Email masih belum popular..OK!). Teruja setiap kali menerima surat yang bersetemkan luar negara! Sempat jugalah mengumpul banyak setem U.K sehinggalah kejadian mencuri setem berlaku di Kamsis Dato Onn (sekarang tidak lagi Kamsis..sudah di tukar kepada Kolej) mematikan kembali hobi tersebut.  Sungguh sakit hati bila terima surat atau poskad dari U.K tetapi setemnya sudah dicuri orang! Malang sungguh kerana perkara ini berlaku di sebuah Universiti yang sepatutnya melahirkan para graduan dan ilmuan!

Lama juga Aku tidak mempunyai hobi yang spesifik namun sejak berkahwin Aku telah menemui hobi baharu iaitu mengumpul kereta "die cast model" berskala 1:64 dan 1:72.  Mulakan dengan hobi yang murah supaya tidak terlalu membazir. Sekurang-kurangnya terisi juga masa lapang.

 Ferrari (Hotwheels) dari kiri: FXX, 250LM, 288GTO, 250GTO, F430


Keseronokkan untuk menambah koleksi memuncak bila terjumpa dengan orang yang mempunyai minat yang sama, 1/64 diecast hunter. Cuma Aku baru hendak bermula jadi memadailah dengan koleksi permulaan daripada Hotwheels dan Real X.  Kalau kewangan mengizinkan mungkin akan menambah koleksi daripada Kyosho yang terkenal dengan "details"nya.

 Ford Mustang 65 Fastback

Sekarang kalau Orang bertanya apakah hobi kamu? Aku akan katakan.. "Aku sekarang pengumpul kereta.. " haha :D

20 April, 2010

Header | Banner Untuk Kawan-Kawan - Siri 1

Sejak semalam dan pagi tadi, sebanyak tiga buah Header | Banner telah berjaya Aku siapkan. Yang pertama ialah untuk blog sendiri, kemudian Aku membuat satu untuk Siew Mei dan ketiga (pagi tadi) untuk Rumaizah.

Memandangkan hari ini Aku tidak sesibuk mana, maka sempatlah untuk menyiapkannya.


Ini Header | Banner untuk Blog ini

Header | Banner untuk Blog Siew Mei

Header | Banner Untuk untuk Blog Rumaizah




Harap mereka suka.. Sementara Aku sedang rajin.. haha.

Apa Itu Ginco?

Apa itu Ginco? Macam nama sejenis minuman kan? Oh! Yang minuman itu Cincau! "Ginco" dalam bahasa Negeri Sembilan bermaksud "Gaul". 


Perkataan ini biasa Azza gunakan ketika menyuruh Nurin Iman makan. "Ginco lauk itu dengan nasinya" maksudnya lebih kurang begini "Gaul lauk itu dengan nasinya". 



Semasa pertama kali mendengarnya, Aku ingatkan ia sejenis minuman! Rupa-rupanya bukan dan jauh sekali daripada apa yang Aku fikirkan! Sekarang Aku sudah biasa mendengarnya..

Kredit (gambar) - www.caterer.com.my


19 April, 2010

Header | Banner Baru.. Yey!

Tiba-tiba teringatkan satu header banner yang terbengkalai, jadi dengan rajinnya Aku pun mula mengubah suai dan menyiapkannya untuk dipasang diblog. Tak sampai lima minit untuk disiapkan dan inilah hasilnya..


Ok sekarang blog ini sudah dikemaskinikan dengan Header | Banner yang baru.. Aku memang sukakan "artwork" yang seringkas mungkin.



Generasi Internet - Siri 1




Pernah rasa macam nak campak PC tak bila talian "internet down"? Bila diperlukan, masa itulah talian buat hal. Tetapi janganlah panas tidak tentu pasal, sebelum campak PC tu, periksa dahulu sama ada sudah membayar bil atau belum? 

Alhamdulillah, kemudahan infrastruktur internet sekarang lebih baik berbanding sepuluh tahun dahulu.

18 April, 2010

Terima Kasih Kerana Menyokong!

Sejak beberapa minggu yang lepas, Aku sudah mula berjinak-jinak melukis komik. Mendapat inspirasi daripada rakan blogger, Park Air. Zaman sekarang ini tidak memerlukan Aku melukis pada kertas, semuanya boleh dibuat dengan komputer dan internet.


