Sebelum membuat penukaran domain, blog ini telah pun menggunakan perkhidmatan pengurusan komen pihak ketiga iaitu Haloscan. Kemudian Haloscan telah diambil alih oleh JS-Kit. Sejak itu blog ini menggunakan perkhidmatan pengurusan komen tersebut. Semuanya baik-baik sahaja dan teratur sehinggalah Aku menukar domain. Mungkin Aku yang terlpas pandang....sepatutnya membuat backup semua komen sebelum menukar domain. Apa-apa pun semuanya telah terlewat, komen lama pada blog ini telah pun bercelaru.
Lain kali kalau hendak menukar domain, pastikan semuanya di"backup" terutamanya kepada blog yang menggunakan perkhidmatan pengurusan komen pihak ketiga seperti JS-Kit. Komen-komen yang hilang itu telah mengurangkan seri di blog :(
