Showing posts with label PC. Show all posts
Showing posts with label PC. Show all posts

28 April, 2010

PC Hardware Sudah Tidak Menyeronokkan!

Mungkin Aku sudah bosan memberitahu semua bahawa dunia komputer terutama berkaitan dengan "hardware" tidak lagi seronok.  Maklumlah sejak bertambah maju teknologi maka semakin mudahlah semua perkara terutamanya yang berkaitan dengan setting dan pemasangan hardware. Tekonologi "Plug n Play" dan USB memudahkan segala-galanya.

Serendah-rendah spesifikasi komputer peribadi sekarang pun sudah mampu untuk melaksanakan pelbagai tugasan. Tidak seperti lima belas tahun dahulu, untuk membolehkan sesebuah komputer memainkan cakera VCD perlu di "upgrade" kad grafiknya kepada yang lebih baik atau terpaksa memasang kad MPEG!




Kini Aku boleh katakan seni untuk membuat modifikasi terhadap sistem komputer peribadi telah hampir pupus!  Seni "Overclocking" juga sudah tidak begitu popular dan kalau ada pun, caranya sudah menjadi begitu mudah, cuma masuk ke "BIOS" dan mencuba beberapa konfigurasi "multiplier" dan "bus speed" untuk mendapatkan kelajuan yang diingini. Dahulu semuanya dilakukan secara manual dengan kepakaran membaca  "motherboard layout" dan kemudiannya mengubah "jumper" yang terdapat pada "motherboard"!

Aku benci kerja mudah..lebih-lebih lagi kerja yang terlalu mudah. I.T. Technician zaman sekarang sudah hilang seni dan serinya. Tiada lagi cabaran kerana sekarang zaman "Truly Plug n Play"!



26 April, 2010

Tips Membeli Komputer Peribadi atau Laptop

Bekerja dibidang I.T akan menyebabkan kamu menjadi "Consultant" tidak rasmi setiap kali saudara mara dan sahabat handai serta rakan sepejabat yang hendak membeli Komputer Peribadi mahupun Laptop.  Dan yang paling 'horror" ialah apabila kamu bertindak sebagai penjual, "warranty" nya ialah sampai mati! Hahaha... Susah bukan menjadi penjual komputer kepada saudara mara dan rakan-rakan?




Soalan Paling Lazim Ketika Mereka Ingin Membeli Komputer:

Jenama Mana Yang Paling Bagus?

Soalan yang paling selalu ditanya ialah, jenama mana yang paling bagus?  Sebenarnya itulah soalan yang paling Aku benci untuk menjawabnya kerana biasanya mereka-mereka ini sebenarnya sudah pun membuat sedikit "research" sebelum bertanya! Jadi mereka ini sebenarnya sudah pun mempunyai jenama yang diidamkan!

Jawapannya:

Untuk menjawab jenama mana yang paling bagus, terus akan Aku beritahu kepada mereka,

 "Pililah dari mana-mana jenama yang terkenal yang kamu suka dan kemudiannya minta daripada penjual warranti tambahan sehingga 3 tahun"

Jawapan standard kepada mereka yang telah Aku programkan dikepala sejak 6 tahun yang lepas!

Kata kunci disini ialah: 1 tahun manufacturer warranty +  2 years extended warranty = 3 tahun warranty!   Kalau dalam spesifikasi tidak dinyatakan, sila minta dari penjual! Kalau boleh dimasukkan "3 Years Warranty" itu didalam harga Komputer Peribadi atau  "Laptop" tersebut dan ianya dianggap satu pembelian yang baik dan berbaloi. Selesai masalah :D

Kredit (gambar) - Acer Ferrari One - http://www.acer.com/ferrarione/ferrari_one.html

25 December, 2009

Floppy Disk

19 tahun yang lalu.. Masa itu Aku berada di tingkatan 4. Di sekolah Aku belajar Asas Pemprosesan Maklumat.  Mata pelajaran wajib bagi pelajar aliran vokasional,  Kursus Pengurusan Perniagaan. Untuk menggunakan komputer IBM 286 di makmal komputer sekolah, kami memerlukan 2 unit Floppy Disk.  Unit pertama mengandungi "Sistem Pengeoperasian" iaitu MS-DOS dan unit kedua digunakan untuk menyimpan data atau lebih dikenali sebagai "Cakera Kerja". Perkara pertama yang diajar oleh Cikgu ialah bagaimana untuk menyediakan Floppy Disk untuk dijadikan cakera kerja.  Oh ya.. bagaimana mana untuk mem "Format" Floppy Disk sebenarnya!  Pada zaman tersebut setiap Floppy Disk yang baru masih belum di "Format"!  Di  MS-DOS prompt:  A:\> Format A:


Masih teringat ketika pertama kali hendak membeli Floppy Disk pertama di sebuah kedai komputer. Bagi seorang budak yang berusia 16 tahun pada zaman tersebut, tentulah pelik jika masuk ke kedai komputer!  Tuan punya kedai tentunya tertanya-tanya apa yang di cari oleh budak tersebut atau mungkin memikirkan yang budak itu tersalah masuk kedai!

