29 July, 2008
Addicted to the Internet? Again....
27 July, 2008
Projek Wachaaaaaaaaa
26 July, 2008
The X Script!
Meng "edit" photo memang kerja yang meletihkan kerana ianya memakan masa yang agak panjang sebab itu dalam banyak-banyak perkara mengenai IT, photo editing ialah yang terakhir yang akan Aku cuba untuk mendalaminya (Err selain dari programming ). Anyway It was fun to see the end result! Segala hasil kerja Aku telah pun di blog kan di The X Script.
21 July, 2008
Weekend @Seremban
Sebenarnya Aku nih dah terbiasa memandu malam. Arwah Emak dulu memang cukup risau kalau Aku sampai ke kampung awal pagi. Masa di UKM dulu memang dah terbiasa tidur lewat. Pukul 12:00 tengah malam, baru nak ke Medan Selera untuk makan malam bersama kawan-kawan. Selepas menghantar mereka balik ke Kamsis, tiba-tiba kalau terasa nak balik ke kampung dan kira-kira boleh lepas duit minyak dan tol, Aku akan terus balik ke Kluang pagi itu juga! Masa bujang dulu Aku memang macam tu. Alhamdulillah selama ini tiada insiden yang tak diingini berlaku.
Petang Sabtu Aku ke Giant Senawang sebab nak membeli barangan keperluan rumah dan baby. Sambil itu Aku ambil sedikit masa untuk berjumpa kawan lama yang kebetulan bekerja di situ. Sejak Aku memulakan Projek Wachaaaaaaaaa, banyak maklumat yang Aku perolehi tentang kawan-kawan sekolah dan sekarang ialah masa untuk menjejaki mereka. Mana yang sempat dan berhampiran akan Aku mulakan dahulu. Oleh kerana Aku dah berada di Seremban, Aku terus menghubunginya. Masa di sekolah dulu beliau ialah junior tetapi semasa di UKM, kami satu batch! Aku lambat setahun masa masuk UKM sebab selepas habis POLISAS dulu Aku terus bekerja sebelum menyambung pengajian. Sebab itu bila di UKM, Aku sama batch dengan junior sekolah.
Rupa-rupanya kawan Aku nih dah lebih tujuh tahun bekerja di Giant Senawang! Aku tak tahu pun di Seremban ni ada kawan yang dah tersesat dan dah jadi orang Seremban nampaknya.

Minggu ini Nurin Amani akan ke klinik untuk first check up, jadi Aku tinggalkan kereta di kampung untuk memudahkan Azza ke klinik nanti. Balik ke JB nanti, macam biasalah.. naik Plusliner. Balik ke JB pada hari Isnin. Aku ambil cuti Isnin jadi Aku ada banyak masa untuk Azza dan anak-anak sepanjang minggu ni.
Dah dekat pukul 11:00 malam ni..Nurin Amani tak mahu tidur lagi!
Nurin Amani pun seolah-olah tahu Aku balik! Malam minggu yang lepas dia tak mahu tidur. Selalunya pukul 8:00 malam dia dah nyenyak tidur. Penat Azza mendodoikannya, akhirnya pukul satu pagi baru dia lelap. Tapi Aku puas sebab dapat bermain-main dengannya :)
18 July, 2008
20KVA UPS - Tukar Bateri Baru
17 July, 2008
Mee Rebus Stulang
14 July, 2008
Maxtor Basics - External Portable HDD
11 July, 2008
Macam-macam
Bila sampai di sana, kira macam mini reunion UKM la pulak. Banyak yang diceritakan terutamanya kisah-kisah masa zaman universiti dan perkembangan semasa. Tetapi dalam banyak-banyak cerita, yang paling menarik ialah tentang berkhatan. Menurut kawan Aku ni, Masa cuti sekolah yang lepas dia telah mengkhatankan anaknya. Hmmm.. pada Aku mengkhatankan anak tu biasalah.. bila sudah sampai masa untuk anak lelaki memanglah kita kena buat nanti. Katanya anaknya memang takut nak berkhatan, walaupun dah dipujuk berkali-kali. Untuk menyelesaikan masalah tu, rupa-rupanya sekarang ini dah ada prosedur untuk budak-budak yang takut berkhatan secara normal. Err bius sampai pengsan dan Dr akan mengkhatankannya.. Baru Aku tau rupa-rupanya ada prosedur macam ni! Rasanya benda ni dah lama.. mungkin Aku kot yang baru tau.
Budak-budak lelaki sekarang dah tak de "thrill" lah.. nampaknya :) sedar-sedar dah hilang "anunya". Haa macam-macam lah sekarang nih!
07 July, 2008
Side Mirror Baru!
06 July, 2008
Side Mirror Terbang!

05 July, 2008
Uwan Mandikan Saya la...
Barut Indon Style.. Azza buat sendiri!
Baru lepas mandi dan pakai baju baru :) 02 July, 2008
Breakfast @Office Cafeteria
Pagi nih Aku bersarapan di Opis. Jarang sebenarnya breakfast kat opis nih sebab selalunya Azza dah siapkan semuanya kat umah. Kebetulan ari nih system totally down dan memang dah tak boleh nak buat apa, baik Aku ambil masa nih untak breakfast. Aku makan lontong :) pagi nih!

Authentic Johor (Jawa) dish
Dulu-dulu masa di Selangor dan Negeri Sembilan kalau cerita pasal nasi himpit memang mematikan selera. Kalau di sana makan nasi himpit dengan kuah kacang aje! Ala kuah satay tue. Pernah sekali tue pegi rumah kawan, mula-mula nampak nasi himpit atas meja.. pas tue nampak pula kuah kacang.. Dah terbiasa sebagai orang Johor kalau ada nasi himpit, kemudiannya ada pula kuah kacang.. dalam hati tentu berdetik.. lepas nih tentunya ada satay! Tunggu punya tunggu.. satay tak tiba-tiba.. Rupa-rupanya kat kawasan sini makan nasi himpit lawannya dengan kuah kacang tue le.. Cissss!!! Tak best langsung!

Nasi himpit + kuah lodeh + sambal = Lontong
A friend of mine nie pun baru jer buat posting pasal nasi himpit dan kuah kacang tue. Boleh refer la blog Adrina :)
01 July, 2008
Router "Kaput" & Kawasaki Ninja
Huh..error mesej di Server!
Server/Router berjaya di "up"kan lebih kurang pukul 4:00 petang. Urusan branch telah berjaya dipulihkan semula dan semuanya kembali normal. Semasa server down tadi segala urusan telah di ambil alih oleh branch Johor Bahru.


Masa minyak tengah mahal nih.. moto nih boleh jadik alternatif kepada kereta. Cukup cantik, cukup laju (buat Aku le) cuma duit Aku belum cukup aa.