Kadang-kadang agak sukar untuk menyampaikan maksud melalui penulisan jadi jalan alternatif terbaik untuk menyampaikannya ialah melalui komik. Walaupun sudah mula berkomik, Aku akan tetap menulis blog. Komik itu mungkin sebagai sisipan setiap minggu. Insyallah.. 




Alhamdulillah blog ini juga telah mendapat pengikut yang ke 300. Terima kasih kepada pari pari tersenyum kerana menjadi pengikut yang ke 300! Maaf tiada hadiah istimewa kerana menjadi pengikut di sini. Walau bagaimanapun sokongan anda semua amat dihargai.

15 April, 2010

Kadang-Kadang Terlupa - Siri 1



Kadang-kadang memang seronok membayangkan dapat membeli barang-barang yang dihajati.. tetapi ada yang lebih penting untuk didahulukan :D

14 April, 2010

Simple Itu Complicated?

Berdasarkan pengalaman Aku, kalau seseorang itu mengatakan yang dirinya itu "simple" sebenarnya dia seorang yang "complicated". Logiknya, kalau dia benar-benar "simple", maka tak perlulah dia memberitahu yang dirinya sebegitu.


Orang yang semulajadi "complicated" pun akan mengaku dia "simple". Maklumlah sifat itu pun terlalu subjektif untuk diukur dan ditentukan oleh diri sendiri.



"Simple" atau "complicated" seseorang itu bukan ditentukan oleh empunya diri. Ia lebih adil untuk ditentukan oleh orang disekeliling yang berurusan secara langsung dan tidak langsung. Dan bila orang disekeliling mula menilai, maka akan timbul pula satu masalah! "Apakah hak orang disekeliling untuk menilai individu yang lain?"

Oh! Itu cuma pandangan peribadi Aku sahaja..Mungkin Aku silap tetapi apabila baru kenal seseorang dan mengakui dia seorang yang "simple", maka berhati-hatilah. Tidak salah bukan untuk berhati-hati, bukan?

Hmmmm... Siapalah Aku untuk menilai orang lain? Apa-apa pun hidup ini pun memang "complicated"!

13 April, 2010

Kalau Ada Logo Ini - Berani Nak Hisap?

Entry semalam mengenai Rokok Halal membuatkan Aku terfikir semula. Mungkin dengan pengenalan logo baharu ini akan mendorong perokok muslim untuk berhenti merokok dengan serta merta. Merujuk kepada artikel yang dipetik oleh Kosmo dan jika terbukti pengilang rokok di negara ini mengeluarkan rokok yang mengandungi Sel Darah Babi, Kerajaan harus mewajibkan penggunaan logo seperti ini :D


Kalau semua kotak rokok di Malaysia ditandakan dengan logo -Non Halal- atau "Pork Inside"  Aku amat yakin yang perokok muslim akan membuang tabiat buruk tersebut tanpa berlengah-lengah lagi.




Geli tak nak hisap kalau ada logo ini? :D Najis berat tu! Ada berani?



12 April, 2010

Rokok Halal

Pada awal bulan ini (April), para perokok di negara ini dikejutkan dengan berita yang penuh sensasi yang dipetik oleh akhbar Kosmo. Menurut akhbar tersebut satu kajian di Belanda baru-baru ini mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok!

Aku pun tidak pasti sama ada berita ini boleh menyebabkan atau mematikan ketagihan bagi perokok yang beragama Islam di negara ini. Selama ini mungkin mereka tercari-cari sebab dan alasan yang kukuh untuk berhenti merokok. Nah.. sekarang ianya sudah menjelma di hadapan mata! - " Rokok Ada Sel Darah Babi"





Tetapi syarikat pengeluar rokok tidak akan duduk diam apabila barangan dagangan mereka diburukkan dan mungkin mereka mungkin akan bekerjasama dengan  JAKIM untuk mendapatkan status halal bagi produk mereka :D


Mungkin ini penyelesaian untuk rokok yang dijual di negara ini - Akan ada logo halal JAKIM? Haha..

