Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

31 March, 2010

Blog Ini Sudah Berusia 6 Tahun!

Bulan April 2010, blog ini genap berusia 6 tahun! Itu tidak termasuk dengan beberapa halaman peribadi yang dibangunkan di Geocities dan Lycos. Kalau dicampur kesemuanya iaitu sejak mengenal dunia internet dan html, sudah lebih dua belas tahun mungkin. Secara spesifiknya berblog, sudah enam tahun!

Bermula dengan keseronokkan mencuba perkara baharu dan kemudiannya membuat beberapa "entry" tentang Nurin Iman. Blog ini pada awalnya terhad pada cerita berkenaan Nurin Iman sahaja selama beberapa tahun. Memang diakui Nurin Iman ialah pendorong untuk Aku berblog kerana ada sahaja keletahnya untuk dirakam dan diulas

Selama bertahun-tahun Aku tidak memandang blog ini secara serius. Menulis bila suka atau bila ada idea serta meninggalkannya dan kadang-kala terlupa blog ini wujud! Akhirnya pada akhir tahun 2009, Aku mengambil keputusan untuk membuat beberapa perubahan, terutamanya dari segi gaya penulisan menjadi lebih serius, lebih rasmi dan mengutamakan Bahasa Kebangsaan. Berusaha sedaya upaya untuk mengurangkan bahasa rojak.

Untuk makluman, URL asal blog ini ialah http://cakkkkkkkkkk.blogspot.com yang dirasakan terlalu panjang dan sukar untuk diingati berdasarkan daripada respon dan teguran daripada rakan-rakan. Kemudian, Aku terfikir untuk menggantikkan URL yang panjang itu dengan yang lebih ringkas untuk mudah diingati. Segeralah Aku mencarinya..




Domain Name

Akhirnya "Domain Name" yang diidam-idamkan dapat diperolehi daripada http://www.co.cc, maka bermulalah blog  Anif.. Version 2.0 menggantikan tajuk dan tema lama,  Cakkkkkkkkkk!!!  - Life Little Surprises. - Rujuk "entry ini" - http://www.anif.co.cc/2010/01/domain-name-baru-yey.html

Gaya Penulisan

Sebenarnya gaya penulisan ini banyak dipengaruhi oleh beberapa blogger tegar yang telah diikuti sejak beberapa tahun yang lepas. Antaranya ialah abdullahjones, I am Stradust, The Wierd, The Fat & The Ugly, Adrina Adi dan lain-lain.  Aku sukakan gaya selamba penulisan mereka seolah-olah apa yang mereka fikirkan terus diterjemah ke keyboard untuk membentuk identiti penulisan tersendiri. Unik!

Mungkin cerita mereka biasa-biasa sahaja tetapi apa yang paling penting didalam kebiasaan pastinya tetap ada keistimewaan.

3 Column Layout

Berkenaan dengan format "3 Column Layout" , pertama kali Aku melihatnya ialah di blog The Wierd, The Fat & The Ugly, sejak itu Aku menyukai format "3 Column Layout" ini kerana ia memberi banyak ruang untuk melakukan susun atur dan memaparkan maklumat yang diinginkan di dalam satu halaman. Sehingga kini Aku masih lagi mengekalkan format "3 Column Layout" di blog ini.

Font

Blog ini pada asalnya menggunakkan font Arial dan sans-serif. Pada awal Februari 2010, Aku menukarnya kepada Comic Sans Ms Font.

Widgets

Dahulu blog ini dipenuhi dengan pelbagai "Widgets" yang menyebabkan "page loading" agak lambat. Akhirnya Aku mengambil keputusan untuk membuang "Widgets" yang dirasakan tidak perlu dan menggantikkan dengan yang penting sahaja untuk kelihatan lebih ringkas dan mempercepatkan "page loading".

Mozilla Firefox 

Blog ini cantik dan elok rupa parasnya bila dipaparkan menerusi pelayar Mozilla Firefox. Jika menggunakkan Internet Explorer terdapat beberapa masalah berkaitan dengan "font","link" dan "column" yang tidak dapat dipaparkan dengan betul.

Selain daripada itu blog ini juga serasi dengan Chrome dan Safari.

Mungkin ada satu dua perubahan yang bakal dilakukan di blog ini pada masa akan datang tetapi buat jangka masa terdekat ini Aku cukup berpuas hati dengannya. Walau apa pun "Blog Ini Sudah Berusia 6 Tahun!" Alhamdulilah, Aku masih lagi diberi kekuatan untuk menulis.


26 March, 2010

Selamat Menyambut Hari Lahir

Selalunya bila kami menyambut hari lahir, kami hanya meraikannya secara kecil-kecilan. Tetapi tahun ini ia agak berbeza sedikit kerana disertai oleh emak dan abah. Kami meraikannya secara ringkas yang boleh iaitu dengan makan di luar.



Mungkin sudah menjadi tradisi keluarga kami untuk makan disitu setiap kali menyambut hari lahir Azza. Daripada sejak baharu kahwin sehinggalah sudah beranak dua. Bila sudah jadi tradisi memang sukar untuk diubah! Rasa macam ada yang tidak kena kalau tidak ke sana lagi.

Walaupun menyambutnya di tempat yang sama setiap tahun, suasananya sudah pasti berbeza. Kalau dahulu kami berdua, kemudiannya kami bertiga dan sekarang kami sudah berempat!

