Showing posts with label Kasut. Show all posts
Showing posts with label Kasut. Show all posts

06 April, 2010

Budak Lelaki Itu Kasutnya Tiada Saiz .. OK!

Memulakan alam persekolahan tentunya antara perkara terpenting didalam hidup. Aku seperti kanak-kanak yang lain sudah tentu sangat gembira untuk belajar di sekolah rendah sebaik sahaja tamat belajar di sekolah tadika. Setiap hari Aku akan bertanya kepada emak, "bilakah Aku akan dapat pergi ke sekolah rendah?" Biasanya emak hanya menjawab mudah, "bila buka penggal baharu persekolahan!" Oh! Emak memang jenis yang tidak banyak cakap.

Sebenarnya ada perkara yang paling emak risaukan kerana Aku sebenarnya tergolong dikalangan kanak-kanak lelaki yang sangat kecil saiz tubuh badannya. Teringat ketika itu emak sedang menjahit, seorang jiran bertanyakan kepadanya.

Jiran: Apa kakak buat tu?
Emak: Jahit baju dan seluar sekolah!




Ketika hendak masuk ke darjah satu, pakaian sekolah Aku emak yang menjahitnya kerana saiz Aku tiada dijual di kedai. Kalau masalah pakaian, memang emak boleh menyelesaikannya tetapi bila bab membeli kasut, memang memeningkan kepalanya.

Lupakan kasut Bata BM 2000 yang menjadi idaman kalbu. Hanya satu jenama sahaja yang mempunyai saiz yang paling kecil yang boleh dipakai walaupun tetap besar juga dan ianya dari jenama Fung Keong! Kasut kain bertapak getah bewarna hijau (kalau tidak silap) yang mempunyai hujung yang tirus! Aku benci kasut itu kerana tidak ada seorang pun rakan lain yang memakai kasut sama seperti Aku. Err lagipun macam kasut perempuan!

Gambar kasut tersebut ialah yang gambar paling hampir dengan kasut yang Aku maksudkan. Dimuat turun dari website FKR (Fung Keong Rubber Manufactory). Model yang Aku benci itu bertali. Mungkin tidak lagi dikeluarkan sekarang.



Oleh kerana Aku terlalu menginginkan kasut Bata BM 2000, akhirnya abah membelinya. Tetapi untuk memakainya ke sekolah, emak masukkan dahulu gumpalan kertas surat khabar di hadapan kasut. Helah dan tips menarik dari emak untuk anak lelakinya yang kasutnya tiada saiz!  Sungguh bangga ke sekolah dengan kasut Bata BM 2000 walaupun pada hakikatnya gaya Aku berkasut tidak ubah seperti "Ronald McDonalds"!


24 March, 2010

Bila Usia Sudah Masuk Tiga Puluhan.. Part 2

Sambungan daripada "entry" Bila Usia Sudah Masuk Tiga Puluhan - Part 1. Berkenaan sakit lutut yang Aku alami. Penyelesaiannya:

Selain berusaha mengawal BMI ketahap sepatutnya, pemilihan kasut juga memainkan peranan penting.   Kalau dahulu, boleh dikatakan yang Aku ini memang obses dengan 'Oxford Shoe". Maklumlah kasut jenis ini cantik dan mudah dikilatkan tetapi kalau dipakai terlalu lama, bahagian tumit dan lutut akan menjadi sakit. Sekarang Aku telah cuba sedaya upaya untuk tidak memakai "Oxford Shoe" ketika bekerja.




Jadi kasut yang menjadi pilihan tentunya bertapak getah dan tidak bertumit. Selesa untuk melakukan tugasan seharian.

Untuk bersantai, Aku memilih kasut sukan daripada kategori "Cross Training" ataupun "Running/Trail" kerana kasut jenis ini sesuai diguna untuk pelbagai displin sukan dan tapaknya juga amat lasak sesuai untuk pelbagai permukaan. Jadi ia juga sesuai untuk digunakan untuk beriadah atau bersantai.

Aku perhatikan ramai diantara kita membeli kasut sukan hanya berdasarkan reka bentuk luaran dan trend semasa, bukannya disebabkan fungsi. Kesilapan yang sama pernah Aku lakukan semasa usia diakhir belasan tahun dan semasa usia dua puluhan iaitu membeli kasut "basketball" walaupun Aku tak pernah minat untuk bermain "basketball"!

18 April, 2009

Kasut atau Kaki?

Bikers kat Malaysia memang berani! Mereka lebih sayangkan kasut dari kaki! Buktinya ketika hari hujan, ketika hendak pulang dari kerja dan sebagainya mereka akan memakai selipar. Kasut yang sepatutnya menjadi pelindung kepada kaki di tinggalkan di pejabat atau di simpan di dalam beg! Takut basah dan rosak bila terkena air nanti :(

Kasut lebih mahal dari kaki agaknya.. Buat semua "bikers" kena sentiasa beringat bila dah tiada kaki nanti, kasut yang mahal dah tak berguna!