Showing posts with label Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts

03 December, 2009

Aidil Adha 09

Esok Raya Haji, pukul 7 masih lagi ada di pejabat.  Ada urusan yang perlu diselesaikan, maklumlah ada rakan sekerja yang sudah bercuti awal.  Setibanya di rumah sudah hampir pukul 7:30 malam.  Penat seharian bekerja belum hilang lagi.  Selesai solat maghrib terus tidur.  Sedar-sedar jam dah pun menunjukkan pukul 11:30 malam.  Terus bangun dan berpesan pada Azza supaya memasukkan barang-barang ke dalam kereta.  Kami bertolak untuk pulang ke Kluang pukul 12:30 pagi..

Sampai di Kluang lebih kurang pukul  1:40 pagi. Ini baru betul-betul pagi hari raya!  Abah kata tempohari dia akan buat "korban", memandangkan kami tiba diawal pagi memang tak nampak langsung lembu korban yang ditambat di belakang rumah.



Bila sudah pagi, barulah nampak lembu itu di belakang rumah!  Ibadah korban di lakukan di rumah Abah sebaik sahaja selesai Solat Sunat Aidil Adha.  Memandangkan hari itu ialah hari Jumaat, kerja-kerja menyembelih serta melapah dilakukan dengan agak pantas dan sebelum pukul 11:30 pagi semuanya telah di selesaikan. Alhamdulillah..

Hari itu Aku dapat satu ilmu baru.  Anggaran berat daging korban dengan mudah boleh ditentukan dengan menimbang jantungnya.  Oooo ..macam tu rupanya.  Cuma Aku tak berapa pasti kira-kiranya macam mana. Mungkin macam kita ukur lilitan pinggang dengan mengambil ukur lilit leher?  Mungkin kot :D


22 October, 2009

Syawal 09 - Part 3

Kereta Abah yang rosak dan ditinggalkan di hadapan rumah makcik memang perlu dibaiki segera.  Pagi-pagi lagi Aku telah sampai ke bengkel untuk berjumpa dengan mekanik.  Setelah menerangkan keadaan kereta tersebut, berkemungkinan masalah yang dihadapi berkaitan dengan "Drive Shaft"!
Mekanik biasa yang membaiki kenderaan Aku itu tidak keberatan meninggalkan bengkelnya untuk dibawa melihat keadaan kereta Abah.  Setelah melihat dan melakukan beberapa ujian, memang sahlah bahawa "Drive Shaft" kereta tersebut telah "loose".   Abah pun seolah-olah tidak percaya pada mulanya kerana sebulan sebelum puasa beliau baru sahaja menukarnya.  Apa-apa pun mungkin sudah nasib, komponen yang digantinya itu rosak terus... sebelum diganti sebulan yang lalu, ianya masih boleh digunakan cuma agak bising apabila kenderaan itu bergerak. Hmm sebab itulah ianya ditukar!

Oleh kerana kereta itu tidak boleh bergerak langsung, ianya terpaksa ditunda ke bengkel.  Setelah sampai di bengkel, komponen yang rosak itu segera dibuka dan komponen baru dipesan.  Oleh kerana hari itu ialah Hari Jumaat dan sudah hampir tengahari, kami pun pulang ke rumah untuk bersiap ke masjid untuk Solat Jumaat.

Sebaik sahaja balik dari masjid, mekanik tersebut menelefon dan mengatakan bahawa kereta telah siap diperbaiki.  Kami segera ke bengkel untuk melihat kereta dan seterusnya menyelesaikan bayaran untuk kos menarik dan membaiki kereta Abah.  Nasib baik juga harganya tidak berapa mahal.  Kena juga RM305!  Diskaun RM5...

Setelah kereta itu sudah boleh bergerak,  kami meneruskan program berziarah ke rumah Pakcik di Taman Universiti yang tergedala semalamnya.  Aku pergi rumah Pakcik 2 kali :D  Malam semalamnya bersama-sama Pakcik-Pakcik yang lain dan sekali lagi bersama Abah..

21 October, 2009

Syawal 09 - Part 2

,Kami balik ke Johor pada Hari Raya ke 4. Pada asalnya memang mahu terus balik ke Kluang tetapi Aku membuat keputusan untuk balik ke Batu Pahat sebaik sahaja keluar dari Plaza Toll Air Hitam. Terkejut "Nyaie" bila kami tiba ke kampung sekitar pukul 12:30 malam! Maklumlah orang dah tidur dan dikejutkan pula..  Kalau tak disempatkan balik ke Batu Pahat,  bila sudah kembali ke JB nanti agak sukar untuk ke sana semula.

Esoknya kami meneruskan  program ziarah kami ke Rumah "Atuk" dan seterusnya kami ke Simpang Renggam untuk ke rumah "Nyaie" Saudara dan 2 orang pakcik (adik-adik Abah).  Selepas itu kami merancang untuk balik ke Kluang.  Tetapi setibanya kami di rumah pakcik, kami dapati Abah pun ada di sana!  Hmm tak jadilah kami nak balik ke Kluang!  Kami sebaliknya merancang untuk pergi bersama-sama ke Kulai untuk menziarah Pak Long dan seterusnya ke JB.

Sebenarnya banyak perkara menjadi tidak teratur sejak awal kami memulakan perjalanan berikutan terdapatnya masalah dengan rangkaian Celcom pada hari tersebut!  Kebanyakkan rancangan yang dibuat semuanya spontan.  Kali ini memang betul-betul beraya.. tanpa henti!