Asalkan mereka gembira terutama Azza, sudah cukup untuk membuat Aku gembira. Lagipun apa lagi didalam hidup yang lebih berharga selain dari kegembiraan dan kebahagiaan?


Apa yang pasti ialah perjalanan hidup kami masih lagi panjang. Banyak lagi rintangan yang perlu dihadapi.

18 March, 2010

Hari Jadi Mak Ngah..

Cuti Hari Raya Cina yang lepas Kami sekeluarga balik ke kampung. Alhamdulillah, semua adik beradik juga ada. Bukan senang untuk meluangkan masa dan berkumpul beramai-ramai. Kebetulan esoknya ialah Hari Jadi adik Aku yang kedua dan kami pun sepakat untuk meraikannya dan membuat acara bakar-membakar (BBQ) dengar kadar segera tanpa dirancang.

Selamat Hari Jadi Mak Ngah yang ke 32 tahun!




Yang paling seronok tentulah cucu-cucu yang seramai enam orang itu. Bermain dan berlari sehingga tak terdaya ibu dan bapa mengawalnya. Tahun ini akan bertambah lagi dua ahli baru dalam keluarga, Insyallah. Daripada enam akan menjadi lapan!

Pakar BBQ dalam keluarga.. Pak Ngah!

Sekali sekala dapat berkumpul dengan adik beradik memang menyeronokkan. Banyak perkara hendak diceritakan.

Atuk tak terlayan kerenah cucunya!

14 July, 2009

Birthday!

Kedua-duanya dilahirkan pada bulan Jun. Kakak pada 13hb Jun dan adik pada 17hb Jun. Oleh kerana jaraknya cuma 3 hari, kami ambil keputusan untuk menyambutnya hari ulang tahun bagi kedua-duanya pada 17hb Jun. Bermaksud kakaknya terpaksa tunggu 3 hari lewat untuk menyambut hari jadi!

Memanglah rancangan itu nampak seperti tiada cacat celanya. Tetapi nampaknya Nurin Iman tak boleh tunggu 3 hari. Masuk sahaja 13hb, dia dah mula bertanyakan mana kek hari jadinya? Sebenarnya pada 13hb Jun itu kami masih lagi berada di Batu Pahat kerana menghadiri majlis perkahwinan sepupu kami. Bergegas balik ke JB dah lewat petang. Semasa di dalam kereta itulah dia asyik bertanya tentang kek hari jadinya :D

Sampai di rumah terus memunggah barang-barang keluar dari kereta dan kemudiannya terus ke Plaza Angsana untuk mendapatkan kek yang dihajati. Tahun ini Kek Cokelat pilihannya! Kami ikutkan sahaja kehendaknya. Dah genap 5 tahun usianya sekarang dan citarasanya juga berubah!



3 hari kemudian, giliran Nurin Amani pula menyabut hari jadi yang pertama. Kali ini mungkin rezeki kami agaknya. Atuk Amin sekeluarga menaja meraikannya di My Friend Tomyam, Kempas. Alhamdulillah! Nampaknya Nurin Iman dapat tiup 2 kali lilin pada kek hari jadi! Yang pertama semasa hari jadinya pada 13hb dan kedua pada hari jadi adiknya, meniup bagi pihak adiknya :D



Majlis yang serba ringkas dan istimewa ini turut disertai oleh Nyaie (Nenek) yang kebetulan ada di JB. Terima kasih pada Atuk Amin sekeluarga kerana bersusah payah mengatur dan menyiapkan segala-galanya. Bila kami sampai ke sana tempohari semuanya telah tersedia. Atuk Amin juga menghadiahkan Nurin Iman set alat tulis Mickey Mouse dan Nurin Amani pula mendapat Teddy Bear yang comel.

Hadiah apa yang Nurin Iman dan Nurin Amani dapat dari Abah? 2 set Barbie! Satu untuk Kakak dan satu untuk adik. Kali ini Barbie dah ada kawan!

24 March, 2009

Azza's Birthday :D

Happy Birthday to my wife :D Sepeti biasa "nothing fancy" hehe.. maklumlah "birthday" nya kena time² hujung bulan! But I do take her & kids dine outside!

Anyway she's 5 years younger than me. Every time we celebrated her birthday, it will act as a reminder that I'm getting older and older. Haha..

13 June, 2008

Happy Birthday Nurin

Semalam (13/06/2008) birthday Nurin. Sekarang nih dah genap usia Nurin 4 tahun. Sedih sebab Aku tak dapat celebrate sama sebab masih di JB. Rancang nak balik Seremban pada minggu hadapan. Abah minta maaf pada Nurin sebab tak dapat celebrate sama ur birthday.. but I'm sure Azza mesti ambil banyak gambar, so that I don't feel like missed anything. Happy birthday Nurin Iman!

**Photos updated on the 22nd June 2008

13 June, 2007

Happy Birthday Nurin - 3rd

Nurin Iman 3 Tahun!

Inilah kek saya..

Nyummmmmmm...







13 June, 2006

Happy Birthday Nurin - 2nd

Kek Doraemon

Nyummm..

22 March, 2006

Happy Birthday.......Emaknya

Celebrate Azza's birthday - 22/03/2006.. 3 beranak :)