Senario lelaki membawa beg tangan wanita juga boleh dilihat ketika di majlis perkahwinan, klinik atau hospital, kompleks membeli-belah dan kebiasaannya di hadapan tandas!
Mungkin bagi sesetengah lelaki memang nampak tidak "cool" bila terpaksa membantu membawa beg tangan ini tetapi bagi yang ingin berteman wanita atau berkahwin, silalah membiasakan diri membawanya! Latihan berterusan akan membawa kesempurnaan.
Imej: Louis Vuitton Speedy

13 comments:
oh tidakk... malu la nak bawak beg gtu. rimas! :P
Hahaha.. Dulu saya pun macam awak jugak.. malu! Sekarang nih dah biasa..
LV, Christian Dior, Gucci memang tak sesuai bro.. kita kena buat beg Cap Buaya untuk lelaki... :)
Cap Buaya! Haha.. Even kalau ditangan pegang beg itu..tak kiralah Cap apa pun.. Saham kamu telah turun!
Lacoste handbag - ada Cap Buaya :D
saya pn selalu jgks tlg bwk handbag wife semasa keluar shopping, terutamanya bila wife sibuk nak belikan baju utk anak2..
rasanya ramai jugak lelaki diluar sana yg berbuat begini demi wife yg tersayang..
Nampak macam tolong bawakan... Sebenarnya dah memjadi tanggungjawab kita tu :D
haha.. jgn sampai ter'impulse' nak beli beg ni.. mahal ni Anif!
Hehehe..
x salah tolong wife.. apa sangat la air muka nak banding dengan benda lain yg dah tanggung bersama..
honestly, saya suka tengok laki yg tolong bawa barang. x kira la masa gi pasar ke.. mana2 ke.. rasa gentleman giler..
Betul la tu.. memang tak salah apa-apa pun :D
saya tiada masalah pegangkan beg tangan mak, adik2, buah hati... sebab bagi saya, itu tandanya kita ada seseorang yang istimewa dalam hidup kita, yang sanggup bagi kita kepercayaan untuk pegangkan beg tangan dia ;)
Anda seorang yang amat prihatin dan sensitif! Tahniah.
Post a Comment