Bermula dengan keseronokkan mencuba perkara baharu dan kemudiannya membuat beberapa "entry" tentang Nurin Iman. Blog ini pada awalnya terhad pada cerita berkenaan Nurin Iman sahaja selama beberapa tahun. Memang diakui Nurin Iman ialah pendorong untuk Aku berblog kerana ada sahaja keletahnya untuk dirakam dan diulas
Selama bertahun-tahun Aku tidak memandang blog ini secara serius. Menulis bila suka atau bila ada idea serta meninggalkannya dan kadang-kala terlupa blog ini wujud! Akhirnya pada akhir tahun 2009, Aku mengambil keputusan untuk membuat beberapa perubahan, terutamanya dari segi gaya penulisan menjadi lebih serius, lebih rasmi dan mengutamakan Bahasa Kebangsaan. Berusaha sedaya upaya untuk mengurangkan bahasa rojak.
Untuk makluman, URL asal blog ini ialah http://cakkkkkkkkkk.blogspot.com yang dirasakan terlalu panjang dan sukar untuk diingati berdasarkan daripada respon dan teguran daripada rakan-rakan. Kemudian, Aku terfikir untuk menggantikkan URL yang panjang itu dengan yang lebih ringkas untuk mudah diingati. Segeralah Aku mencarinya..
Domain Name
Akhirnya "Domain Name" yang diidam-idamkan dapat diperolehi daripada http://www.co.cc, maka bermulalah blog Anif.. Version 2.0 menggantikan tajuk dan tema lama, Cakkkkkkkkkk!!! - Life Little Surprises. - Rujuk "entry ini" - http://www.anif.co.cc/2010/01/domain-name-baru-yey.html
Gaya Penulisan
Sebenarnya gaya penulisan ini banyak dipengaruhi oleh beberapa blogger tegar yang telah diikuti sejak beberapa tahun yang lepas. Antaranya ialah abdullahjones, I am Stradust, The Wierd, The Fat & The Ugly, Adrina Adi dan lain-lain. Aku sukakan gaya selamba penulisan mereka seolah-olah apa yang mereka fikirkan terus diterjemah ke keyboard untuk membentuk identiti penulisan tersendiri. Unik!
Mungkin cerita mereka biasa-biasa sahaja tetapi apa yang paling penting didalam kebiasaan pastinya tetap ada keistimewaan.
3 Column Layout
Berkenaan dengan format "3 Column Layout" , pertama kali Aku melihatnya ialah di blog The Wierd, The Fat & The Ugly, sejak itu Aku menyukai format "3 Column Layout" ini kerana ia memberi banyak ruang untuk melakukan susun atur dan memaparkan maklumat yang diinginkan di dalam satu halaman. Sehingga kini Aku masih lagi mengekalkan format "3 Column Layout" di blog ini.
Font
Blog ini pada asalnya menggunakkan font Arial dan sans-serif. Pada awal Februari 2010, Aku menukarnya kepada Comic Sans Ms Font.
Widgets
Dahulu blog ini dipenuhi dengan pelbagai "Widgets" yang menyebabkan "page loading" agak lambat. Akhirnya Aku mengambil keputusan untuk membuang "Widgets" yang dirasakan tidak perlu dan menggantikkan dengan yang penting sahaja untuk kelihatan lebih ringkas dan mempercepatkan "page loading".
Mozilla Firefox
Blog ini cantik dan elok rupa parasnya bila dipaparkan menerusi pelayar Mozilla Firefox. Jika menggunakkan Internet Explorer terdapat beberapa masalah berkaitan dengan "font","link" dan "column" yang tidak dapat dipaparkan dengan betul.
Selain daripada itu blog ini juga serasi dengan Chrome dan Safari.
Mungkin ada satu dua perubahan yang bakal dilakukan di blog ini pada masa akan datang tetapi buat jangka masa terdekat ini Aku cukup berpuas hati dengannya. Walau apa pun "Blog Ini Sudah Berusia 6 Tahun!" Alhamdulilah, Aku masih lagi diberi kekuatan untuk menulis.
36 comments:
seronok membaca entri ni.. dah join contest tulis dan menang ariff shah? join guna entri ni pun sesuai :)
Oh ye ke ada contest? Tak pandai nak join contest nih sebenarnya. Berblog untuk mengasah bakat menulis dan untuk senaman otak!
ni kira otai blogger!!
