Showing posts with label Hobi. Show all posts
Showing posts with label Hobi. Show all posts

21 April, 2010

Hobi?

Dahulu semasa bersekolah, Aku mempunyai hobi iaitu mengumpul setem. Lama juga berusaha untuk memperbanyakkan koleksi dan akhirnya sebanyak dua buah album berjaya dipenuhkan. Satu album besar dan yang satu lagi album kecil.

Apabila Cikgu bertanyakan apakah hobi Aku. Aku dengan bangganya menjawab. "Saya mengumpul setem!"  Cikgu kemudiannya menyuruh Aku membawa kedua-dua album setem tersebut untuk ditunjukkan pada rakan-rakan sekelas. Seperti yang diminta oleh Cikgu, keesokkan harinya Aku membawanya ke kelas. Sebaik sahaja menunjukkannya kepada Cikgu dan rakan-rakan sekelas, Aku meletakkannya kembali ke dalam beg dan kemudiannya terus keluar dari kelas untuk rehat. Balik daripada rehat, Aku dapati beg telah terbuka dan kedua-dua album setem tersebut telah hilang. Semenjak dari hari itu, hobi mengumpul setem telah Aku lupakan.

Semasa melanjutkan pelajaran ke Universiti, hasrat untuk mengumpul setem kembali berkobar-kobar. Maklumlah, Aku mempunyai rakan-rakan yang melanjutkan pelajaran ke United Kingdom yang sering berutus surat. (Zaman itu Email masih belum popular..OK!). Teruja setiap kali menerima surat yang bersetemkan luar negara! Sempat jugalah mengumpul banyak setem U.K sehinggalah kejadian mencuri setem berlaku di Kamsis Dato Onn (sekarang tidak lagi Kamsis..sudah di tukar kepada Kolej) mematikan kembali hobi tersebut.  Sungguh sakit hati bila terima surat atau poskad dari U.K tetapi setemnya sudah dicuri orang! Malang sungguh kerana perkara ini berlaku di sebuah Universiti yang sepatutnya melahirkan para graduan dan ilmuan!

Lama juga Aku tidak mempunyai hobi yang spesifik namun sejak berkahwin Aku telah menemui hobi baharu iaitu mengumpul kereta "die cast model" berskala 1:64 dan 1:72.  Mulakan dengan hobi yang murah supaya tidak terlalu membazir. Sekurang-kurangnya terisi juga masa lapang.

 Ferrari (Hotwheels) dari kiri: FXX, 250LM, 288GTO, 250GTO, F430


Keseronokkan untuk menambah koleksi memuncak bila terjumpa dengan orang yang mempunyai minat yang sama, 1/64 diecast hunter. Cuma Aku baru hendak bermula jadi memadailah dengan koleksi permulaan daripada Hotwheels dan Real X.  Kalau kewangan mengizinkan mungkin akan menambah koleksi daripada Kyosho yang terkenal dengan "details"nya.

 Ford Mustang 65 Fastback

Sekarang kalau Orang bertanya apakah hobi kamu? Aku akan katakan.. "Aku sekarang pengumpul kereta.. " haha :D