29 October, 2008
Facebook Block Me From Posting!
22 October, 2008
Nurin Amani - 4 Bulan
Rim Besi 14" PCD 100 Offset 5
Aha.. nak buat macam mana, rim original Enkei Satria ni dah tak berapa elok untuk digunakan. Susah nak buat balancing. Kalau dapat pun nasib. Akhirnya Aku ambil keputusan untuk cari rim besi di Internet! Kebetulan pula ada la orang nak jual complete set (4 unit) RM80. Terus hantar email dan minta completekan deal tue selepas raya.Balik dari cuti raya terus jumpa dan tengok barang. Nampaknya barang tu masih ok. Asalnya rim Myvi 14' PCD 100 Offset 5. Kalau nak pasang ke Wira atau Satria kena letak spacer. Satria dan Wira menggunakan offset 5 1/2 kalau tak silap. Untuk sementara ok la. Sekarang ni pun tengah cari la sport rim untuk Satria ni. Kalau boleh nak cari 14' atau 15'. Hmmm.. duit nya?
Labels:
PCD 100,
Proton Satria,
Rim Besi,
Transport
09 October, 2008
Rain Repellent
Sebenarnya part yang paling Aku tak gemar ialah "endorsed" produk! Susah nak nak train lidah dan kata yang baik-baik tentang sesuatu barang. Mungkin sebab itu Aku tak mungkin akan jadi "Salesman" yang baik atau agen "Direct Selling" yang bagus :D haha..
Tapi benda atau perkara yang bagus patut dihebahkan. Aku dah guna produk nih dah lebih 10 tahun. Ternyata berkesan dan amat membantu pengelihatan semasa hujan lebat.

Tapi benda atau perkara yang bagus patut dihebahkan. Aku dah guna produk nih dah lebih 10 tahun. Ternyata berkesan dan amat membantu pengelihatan semasa hujan lebat.

Penggunaannya amat mudah, cuma sapukan pada cermin hadapan kenderaan dan akan dapat bertahan selama sebulan. Kebaikan menggunakan "Rain Repellent" ini ialah ia dapat menghindarkan kabus daripada terbentuk di cermin, penglihatan akan lebih jelas dan kurang menggunakan pengelap cermin @wiper. Selain di gunakan di cermin, Aku juga menggunakannya pada "visor" topi keledar bila menunggang motorsikal.
Banyak versi "Rain Repellent" ni, tetapi yang original ialah "Rain X". Kadang-kadang terjumpa yang macam "Rain X" tetapi bila di perhatikan betul-betul ejaannya.. "Rain K" rupanya. Sebelum beli perhatikan betul-betul labelnya!
Subscribe to:
Posts (Atom)
