Showing posts with label Networking. Show all posts
Showing posts with label Networking. Show all posts

18 March, 2009

ZyXel Zywall 5 Sudah Sampai

Akhirnya setelah mengambil kira pelbagai faktor terutamanya harga :D, ZyXel Zywall 5 telah dipilih untuk menggantikan Cyberguard SG560. Terus buat "PO" dan hantar ke "vendor". Alhamdulillah selepas 3 hari menunggu, unit ini sampai hari Jumaat yang lepas.




Sebaik sahaja sampai, Aku terus buka kotak dan "configure"! Tak boleh tunggu lagi.. kena "complete"kan secepat mungkin. Router DSL basic yang digunakan sementara ini tak dapat menampung traffic dan "firewall rules" yang banyak.

Walaupun harganya tak berapa mahal ini ialah "entry level model" bagi kategori "Internet Security Appliance" , "design" dan "appereance"nya adalah sebaliknya. Dan yang paling best, unit ini boleh di "mount" pada rack! Nampak macam Pro :D



Seminggu telah berlalu.. rasanya tak ada masalah dengan unit ini. Alhamdulillah! Semuanya lancar dan Operasi syarikat berjalan seperti biasa. Err sebenarnya "User" tak peduli pun tak tau pun apa hardware yang IT Department guna untuk mengawal traffic internet. Kalau cerita pun macam mereka faham? Janji klik IE/Mozilla ada connection ke internet, pasti mereka berbahagia dan senyum sampai ke telinga!

10 March, 2009

Hmmm.. Another Equipment Going Kaput!!

Lepas satu equipment rosak..tambah satu lagi! Kali ini Cyberguard SG560 Firewall/VPN Unit buat hal! Tiba-tiba tak boleh connect to the internet! Hmmm.. kat mana silapnya? Base on diagnostics LED kemungkinan terdapat firmware error pada unit tersebut. Hmm akhirnya setelah 3 tahun berkhidmat..terpaksalah digantikan dengan unit yang lain..

Cuba juga reset unit tersebut pada "factory default setting".. Still no luck! nampaknya memang "permenant damage!" Terpaksalah minta peruntukan kecemasan dari "company" untuk menggantikan dengan unit yang setara dengannya.

Setelah menghubungi beberapa "Supplier" ada 3 model yang setara dengan Cyberguard 560 dari segi harga dan prestasi. Diantaranya ialah Dlink DFL 210, ZyXel Zywall 5 dan SifoWorks U100. Hmm.. kena compare technical spec, performance dan akhir sekali harga sebelum membuat keputusan untuk membeli yang baru.. :D

09 March, 2009

PDC Kaput?

Mungkin tahun 2009 ni boleh dikatakan sebagai tahun rosak!  Banyak equipment dah mula buat hal.  Salah satu dari padanya ialah Primary Domain Controller.  Mungkin "machine" ni merajuk kot sebab Aku pun sekarang ini sedang dalam proses memindahkan semua user ke "Domain Controller" yang baru.
PDC yang rosak ini pun dah berusia lebih kurang 8 atau 9 tahun!  Nasib baiklah ada "Backup Domain Controller" yang boleh mengambil alih tugas PDC buat sementara waktu.   Berdasarkan "Bios Post Diagnostics"  memang terdapat error pada RAM slot bank 3!   Aku pun buka casing Net Server 2000 dan cabut RAM dari bank 3/4 dan kemudiannya menghidupkannya semula. Alhamdulillah  server itu dapat di hidupkan,  tetapi "under powered" lah.

Aku terpaksa tanggalkan RAM dari bank 3 /4,  jadi kapisiti RAM untuk server tersebut telah turun dari 1GB kepada 512MB!  Tak apa lah,  asalkan dia masih nak hidup itu pun sudah cukup bagus :D


Sementara Aku melengkapkan "in house project" ini, bertahanlah..  Kalau nak rosak terus pun tak apa.. asalkan Aku dah siapkan "migration" ke Domain Controller yang baru!

Nampaknya Aku kena lebih pantas untuk siapkan "Migration Project" ni :D untuk mengelakkan gangguan pada operasi seharian.