Showing posts with label Nasi Ayam Penyet. Show all posts
Showing posts with label Nasi Ayam Penyet. Show all posts

01 April, 2010

Nasi Goreng Ayam Penyet

Mungkin sudah rezeki, singgah di cawangan syarikat di Nusa Bestari dan dibelanja rakan untuk makan tengahari di gerai Mama Zai. Kali ini Aku dibelanja makan Nasi Goreng Ayam Penyet.




Hari sebelumnya Aku ada bergurau dengannya melalui telefon supaya membelanja makan kalau Aku singgah di Cawangan Nusa Bestari. Tak sangka pula gurauan itu dianggap serius oleh beliau. Alhamdulillah, semoga murah rezeki kamu Encik Syahron. Terima kasih banyak-banyak!


Rasa masih seperti dahulu, tiada apa yang berubah. Sambalnya masih lagi yang terbaik!



10 August, 2008

Nasi Ayam Penyet

Hari Sabtu yang lepas, terpaksa masuk kerja kerana ada "system testing". Masuk kerja pukul 11:00 pagi. Pukul 2:00 petang baru "test" di mulakan. Malam semalamnya entah macam mana boleh ter "skip" makan malam, mungkin sebab letih sangat! Pagi tue ke opis dengan perut yang amat lapar, Err pagi tue pulak ter "skip" sarapan pagi! Hmmm, macam-macamlah. Sampai ke opis agenda pertama ialah memikirkan tengahari itu nak makan apa? Kawan seopis nih buat cadangan: "Tengahari ni kena nasi ayam penyet di Bestmart?" Wahahaha, idea yang menarik!



Tepat pukul 12:30 tengahari keluar dari opis, menuju ke Bestmart, Nusa Bestari. Tak sampai 5 minit dah pun sampai. Kami terus order 2 set "Nasi Ayam Penyet". Memang tak sabar-sabar nak makan. Ayam penyet tue sebenarnya ayam goreng biasa je, cuma dah di ketuk. Jadi senanglah untuk di makan. Menurut kawan opis aku tue, sambal ayam penyet tue lah yang buat ayam tue sedap! Aku pun bersetuju dengan pendapatnya. Sambal tue memang sedap!


Ahaha.. kalau ada masa memang nak ke Bestmart lagi. Nak kena Nasi Ayam Penyet di gerai Mama Zai.


book b006 300x250