10 April, 2010

Generasi X - 80an Yang Hebat

Generasi X merujuk kepada golongan yang lahir pada tahun 1964 hingga 1981. Aku adalah antara jutaan manusia yang tergolong didalam generasi ini. Mungkin Aku paling beruntung di dunia kerana dilahirkan pada tahun 1974. Kenapa agaknya ya? Bukannya apa, cuma samada perasan atau tidak? Aku mula bersekolah tadika pada tahun 1980 pada usia 6 tahun. Darjah satu pada tahun 1981. Darjah dua pada tahun 1982 dan seterusnya sehingga tahun 1986 di darjah 6. Jadi, senang nak ingat! "Entry" ini menumpukan kisah yang berlatar belakangkan tahun 1980 sehingga 1986 secara spesifiknya.


Isu Semasa

Pada tahun 1974 banyak perkara telah berlaku di seluruh dunia. Antaranya ialah Krisis Minyak Dunia, pasukan bolasepak Jerman menang Piala Dunia, India berjaya menjalankan ujian nuklear untuk kali pertama, Presiden Nixon meletak jawatan berikutan Skandal Watergate, Perjanjian damai antara Israel, Syria dan Mesir, Muhammad Ali menewaskan George Foreman dalam perlawanan tinju di Zaire. Dalam tahun itu memang banyak perkara belaku di seluruh dunia dan kesannya mencorak perkembangan dunia sekarang. Yang pastinya sehingga  sekitar 1980an ekonomi negara kita masih lagi didalam kegawatan. Pakcik Aku yang tamat Universiti pun keluar tiada kerja. Oh! Pada masa itu Tun Mahathir baru dilantik menjadi Perdana Menteri.

Media

Perkembangan mutakhir pada zaman tersebut hanya boleh dicapai dan disebarkan melalui media arus perdana. Media alternatif belum wujud lagi. Alat yang paling penting ialah radio. Pemain berserta perakam radio kaset stereo mudah alih juga baru dikeluarkan pada masa tersebut dan amat popular. Bermulalah era dominan "Kaset" dan pertama kali mendengar istilah "cetak rompak" dan "Battle of The Band".


Aku mendengar lagu irama pop leleh dan permulaan era rock kapak. Kadang-kadang Pakcik dan Makcik Aku pasang kaset Micheal Jackson, Stevie Wonder, Wham dan Modern Talking! Cuma sekitar 1985 irama pop yeh yeh sedikit kembali menambat hati.

Majalah, Rancangan Radio Dan Siri Televisyen

Bersantai dengan membaca majalah Gila-Gila, Gelihati, Bujal dan kadang-kadang Bambino serta Al-Ain walaupun tidak berapa faham sangat isi kandungannya kecuali Bujal, Bambino dan Al-Ain.



Menonton rancangan kanak-kanak yang dihoskan oleh Wazata Zain, iaitu Cumi dan Ciki di RTM. Mengikuti rancangan kanak-kanak Kak Yong dan Abang Chik di radio RTM, mendengar drama radio paling popular No 5 Persiaran Satu di radio RTM, menonoton Captain Future setiap petang Jumaat.dan Ultraman setiap Sabtu. Captain Future dan Ultraman adalah antara siri kanak-kanak terawal yang dialih bahasa ke Bahasa Melayu.




Istimewa bagi warga Johor Bahru ialah dapat mengikuti siaran radio dan televisyen dari Singapura. Setiap Ahad Aku berpeluang mendengar siaran LPMI - Lagu Pujaan Minggu Ini serta Rancangan Ada-ada Sahaja yang paling popular di Radio Singapura yang dihoskan oleh Adnan Maswan. Selain itu Mat Yo Yo dan Aksi Mat Yo Yo yang di hoskon oleh Mat Sentul di televisyen saluran SBC 5.

Pada malam hari pula  RTM akan menyiarkan siri popular dari Amerika seperti Starsky and Hutch, BJ and The Bear, The A-Team, Battlestar Galactica, High Chaparral, Combat dan Knight Rider. Haaaa yang paling best semua siaran televisyen tersebut ditonton menggunakan televisyen hitam putih kerana tidak semua keluarga ada televisyen berwarna yang sangat mahal harganya pada masa itu. Di kampung pada masa itu cuma ada beberapa keluarga yang mempunyai televisyen berwarna.