Tahniah sebab dapat bertahan begitu lama.
Saya harap saudara dapat mengunjung ke blog saya serta memberi komen, idea, cadangan, serta penambah baikan utk blog saya ini.
Saya mengharapkan pandangan dari semua blogger untuk mempertingkatkan mutu blog saya sendiri.
Segala komen yang diberi saya ucapkan terima kasih.
http://gryphoon81.blogspot.com/
p/s: email atau shoutmix pun boleh juga.
waaaaaaaaaaa....dah 6 thn...da bole msk tadika dah blog neh..~ haha
wah...lamanya dah 6 thn...congrats..and happy 6 anniversary.. ;)
Otai yang baru hendak aktif semula.. haha
Untuk lebih tepat lagi. Sejak anak pertama Saya lahir :D Sekarang dia sudah bersekolah tadika :D
Terima kasih.. Semoga Saya di berikan kekuatan untuk menulis.. dan berkongsi pengalaman. Insyallah.
Sebenarnya Saya biasa ke blog saudara. Biasanya Saya akan membalas segala lawatan dari pengunjung blog melalaui data-data vistior dari Google Analytics, Nuffnang dan Feedjit. Cuma kehadiran Saya umpama "stalker". Walalu bagaimanapun, biasanya kunjungan Saya pasti meninggalkan jejak terutamanya pada blog yang mempunyai Widget "Live Traffic Feed" daripada Feedjit.
Tahniah kepada Anif di atas kegigihan tuan untuk menulis artikel. Semoga usaha ini dapat menjadikan rakyat Malaysia lebih bermaklumat dan bermatlamat di dalam hidup.
gila lama blog ni.. huhu.. tahniah2..
Saya juga harap anda juga begitu. Terima kasih atas kunjungan anda selama ini.
Betul tu.. memang lama. Asalnya buat posting mengenai anak yang pertama :D
ni baru aku tau dah 6 taun rupanya, kalu anak kiranya dah nak masuk darjah 1 la..
Dulu-dulu lepas buat blog, tak kisah untuk buat promotion dan implement SEO. Menulis blog untuk anaklah katakan tak perlulah nak heboh sangat. Bila dah revamp semula konsep blog baru buat semuanya dan inilah hasilnya..
ini dah blh dikategorikan sebgai blogger otai nie..apapun, semoga anif terus giat dalam dunia blogging w/oun hanya suka suki shj...
Insyallah.. Kalau ada perkara menarik tentang kehidupan, tips dan sebagainya akan Saya kongsikan disini..
sgt susah seorg lelaki nak tulis blog..tahniah bro
tahniah...tahniah...tahniah... 8-)
saya budak baru belajar.... :)
penulisan awak memberi inspirasi kepada saya untuk mengubah gaya penulisan blog saya... ;)
Betul tu.. memang kurang sebenarnya. Itu sebabnya Saya cuba sedaya upaya bertahan. Menulis merupakan therapy otak Saya.
Saya pun mendapat inspirasi daripada blog orang lain :D
salam...
woah, if this blog is a human, the life size would look like a 6 year old kid..
happy 6th anniversary and congrats :)
W'salam..
Terima kasih
woi..dah 6 tahun....mantap tu :)
Alhamdulillah..masih boleh bertahan. Terima kasih Azrul kerana singgah di blog ini.
6 tahun? lama ... congrat
Terima kasih..
dasat yea sampai 6 tahun ber blog...
tahniah...
hee...
Harap-harap dikurniakan kekuatan untuk terus berblog sampai bila-bila :D Insyallah. Terima kasih Khairil sebab singgah diblog ini.
tahniah ye..saya dah follow blog ni :)
6tahun?? memang sangat lama tuuu
Terima kasih.. dan terima kasih sekali lagi kerana menjadi follower blog ini.
Saya pun tak percaya mulanya.. Bila dihitung memang sah dah 6 tahun :D
tahniah anif..
aku blum pun cukup setahun berblog.. hehe..
Terima kasih. Walau belum setahun tapi kamu konsisten, sentiasa ada "entry". Blog ini walau dah lama, sebelum tahun 2009 banyak tidur daripada jaga :D
Post a Comment