30 January, 2010

Tiada Komen!

Alhamdulillah, akhirnya blog ini telah pun berjaya di "transformasi"  dengan jayanya. Walaupuan pada awalnya terdapat beberapa masalah, ianya berjaya diatasi kecuali masalah yang berkaitan dengan "komen". Komen yang lama ada yang telah terpadam dan kalau ada pun "user" telah bertukar menjadi nama Aku. Ishh..
Sebelum membuat penukaran domain, blog ini telah pun menggunakan perkhidmatan pengurusan komen pihak ketiga iaitu Haloscan. Kemudian Haloscan telah diambil alih oleh JS-Kit.  Sejak itu blog ini menggunakan perkhidmatan pengurusan komen tersebut. Semuanya baik-baik sahaja dan teratur sehinggalah Aku menukar domain.  Mungkin Aku yang terlpas pandang....sepatutnya membuat backup semua komen sebelum menukar domain. Apa-apa pun semuanya telah terlewat, komen lama pada blog ini telah pun bercelaru.

Lain kali kalau hendak menukar domain, pastikan semuanya di"backup" terutamanya kepada blog yang menggunakan perkhidmatan pengurusan komen pihak ketiga seperti JS-Kit. Komen-komen yang hilang itu telah mengurangkan seri di blog :(

10 comments:

anif® said...

Hahaaa ... kita senasib! Akupun baru tukar layout (bukan hosting) tp hilang semua komen2. Sedey!

anif® said...

Ye ke... senasib la kita!  Kena jadikan iktibar nih.. kalau nak menukar domain/layout kena buat backup dulu..

anif® said...

biar apa yang terjadi menjadi pengajaran..

anif® said...

Insyallah.. kesilapan tidak akan berulang lagi!

anif® said...

ololo... kesiannyer.. hehehe

anif® said...

memang betul kena buat back up bila nak tukar2 template ni... lagi satu jangan le tukar template yg buat orang susah nak beri komen... nak sign in sign up ni org tak suka sgt sebenarnye

anif® said...

Terima kasih kerana bersimpati..  :D

anif® said...

Err.. saya pun tak suka menyusahkan user.. tapi apa boleh buat kalau tak dipaksa "sign in"  Nanti "anoynomous" akan ambil kesempatan meninggalkan komen yang tidak bertanggungjawab.

anif® said...

betul.. komen dr pelawat mmg merupakan seri utama kat blog kn? saya pergi memana mmg cari komen pembaca dulu.. ceria je rasa..

sy buat komen kat blog saya open pd semua.. sebab pikirkan kwn yg xde blog.. ok la.. kecuali sorg tu yg rajin nk marah2.. hehe.

anif® said...

Blog kita merupakan tanggungjawab kita mentadbirnya. :D