Maghrib di rumah Pak Long dan kemudiannya Pak Long sekeluarga bersama-sama ke JB untuk ke rumah Makcik (Cik Ju).  Dari rumah Makcik (Cik Ju) kami ke rumah seorang lagi Makcik (Cik Jot) yang berada di Skudai.  Dari Skudai kami meneruskan perjalanan ke Taman Universiti untuk ke rumah seorang lagi Pakcik (adik Abah).  Sebaik sahaja kami ingin meneruskan perjalanan,  tiba-tiba kereta Abah mengalami kerosakkan!  Oleh kerana jam pun dah menunjukkan lebih kurang pukul 10:30 malam, Aku mencadangkan supaya Abah sekeluarga bermalam di rumah makcik dan esok pagi Aku berjanji akan uruskan penghantaran keretanya ke bengkel.

Kami meneruskan perjalan ke Taman Universiti tanpa Abah. Setibanya di sana mereka amat terkejut mendengar berita tentang musibah yang dihadapi oleh Abah.  Manakan tidak.. kami bersama-sama bertolak dari Simpang Renggam ke Kulai melalui Lebuhraya Plus dan kemudiannya ke JB tanpa sebarang masalah petang tadi..  Hmmm.. nasib baik juga kereta Abah tak rosak semasa di lebuhraya!  Kalau tak tentu lebih banyak masalah!

Alhamdulillah kenderaan kami tidak menghadapi sebarang masalah walaupun sejak dari raya ke 2, kami memang agak banyak berjalan..  Skudai --> Kluang --> Seremban --> Rembau --> Batu Pahat --> Simpang Renggam --> Kulai --> JB --> Skudai .. Memang amat meletihkan! Perjalanan telah pun merangkumi lebih kurang 1100 km!




20 October, 2009

Syawal 09 - Part 1


Syawal kali ini disambut dengan kadar sederhana. Persiapan untuk menyambutnya lebih tertumpu untuk anak-anak dan isteri. Tahun ini giliran kami untuk pulang ke Negeri Sembilan.

Aku berpeluang untuk bercuti panjang bermula pada Sabtu 19/09/2009 dan mula berkerja semula pada Hari Isnin 28/09/2009 minggu hadapannya. Alhamdulillah, kali ini kami sekeluarga berazam untuk memanfaatkan cuti tersebut sebaik mungkin dengan berziarah.

Destinasi yang dituju ialah Rembau selepas semalamnya kami berziarah di sekitar Seremban. Balik ke kampung asal Abah dan Mak mertua. Perjalanan agak lancar cuma apabila tiba di pekan Rembau, jalan agak sesak. Biasalah di masa perayaan ini memang ramai orang balik ke kampung dan berziarah!


Bila di Rembau teringat suasana macam di Johor cuma kampung orang negeri ini ada sedikit unik. Biasanya setiap rumah walaupun di kampung memiliki pagar!


Walau bagaimanapun orang yang paling seronok ialah Nurin Iman dan Nurin Amani kerana salah sebuah rumah yang kami ziarahi itu ialah rumah lama negeri sembilan yang masih di dalam keadaan asal dan mempunyai banyak tingkap.


Tak tahu kenapa kedua-duanya suka tentang rumah tersebut. Mungkin sebab keadaan sekeliling kampung yang tenang atau keunikan rumah lama tersebut....



09 October, 2009

Persiapan Raya - Part 2

Tahun ini seperti tahun-tahun yang lepas Azza membuat kuih raya! Kali ini Azza menyediakan 2 jenis kuih iaitu "Corn Flakes" madu/Cokelat dan kerepek pisang! Dalam kesibukan membuat persiapan raya dan menguruskan anak-anak, dia masih berjaya mencari masa untuk menyediakannya :D



Alhamdulillah.. Usahanya ini dapat membantu mengurangkan kos persiapan raya buat kami sekeluarga. Kalau semua nak tunjuk (kuih beli), tak boleh tahan poket nanti!

Nurin Iman juga sangat gembira membantu emaknya menyediakan kuih-kuih tersebut. Bila sudah siap.. "Satu simpan dalam bekas.. dua masuk mulut Nurin Iman!" Kanak-kanaklah katakan..

28 September, 2009

Persiapan Raya - Part 1

Tahun ini persiapan untuk hari raya disediakan agak lewat. Maklumlah, gaji pun baru dikreditkan ke dalam akaun bank dua hari yang lepas (lagi 2 hari nak raya!). Alhamdulillah! Itu pun sudah dikira cukup bagus, kalau nasib tak baik mungkin lepas hari raya baru gaji masuk! Dapatlah kami membuat persiapan Hari Raya seadanya.

Destinasi biasa untuk kami ber "shopping" ialah di Plaza Angsana dan Holiday Plaza. Cuma kali ini kedua-dua tempat tersebut tidak semeriah tahun-tahun yang lepas. Mungkin kesan dari kegawatan ekonomi menyebabkan ramai orang berbelanja dengan cermat dan berhati-hati. Kasihan juga melihat peniaga-peniaga gerai kuih raya dan pakaian di Plaza Angsana, stok masih banyak tetapi pelanggan kurang membeli!


Seperti tahun-tahun yang lepas, Aku menunaikan pembayaran zakat fitrah di Plaza Angsana! Entahlah dah terbiasa membayarnya di "shopping complex!" jadi macam tradisi pula!


Tetapi apa yang lebih menarik tahun ini ialah selain dari membeli belah dan membayar zakat, Aku sempat juga menderma darah! Cuma esoknya memang terasa amat letih, maklumlah penat ber "shopping" masih belum belum hilang dan dalam masa yang sama menunaikan ibadat berpuasa!

Mungkin ini boleh di jadikan tradisi baru setiap kali kedatangan Ramadhan dan Syawal. Insyallah!

15 October, 2007

Raya 2007



Inilah Baju Raya Saya..





24 October, 2006

Raya 2006

Salam Atuk meh..

Nurin, Cik Nurul & Alia