20 February, 2009

Bazar JB

Pada 14 Februari yang lepas kami telah ke "Bazar JB " yang terletak di Pusat bandar Johor Bahru atau lebih tepat lagi di Jalan Segget/Legaran Segget. Dapat tahu mengenainya daripada kawan-kawan. Kebetulan malam minggu tue Aku memang nak keluar ke Danga Bay, tetapi mungkin Aku lupa yang hari itu ialah Velentine Day, Danga Bay sesak.. sementara menunggu keadaan di Danga Bay tenang sedikit, Aku terus memandu ke Pusat bandar. Lokasi yang dituju ialah Bazar JB.



Satu idea yang baik dan menarik oleh MBJB memandangkan kawasan itu agak suram sejak CIQ baru dibuka. Lagipun aktiviti sebegitu sememangnya akan menghidupkan kembali bandaraya Johor Bahru. Kalau dulu Aku memang liat kalau nak ke Pusat Bandar. Maklumlahlah Johor Bahru dah memang terkenal dengan kesesakan lalu lintas.



Sejak CIQ baru dibuka, Pusat Bandar Johor Bahru agak tenang dari kenderaan dan lalulintas. Haa.. Aku suka la keadaan macam nih! Baru seronok! Parking pun mudah! Barulah sesuai nak bawa keluarga bersiar-siar sekitar bandar.


Macam-macam barangan ada dijual di sana, tapi dalam banyak-banyak barangan yang di jual oleh peniaga di situ, Aku tertarik dengan beberapa peniaga yang menjual barangan terpakai dan antik. Cuma kami ke sana dah agak lewat, tak sempatlah nak meneroka kesemuanya. Dapatlah tengok-tengok dahalu. Mungkin lain kali, kena datang awal sedikit barulah dapat "explore" sepenuhnya.






shuffle b003 300x250


Waktu urusnianga, hari-hari biasa bermula jam 6:00 petang sehingga 12 malam. Hujung minggu, bermula jam 7:00 pagi sehingga 12:00 malam.

19 February, 2009

CNY Dinner 09

6hb Februari yang lepas seperti tahun-tahun sebelumnya, "company" buat CNY Dinner. Biasanya masa-masa macam ini barulah dapat kumpulkan semua staff dari branch yang berlainan di sekitar JB ni.


Semuanya berjalan lancar dan mood untuk dinner pun baik.. maklumlah masing-masing baru dapat "bonus". Alhamdulillah.. sedang cerita tentang kegawatan ini semakin menakutkan masih ada berita baik yang sedap didengar :D