Masih teringat ketika pertama kali hendak membeli Floppy Disk pertama di sebuah kedai komputer. Bagi seorang budak yang berusia 16 tahun pada zaman tersebut, tentulah pelik jika masuk ke kedai komputer! Tuan punya kedai tentunya tertanya-tanya apa yang di cari oleh budak tersebut atau mungkin memikirkan yang budak itu tersalah masuk kedai!
Aku: Encik saya hendak membeli Floppy Disk bersaiz 3.5 inci.
Tuan Kedai: Ada.. Satu unit RM7! Siap Format!
Aku: Ooo.. Saya boleh Format sendiri.
Tuan Kedai: (Melihat Aku dari atas ke bawah)
Tuan Kedai: Kat depan ada PC.. Buat sendiri ye..
Aku: Ok..
Tuan Kedai: Sebab Format sendiri Harga tolak RM1
Aku: (Senyum).. :D
Pada zaman tersebut Floppy Disk (Double Desity) hanya mampu menyimpan data berkapasiti 720kb! Kini, Floppy Disk semakin dilupakan semenjak popularnya teknologi USB "Thumb Drive" yang boleh menyimpan berkali-kali ganda data berbanding Floppy Disk. Sekarang ini semuanya mudah!