Stesyen swasta pertama di Malaysia juga telah memulakan siaran pada tahun 1984 dan siaran dipancarkan ke Johor  sekitar 1985. Pada masa itu siri paling popular di televisyen ialah McGyver hinggakan semua budak lelaki hendak menjadi sepertinya. Siri alih bahasa Jepun pun mula popular. Bermula dengan Oshin, The Ninja, Meoro Attack dan lain-lain. Tapi budak-budak biasalah, selepas menonton Mcgyver tentulah hendak menjadi Mcgyver dan selepas menonton The Ninja, semuanya hendak menjadi seperti Sasuka.

Abah membeli televisyen berwarna pertama kami pada tahun 1987, jenama Sharp kalau tak silap. Itu pun sebab televisyen lama yang hitam putih itu tidak dapat menerima siaran TV3. Jadi terpaksalah tukar. Selama TV3 bersiaran sejak 1985,  setahun Aku menumpang rumah jiran untuk menonton cerita McGyver selepas balik dari mengaji.

Fesyen, Trend Dan Gaya Hidup

Di alam persekolahan, kasut sekolah jenama Bata siri Badminton Master termasuklah BM2000 dan BM2000 Turbo merupakan kasut paling popular masa sekolah rendah. Kasut jenama Panda, Pallas Jazz dan Warrior pilihan pelajar lelaki di sekolah menengah.


Beg sekolah juga mempunyai fesyenya yang tersendiri. Sekitar 1985, beg sandang bahu dan dilengkapi dengan "guitar strap" amat popular di Johor Bahru. Pakailah apa sahaja bentuk beg.. Asalkan menggunakan "guitar strap" sudah kira amat "cool".


Menerima konsep makanan segera merupakan perubahan terbesar dalam hidup. Mcdonalds pertama di Johor di buka pada tahun 1985 di Holiday Plaza, Johor Bahru. Beef Burger dan French Fries adalah pesanan pertama Aku di situ. Beef Burger cuma berharga RM 0.99 pada masa itu. Pergi ke Holiday Plaza selepas Hari Raya kerana semasa Hari Raya dapat "Collection" banyak, setelah habis satu Kg Majidee Aku "round".

Makanan ringan yang paling popular ialah Kaka,Ding Dang, Mamee, Twisties, Chickedies dan Popo (ada logo baby kat plastik pembungkus). Kesemuanya masih ada di pasaran Malaysia sehingga kini kecuali Kaka. Pernah cuba mencarinya tetapi tak jumpa di pasaran.


Gadget

Gadget paling advance yang ada pada zaman itu untuk budak-budak ialah “Game N Watch”, keluaran Nitendo dan jam tangan digital Casio. "Game N Watch" pada masa itu sangat mahal. Di Johor Bahru pada masa itu tiada kedai menjualnya. Kalau hendak membelinya, terpaksa ke Singapura. Aku pernah minta permainan itu dari Abah tetapi seperti yang dijangka, jangan mimpilah!  Abah tidak akan beli permainan semahal itu untuk budak-budak.

Zaman itu juga popular dengan jam tangan digital Casio. Bagi ibu bapa yang berkemampuan pasti akan belikan anak mereka jam tangan tersebut. Harganya pun hmmm.. agak mahal juga. Aku dapat jam digital pertama tanpa jenama buatan Hong Kong yang tidak kalis air setelah dapat nombor 1 dalam exam masa sekolah rendah. Hadiah daripada Abah. Walaupun bukan dari Casio, ia tetap digital!

Pantang Larang

Semasa kecil, ketika berusia 6 atau 7 tahun, Aku masih ingat zaman itu “pantang” buka telesisyen waktu maghrib. Ibu bapa pada masa tersebut sangat berdisplin. Kalau tak mahu kena penampar janganlah sentuh televisyen waktu itu. Pada zaman itu juga, kalau ada hujan, guruh dan kilat, emak akan sibuk menutup cermin dengan kain. Kemudian mengeluarkan biskut lemak untuk di celup kedalam air teh panas…dan makan bersama-sama.

Kalau nak tidur pula, janganlah hendak mengada-gada, mahu letak bantal di kaki ataupun duduk di atas bantal, katanya nanti kena bisul.  Jangan buka payung di dalam rumah nanti ada ular masuk ke dalam rumah!


Dahulu Vs Sekarang

Sekarang siaran televisyen pada waktu Maghrib sangat meriah, Doreamon, Sinchan dan drama melayu ditayangkan. "Rasanya tiada orang yang tutup televisyen masa maghrib sekarang.."