03 November, 2006
Pandai..
Haaa.. sekarang Nurin dah pandai cakap.. "Jelas & tak pelat" cuma kadang-kadang susun atur ayat masih tunggang langgang. Satu lagi.. dia dah pandai melawan, kalau ada orang kacau dia..dia akan balas balik.
24 October, 2006
03 October, 2006
Lega..
Seronok bila perkara yang dirancang akhirnya menjadi kenyataan. Pada 09/09/2006 Satu Majlis Tahlil dan sempena "opening" untuk reunion telah diadakan di Pekan Nanas. Alhamdulillah seramai 11 orang telah berjaya dikumpulkan pada majlis tersebut. Insyallah kalau ada rezeki dan masa yang sesuai kita akan berkumpul sekali lagi..
03 September, 2006
Bintang Walk

Dah lama tak ke KL dan kalau ke KL memang pasti akan singgah di Low Yat sebab Aku ni gila gadget. Kadang-kadang bukannya apa cuma nak tengok apa yang terbaru ada di pasaran. Cuma mengikuti perkembangan dan tak semestinya membeli. Yang jadi mangsa sudah pastilah Azza dan Nurin. Sampai penat dibuatnya sebab ikut Aku menjelajah Low Yat.
Labels:
Jalan-Jalan,
Keluarga,
Nurin Iman
26 August, 2006
17 July, 2006
13 June, 2006
04 June, 2006
29 May, 2006
25 May, 2006
04 May, 2006
Projek Wachaaaaaaaaa
Sepanjang bulan lepas banyak projek telah berjaya dilaksanakan.... Antaranya; Projek untuk mengumpulkan bekas pelajar Sekolah Menengah Vokasional Perdagangan Johor Bahru - Aku namakan Projek ni Projek Wachaaaaaaaaa®. Nama kena gempak dan lain dari yang lain.. mungkin ini akan menarik minat rakan-rakan yang lain untuk mengetahui tentang projek ni dengan lebih lanjut.
Idea untuk mengumpulkan bekas pelajar SMVPJB ini timbul bila aku menghadiri majlis perkahwinan Eela Rahayu, rakan sekelas aku di Kluang bulan 12 tahun lepas. Pada majlis tersebut ada beberapa orang rakan yang turut hadir..diantaranya Ujang, Nasri, Nazri(Puppet), Fahim & Zaidi(Ustaz). Dari situ tercetuslah idea untuk membuat reunion. Memang patut pun kena buat reunion sebabnya, kami dah lebih 15 tahun meninggalkan sekolah!!!! Ramai yang telah terputus hubungan dan tidak diketahui hidup & matinya..
Masalah utama..nak buat reunion ialah maklumat! Pertama, kita kenalah berusaha untuk mecari rakan-rakan yang telah terputus hubungan dan maklumat terkini mengenai mereka. Cara yang paling mudah untuk memulakan kerja mencari maklumat dan mengesan jejak ialah dengan mengunakan IT e.g Internet/email/sms dan lain-lain kaedah yang dirasakan perlu!
Bulan 2 tahun nih aku pun mewujudkan satu blogsite untuk memberitahu tentang Projek Wachaaaaaaaaa http://wachaaaaaaaaa.blogspot.com dengan ini bermulalah proses mengumpul maklumat dan data bekas pelajar SMVPJB tahun 1990/91. Sembutan amat menggalakkan dan dalam masa sebulan blogsite itu telah berjaya mengumpul dan menjejak seramai 30 orang..bekas pelajar. Dan dalam proses tersebut berjalan, sekumpulan bekas pelajar yang kini menetap di Lembah Kelang telahpun memulakan langkah pertama dengan mengadakan mini reunion dikalangan mereka. Syabas diucapkan kepada mereka!! Nampaknya hasil usaha aku telah berjaya membuka hati mereka..haha.

26 March, 2006
Betullah..mak mertua aku kata...........
Mak mertua aku kata kalau budak tue demam tandanya ada aa perkara baru yang dia nak buat.. Bila aku pikir balik betul aa kot..budak kalau nak tumbuh gigi..mesti demam. kalau nak berjalan pun demam jugak..
Nurin lepas baik demam ari tue sibuk nak bercakap aa pulak.. Oooo. demam nak bercakap rupanya.. Sekarang nih sibuk tanya aku jer.. Walaupun aku tak paham la apa dia cakap.. :)
Nurin lepas baik demam ari tue sibuk nak bercakap aa pulak.. Oooo. demam nak bercakap rupanya.. Sekarang nih sibuk tanya aku jer.. Walaupun aku tak paham la apa dia cakap.. :)
Bali 4/3/2006 - 7/3/2006
Sejak Aku mula berkerja, inilah pertama kalinya aku menyertai "Company Trip". Rasanya dah 5 tahun Aku bekerja di syarikat ini. Sebelum ini sudah banyak kali Aku terlepas kerana terdapat perkara yang tidak dapat dielakkan. Tahun 2002, Aku tidak dapat pegi sebab Aku hendak bertunang.. Tahun berikutnya 2003, Aku tidak dapat menyertainya kerana baru sahaja melangsungkan perkahwinan.. Tahun berikutnya 2004 pula, Aku tidak dapat mengikutinya sebab baru dapat baby!
Gambar ini Aku ambil dari dalam bas. Sudah tidak tahu hendakn buat apa sebenarnya! Signboard dan kabel elektrik yang berselirat. Pening kepala aku melihatnya. Macam mana agaknya kalau ada masalah? Mesti susah nak troubleshooting. :)

Bagi Aku bila pergi bercuti, tujuan utama ialah untuk merehatkan fikiran dan minda. Tetapi bila sudah sampai di sana, baru Aku tahu merehatkan fikiran dan minda sebenarnya tidak wujud! Memenatkan badan dengan berjalan ke sana dan ke sini, serta menjelajah dari satu kedai ke kedai yang lain = membeli belah merupakan terapi merehatkan minda yang sebenar! Selagi ada duit memang tidakboleh duduk diam, tentu ada sahaja rancangan. Bila sudah kehabisan duit barulah tenang... Jadi betullah "teori" yang mengatakan membeli belah ialah sejenis terapi yang menenangkan :D
Lorong kecil sebelah hotel..menghala ke pantai

Sayang sepanjang percutian ini, Aku tidak dapat mengambil banyak gambar kerana terdapat sedikit masalah dengan kamera digital. Err masalah kehabisan kuasa bateri yang amat kritikal sebenarnya. Hmm lain kali Aku akan bersedia dengan membawa bateri tambahan.

22 March, 2006
07 March, 2006
Nurin - First time.......
Siang tadi bawak Nurin pegi Klinik. Nurin demam. Aku amik 1/2 day leave. Malam bila dah ok sikit bawak dia pegi Giant Skudai. Walau belum baik betul..masih nak main. Budak2 la katakan...
"Emak tak payah jaga lagi..Nurin dah pandai buat sendiri"
26 January, 2006
Subscribe to:
Posts (Atom)

Cik Pidah & Alia
Cik Ari