18 March, 2009

ZyXel Zywall 5 Sudah Sampai

Akhirnya setelah mengambil kira pelbagai faktor terutamanya harga :D, ZyXel Zywall 5 telah dipilih untuk menggantikan Cyberguard SG560. Terus buat "PO" dan hantar ke "vendor". Alhamdulillah selepas 3 hari menunggu, unit ini sampai hari Jumaat yang lepas.




Sebaik sahaja sampai, Aku terus buka kotak dan "configure"! Tak boleh tunggu lagi.. kena "complete"kan secepat mungkin. Router DSL basic yang digunakan sementara ini tak dapat menampung traffic dan "firewall rules" yang banyak.

Walaupun harganya tak berapa mahal ini ialah "entry level model" bagi kategori "Internet Security Appliance" , "design" dan "appereance"nya adalah sebaliknya. Dan yang paling best, unit ini boleh di "mount" pada rack! Nampak macam Pro :D



Seminggu telah berlalu.. rasanya tak ada masalah dengan unit ini. Alhamdulillah! Semuanya lancar dan Operasi syarikat berjalan seperti biasa. Err sebenarnya "User" tak peduli pun tak tau pun apa hardware yang IT Department guna untuk mengawal traffic internet. Kalau cerita pun macam mereka faham? Janji klik IE/Mozilla ada connection ke internet, pasti mereka berbahagia dan senyum sampai ke telinga!

No comments: