06 March, 2010

Kenaikan Kadar OPR - Kesannya.

Tahun lepas Aku ada menghantar surat kepada bank bertujuan untuk memohon pengurangan kadar faedah yang dikenakan terhadap pinjaman perumahan. Alhamdulillah, permintaan Aku dipersetujui oleh pihak bank.  Pihak bank kini menawarkan kadar yang lebih menarik iaitu BFR-1% untuk sepanjang tempoh pinjaman berkuat kuasa pada 1hb Januari 2010.



Tidak sampai dua bulan menikmati kadar pinjaman terbaharu, pada 4hb Mac 2010 Bank Negara Malaysia telah mengumumkan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.25 peratus. Bagi orang kebanyakkan ini bermaksud pihak bank akan menaikkan kadar BLR dan BFR, merujuk kepada kenaikkan kos meminjam terhadap pelanggan.



BERNAMA juga melaporkan bahawa bank pertama yang mengumumkan kadar terbaharu BLR ialah Bank Simpanan Nasional, berkuat kuasa pada 9hb Mac ini kadar terbaharu BLR ialah 5.75%. Jadi Aku menjangkakan bank-bank lain juga akan menaikkan kadar BLR mereka setara dengan kadar BLR  Bank Simpanan Nasional.

Katakanlah kadar BLR dan BFR terbaharu yang dikenakan oleh bank terhadap pinjaman ialah 5.75%, mengikut pengiraan baharu kos yang terpaksa Aku tanggung ialah 5.75% - 1% = 4.75%. Kenaikan sebanyak 0.25%. Hmmm...


5 comments:

anif® said...

banyak tu dapat diskaun...

nape kerajaan naikkan BLR? bukan patutnya turunkan ke baru org beramai2 nk buat loan?

anif® said...

Kadar yang ada sekarang tidak lagi sesuai untuk menampung pertumbuhan ekonomi. Bila ekonomi keluar dari kemelesetan, pinjaman pada kadar murah perlu dikaji semula.

anif® said...

Seperti yang dijangka. Satu persatu bank mengumumkan kadar baru BLR & BFR.

Maybank is revising its Base Lending Rate (BLR) from 5.55 per cent per annum currently to 5.80 per cent per annum effective tomorrow.

Hong Leong Bank Bhd and Hong Leong Islamic Bank Bhd will raise their base lending rate (BLR) and Islamic financing rate (IFR) to 5.8 per cent from 5.5 per cent effective this March 10.

Asian Finance Bank Bhd (AFB) will raise its base financing rate to 5.75 per cent, from the current 5.5 per cent, effective March 9.

anif® said...

Standard Chartered Bank Malaysia Bhd (Stanchart) and Standard Chartered Saadiq Bhd will increase their base lending rate (BLR) and  base financing rate (BFR) respectively from 5.55 per cent to 5.80 per cent per annum, effective tomorrow (9/3/2010)

Anif® said...

OCBC Bank (Malaysia) Bhd and its subsidiary, OCBC Al-Amin Bank Bhd, will increase their base lending rate (BLR) and base financing rate (BFR) to 5.80 per cent effective tomorrow. (11/3/2010)