Showing posts with label Kampung. Show all posts
Showing posts with label Kampung. Show all posts

13 May, 2009

Kematian

Baru semalam balik dari Seremban, ada kematian. Uwan Azza (sebelah Abah) meninggal dunia pada petang 12/05/2009. Dikebumikan pada malam itu juga selepas Isyak. Kami bergegas dari JB pukul 6:30 petang. Setibanya di sana "talkin" sedang berlangsung. Alhamdulillah segalanya telah pun selamat diuruskan. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah buatnya..

20 March, 2009

Ikea

Balik ke Seremban tempohari, sempat juga ke Ikea. Tak merancang pun nak ke sana, tiba-tiba terasa nak pergi. Mungkin sebab dah lama tak ke sana dan memang ada barang-barang kegunaan harian yang hendak dibeli. Maklum la dulu kami bertiga sekarang dah berempat.. banyak yang perlu di tambah :D

Rasanya "timing" ke sana kurang tepatlah.. Err masa tue Ikea sedang "Sale"!!! Jalan raya sesak, parking pun susah.. Orang ramai berduyun-duyun, hmm memang tak "convinience" langsung! Aku kot yang terlepas pandang.. maklumlah memang tak merancang nak pergi pada mulanya.




Apa-apa pun kami berjaya ke sana dengan jayanya dan membeli barang-barang yang perlu. Cuma tak sempatlah nak tengok lama-lama barang-barang di sana dan "imagine" konsep rumah idaman dan lain-lain sebab terlalu ramai orang.. Sampai nak berhentikan troley pun tak boleh lama.. hmm lain kali kalau nak ke Ikea, jangan terkena masa "Sale"! Memang menyusahkan!



Kesian kat "Adik" sampai minum mineral water terus dari botol :D

09 June, 2008

Balik Seremban

Hari Sabtu yang lepas kami balik Seremban. Ini merupakan perjalanan jauh kami yang pertama semenjak harga minyak naik. Sudah pastilah kos untuk balik ke Seremban meningkat agak tinggi. Anyway malas lah nak komen pasal isu minyak naik nih.

Keluar dari rumah lebih kurang pukul 12:30 tengahari. Selepas mengisi minyak sebanyak 26 liter (Sekarang nih kalau sebut dalam jumlah RM memang menyakitkan hati) dan makan tengahari di KFC Tun Aminah kami memulakan perjalanan ke Seremban. Tetapi sebelum itu kami akan singgah di kampung (Kluang) memandangkan Azza dan Nurin akan berada lama di Seremban. Nanti Nurin tak dapat jumpa Atuk (Kluang) sehingga akhir bulan 8!

Sampai di kampung (Kluang) lebih kurang pukul 3:20 petang. Atuk Nurin baru baik demam! Berborak-borak dengan Atuk sampai pukul 5 lebih. Kami kembali menyambung perjalanan ke Seremban dalam pukul 5:30 petang dan kemudainnya merancang untuk berhenti rehat dan maghrib di perhentian Air Keroh.

Sepanjang perjalanan Aku memastikan kelajuan tak melebihi 100 km/h. Al maklumlah minyak mahal sekarang nih tak boleh bawa laju-laju :) Lagipun sepanjang perjalanan hujan gerimis. Nampaknya hujan memang rata, dari Johor hingga ke Melaka. Kami tiba di Perhentian Air Keroh (R&R) dalam pukul 7:30 malam. Memang sedang elok untuk berehat, makan dan solat maghrib.


Kami menyambung semula perjalanan ke Seremban lebih kurang pukul 8:10 malam. Sebaik sahaja memulakan perjalanan, kami menerima panggilan telefon daripada "induk". Dia memberitahu kami beritahu supaya kami terus ke bandar Seremban dan berjumpa "mereka" di Restoran R & K. Sampai di Bandar Seremban kami terus mencari Restoran R & K. berpusing-pusing jugak la mencari di sekitar Taman AST tapi tak jumpa. Maklumat tak lengkap huhu. Selepas beberapa ketika kami dapat menghubungi "induk" untuk mendapatkan bantuan menunjuk arah. Aha rupa-rupanya Restoran tue dah dekat dengan Terminal One.. err sebelum sampai ke Terminal One untuk lebih tepat lagi..

Nampak macam ada orang nak belanja makan Satay hari nih, tapi apa special occation-nya? Rupa-rupanya hari tue ialah hari jadi "Azhan" (sepupu Nurin) jadi, Pak Long open table lah :) Terima kasih la banyak-banyak pada Pak Long sebab belanja kami makan satay!

Akhirnya kami tiba ke kampung (Seremban) hampir pukul 11:00 malam. Err boleh dikatakan ini ialah perjalanan terlama yang pernah kami buat untuk pulang ke Seremban iaitu lebih kurang 10 jam setengah :) Walaupun lama dan keletihan, kami tetap enjoy!

04 June, 2006