04 May, 2006

Projek Wachaaaaaaaaa

Sepanjang bulan lepas banyak projek telah berjaya dilaksanakan.... Antaranya; Projek untuk mengumpulkan bekas pelajar Sekolah Menengah Vokasional Perdagangan Johor Bahru - Aku namakan Projek ni Projek Wachaaaaaaaaa®. Nama kena gempak dan lain dari yang lain.. mungkin ini akan menarik minat rakan-rakan yang lain untuk mengetahui tentang projek ni dengan lebih lanjut.

Idea untuk mengumpulkan bekas pelajar SMVPJB ini timbul bila aku menghadiri majlis perkahwinan Eela Rahayu, rakan sekelas aku di Kluang bulan 12 tahun lepas. Pada majlis tersebut ada beberapa orang rakan yang turut hadir..diantaranya Ujang, Nasri, Nazri(Puppet), Fahim & Zaidi(Ustaz). Dari situ tercetuslah idea untuk membuat reunion. Memang patut pun kena buat reunion sebabnya, kami dah lebih 15 tahun meninggalkan sekolah!!!! Ramai yang telah terputus hubungan dan tidak diketahui hidup & matinya..

Masalah utama..nak buat reunion ialah maklumat! Pertama, kita kenalah berusaha untuk mecari rakan-rakan yang telah terputus hubungan dan maklumat terkini mengenai mereka. Cara yang paling mudah untuk memulakan kerja mencari maklumat dan mengesan jejak ialah dengan mengunakan IT e.g Internet/email/sms dan lain-lain kaedah yang dirasakan perlu!

Bulan 2 tahun nih aku pun mewujudkan satu blogsite untuk memberitahu tentang Projek Wachaaaaaaaaa http://wachaaaaaaaaa.blogspot.com dengan ini bermulalah proses mengumpul maklumat dan data bekas pelajar SMVPJB tahun 1990/91. Sembutan amat menggalakkan dan dalam masa sebulan blogsite itu telah berjaya mengumpul dan menjejak seramai 30 orang..bekas pelajar. Dan dalam proses tersebut berjalan, sekumpulan bekas pelajar yang kini menetap di Lembah Kelang telahpun memulakan langkah pertama dengan mengadakan mini reunion dikalangan mereka. Syabas diucapkan kepada mereka!! Nampaknya hasil usaha aku telah berjaya membuka hati mereka..haha.

No comments: