Showing posts with label Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Sekolah. Show all posts

01 July, 2009

Hari Terbuka

Isnin lepas kami ke sekolah kerana menghadiri hari terbuka. Pengalaman pertama sebagai ibu bapa yang mempunyai anak yang bersekolah! Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan teratur.

Kami lega kerana mendengar komen-komen positif dan negatif dari guru kelasnya mengenai prestasi pembelajaran serta sikap anak kami. Kali ini kami mendapat maklum balas tentang anak kami dari perspektif yang berbeza. Kami terima dengan hati terbuka dan gembira!

Agak mengejutkan yang Nurin Iman amat meminati matematik! (+ve) dan kadang-kadang tidak boleh ditegur (- ve) yang mana kami sememangnya amat bersetuju dengan pandangan gurunya itu. "Normal" lah tu budak-budak :D

Masih ingat masa zaman Aku bersekolah dulu setiap kali hari terbuka sekolah, Abah tak pernah terlepas untuk menghadirinya. Dari dahulu memang Aku tiada masalah sangat dalam pelajaran dan memang bukan tergolong sebagai pelajar yang bermasalah. Dan setiap kali selepas Guru kelas memberi komen dan penerangan mengenai prestasi pembelajaran, Abah akan berkata:

" Nak sain kat mana Cikgu? "
"Ni anak saya kalau dia degil rotan aje!"

Rasanya dialong yang sama dari Aku darjah 1 sehingga Tingkatan 5!


26 January, 2009

Nurin Iman & Sekolah - Part 2

Akhirnya pada 5hb Januari 2009 Nurin Iman secara rasminya ke sekolah! Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. She's so excited!

Selepas Azza menghantarnya, tak perlu nak menunggu...Rasanya tak ada budak-budak yang menangis masa hari pertama sesi persekolahan. Budak-budak sekarang nih dah cukup berani! Dari mana datang keberaniannya? Aku pun tak pasti, mungkin juga sejak beberapa tahun yang lepas kami sekeluarga sentiasa menceritakan segala yang baik-baik sahaja tentang sekolah :D

Sekolah ni pun baru di buka. Hanya ada 9 orang pelajar berserta dengan 2 orang guru! Bagus juga kalau tak ramai pelajar, Guru -guru dapat menumpukan lebih perhatian pada pelajar.


04 January, 2009

Nurin Iman & Sekolah - Part 1

Tahun 2009 ini Nurin Iman berusia 5 tahun. Memang dah sesuai untuknya bersekolah. Sebagai bapa, memang agak risau juga kerana tak pasti nak masukkannya ke sekolah yang mana satu. Private atau Kemas/Perpaduan? Perancangan awal ialah hendak mendaftarkan dia ke sekolah tadika private yang berdekatan.

Mungkin dah rezeki, pada bulan November 2008 yang lepas, dapat borang pendaftaran ke tadika dari seorang jiran. Katanya ada sebuah tadika tabika yang akan dibuka berhampiran dengan rumah kami, atau dengan lebih tepat lagi di sebelah balai raya kawasan kejiranan kami. Alhamdulilah!

Dari sehari ke sehari Aku perhatikan balai raya tersebut, tak nampak perubahan pun.. katanya nak dijadikan tadika tabika. Dah beritahu Nurin Iman yang dia akan bersekolah di situ, tapi bayang rupa sekolah pun tak nampak lagi. Tiba-tiba tak jadi macam mana pula? Dah tentu yang paling kecewa ialah Nurin Iman.

Risau juga, tetapi menjelang Disember 2008, baru Aku terperasan yang bangunan bersebelahan balai raya itu dah pun di “sketch” kan dengan mural. Rupa-rupanya sejak November lagi, Cikgu dan pembantunya telah menyiapkan susun atur dalaman sekolah itu dahulu dan kemudian baru luarannya :D


Akhirnya pada 1 januari 2009 sekolah itu telah pun dibuka dan Nurin Iman telah pun di daftarkan secar rasmi ke sekolah tersebut. Aku pun tumpang excited sama! Sesi persekolahan bermula 5 hb nanti. Tak sabar nak dengar feedback dari Nurin Iman mengenai hari pertamanya di sekolah.