Aku: Encik saya hendak membeli Floppy Disk bersaiz 3.5 inci.
Tuan Kedai:  Ada.. Satu unit RM7!  Siap Format!
Aku: Ooo.. Saya boleh Format sendiri.
Tuan Kedai: (Melihat Aku dari atas ke bawah) 
Tuan Kedai:  Kat depan ada PC.. Buat sendiri ye..
Aku: Ok..
Tuan Kedai:  Sebab Format sendiri Harga tolak RM1
Aku: (Senyum).. :D

Pada zaman tersebut  Floppy Disk (Double Desity) hanya mampu menyimpan data berkapasiti 720kb! Kini, Floppy Disk semakin dilupakan semenjak popularnya teknologi USB "Thumb Drive" yang boleh menyimpan berkali-kali ganda data berbanding Floppy Disk.  Sekarang ini semuanya mudah!  

06 November, 2008

Budak Sekolah Pun Boleh Buat!

Aku sebenarnya dah lama tak buat kerja teknikal nih, err maksud Aku PC assembly and trouble shooting. Memang minat buat kerja-kerja macam tue sejak dari zaman universiti lagi. Tapi sejak kebelakangan ni Aku dah tak sentuh lagi kerja-kerja tue, baik di tempat kerja dan semasa di rumah. Pertama sebab tak cukup masa. Keduanya mungkin sebab dah ada 2 orang anak yang sedang membesar dan sentiasa "ingin tahu" dan "meniru" apa yang Aku buat. Ketiga mungkin Aku kot yang dah hilang semangat nak buat kerja-kerja tue sebab kebanyakan "hardware" sekarang nih dah truly "plug n play". Dah tak perlu buat configuration.. hmm dengan erti kata lain terlalu mudah la kerja nih.. Budak sekolah pun dah boleh buat!

Back then, semuanya perlu di configure, dari sound card sampai ke CPU speed pun perlu di setkan secara manual, kena tahu berapa multiplier dan di darab dengan clock speed.. itu baru nak dapatkan speed CPU belum lagi nak configure sound card.. IRQ berapa nak guna dan sebagainya, sungguh complicated! Di tambah dengan beberapa "tweak" dan "overclock" buat kerja-kerja assembly dan upgrading PC nih bertambah menarik dan mencabar!


Beberapa minggu lepas ada 2 orang datang minta tolong untuk membaiki PC dan notebooknya. Memang malas nak buat pada mulanya, oleh kerana yang minta tolong itu pakcik sendiri dan yang seorang lagi tu kawan baik sejak zaman persekolahan tak sampai hati nak menolaknya.

Notebook kepunyaan kawan tu tak ada masalah sangat kecuali software dah almost corrupt, cuma perlu di install semula OS nya. Manakala PC Pakcik Aku tue ada masalah overheating. Tak tahu kenapa, tetapi base on Aku punya observation kemungkinan motherboard tue dah bermasalah. Mungkin kena tukar "Mobo" baru dan betulkan "air inflow" dan "out flow" pada casing. Seperti yang di jangka memang terdapat masalah pada "CPU Fan", "Mobo" dan "air inflow/outflow" pada casing. Dah lama tak buka hardware.. bila terpandang Mobo Socket 775 rasanya tak banyak beza dengan teknologi terdahulu Socket 478. Sangkaan Aku agak meleset sebab apabila di buka CPU dari Mobo.. Processor untuk socket 775 tiada pin langsung!


Oleh kerana Processor socket 775 tiada pin, memang amat mudah untuk membuka dan memasangnya kerana kita tidak perlu risau jika tersalah pasang, atau khuatir jika pin pada processor itu akan bengkok atau patah. Memang mudah! Seperti yang Aku katakan kalau macam ni "Budak sekolah pun boleh buat!"

Hari Isnin yang lepas Aku ke Landmark Mall untuk pergi membeli "Mobo", CPU Fan dan RAM. Dah terlanjur nak ganti "Mobo" Aku rasa baik upgradekan sekali RAM PC tu. Bila sampai di sana, tanpa berlengah terus pergi ke beberapa buah kedai untuk mendapatkan price list untuk barang-barang yang Aku kehendaki itu. Terkejut tengok harga hardware sekarang.. Murah! Untuk Mobo socket 775 harga bermula dari RM120, CPU Fan dalam RM20 dan yang paling menarik ialah harga RAM 1GB DDR533 cuma RM55! Bila tengok harga RAM yang murah tu.. teringat masa zaman Universiti dulu.. Nak upgrade RAM dari 8MB ke 32MB.. kumpul duit satu semester baru boleh beli.. masa tue RAM EDO 16MB X 2 Unit berharga RM280! Itu cerita tahun 1996 la.. Kalau sekarang RM 280 tue dah boleh dapat Mobo + CPU Fan + RAM + Casing! Uishh.. untung la budak-budak Uni dan sekolah sekarang!