01 March, 2010

Split Personality?

Personaliti kita berubah sebaik sahaja memasuki kereta. Kalau di rumah kita seorang bapa atau isteri yang penyayang, sebaik sahaja menekan pedal minyak semuanya berubah menjadi pelumba kereta "Formula One!" Pantang dicabar! Sentiasa bersedia memberikan tindak balas.

Aku berani mengatakan bahawa rakyat Malaysia sememangnya mempunyai "Split Personality" terutamanya mereka yang memandu kenderaan, lebih-lebih lagi penunggang motorsikal! Personaliti pertama ialah personaliti sebenar dan personaliti kedua sebagai ahli sukan ekstrim!



Memandu memang menyeronokan, meningkatkan kadar aliran adrenaline setara dengan sukan ekstrim. Mungkin ramai yang tidak sedar mengenainya. Jika anda memandu perasaanya sama seperti kita melakukan aksi-aksi didalam sukan ekstrim yang lain. Istilahnya kasarnya ialah "Berani Mati!"

Seperi peserta sukan ekstrim, risiko maksimum untuk mereka ialah kematian. Kematian yang seronok mungkin? Patutlah kempen keselamatan jalan raya di Malaysia tidak pernah berkesan! Mereka seronok melakukannya...


8 comments:

anif® said...

mmg.. bak kata iklan..

" rakyat malaysia mmg sangat sopan dan berbudi.. tetapi bukan semasa di atas jalan.."

anif® said...

Dah lama sedar, cuma tak sanggup mengakui hakikat! Kadang-kadang orang yang rapat dengan kita pun berubah bila memandu.

anif® said...

er.. saya sendiri berubah wajah semasa memandu.. especially masa dah lambat.. hehe

anif® said...

Saya pun begitu. Sebenarnya Saya tulis entry ini sebagai pengingatan pada diri sendiri. Sedang cuba untuk memperbaiki diri.

anif® said...

memandu laju ni best, adrenalin pun laju. rasa live sangat2. tapi aku x le drive laju tak tentu pasal, time nak motong pun make sure 100% slamat baru potong, kalu 50-50 sabar je la dulu.
hati2 memandu, ingat la blog yang tersayang.. :P

anif® said...

Love the last sentences.. <span>"hati2 memandu, ingat la blog yang tersayang.. :P"
</span>


- Sekarang ini memang seniasa beringat!

anif® said...

Split Personality...
Saya pun ade...mase merempit kadang2 tak sedar yang kiter menakutkan pemandu lain....tau2 jer...kawan kat belakang menjerit....takut!!!!...
kalau tgh ade prob sgt bahaya bawak motor.....xp
cara terbaik untuk atasi benda ni... beristighfar...

anif® said...

Bila sedang ada masalah atau terlalu seronok memang mental kita tidak berapa stabil. Bahaya menunggang/memandu pada masa ini.  Tenangkan hati/perasaan dahulu.. beristighfar banyak-banyak :D