Showing posts with label Berhenti Merokok. Show all posts
Showing posts with label Berhenti Merokok. Show all posts

13 April, 2010

Kalau Ada Logo Ini - Berani Nak Hisap?

Entry semalam mengenai Rokok Halal membuatkan Aku terfikir semula. Mungkin dengan pengenalan logo baharu ini akan mendorong perokok muslim untuk berhenti merokok dengan serta merta. Merujuk kepada artikel yang dipetik oleh Kosmo dan jika terbukti pengilang rokok di negara ini mengeluarkan rokok yang mengandungi Sel Darah Babi, Kerajaan harus mewajibkan penggunaan logo seperti ini :D


Kalau semua kotak rokok di Malaysia ditandakan dengan logo -Non Halal- atau "Pork Inside"  Aku amat yakin yang perokok muslim akan membuang tabiat buruk tersebut tanpa berlengah-lengah lagi.




Geli tak nak hisap kalau ada logo ini? :D Najis berat tu! Ada berani?



12 April, 2010

Rokok Halal

Pada awal bulan ini (April), para perokok di negara ini dikejutkan dengan berita yang penuh sensasi yang dipetik oleh akhbar Kosmo. Menurut akhbar tersebut satu kajian di Belanda baru-baru ini mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok!

Aku pun tidak pasti sama ada berita ini boleh menyebabkan atau mematikan ketagihan bagi perokok yang beragama Islam di negara ini. Selama ini mungkin mereka tercari-cari sebab dan alasan yang kukuh untuk berhenti merokok. Nah.. sekarang ianya sudah menjelma di hadapan mata! - " Rokok Ada Sel Darah Babi"





Tetapi syarikat pengeluar rokok tidak akan duduk diam apabila barangan dagangan mereka diburukkan dan mungkin mereka mungkin akan bekerjasama dengan  JAKIM untuk mendapatkan status halal bagi produk mereka :D


Mungkin ini penyelesaian untuk rokok yang dijual di negara ini - Akan ada logo halal JAKIM? Haha..

10 February, 2010

Tips Berhenti Merokok

Aku mengambil masa hampir empat tahun untuk berhenti merokok. Boleh dikatakan ini merupakan satu cerita kejayaan. Besar maknanya pada diri ini. Walaupuan pada sesetengah orang kejayaan ini tidak seberapa, Aku menganggapnya sama pentingnya dengan menerima segulung ijazah! Berdasarkan kepada pengalaman, untuk berhenti merokok seseorang itu perlukan:
  1. Sebab untuk berhenti.
  2. Persekitaran baru.
  3. Rakan-rakan yang baru.
  4. Hobi baru
  5. Displin.
  6. Doa 



    Sebab untuk berhenti.

    Untuk berhenti merokok, seseorang perlukan sebab.  "Saya mahu berhenti merokok kerana....."  Itu ialah "Mission Statement" atau "Azam" kenapa perlu berhenti merokok. Dalam kes Aku, sebab utama ingin berhenti daripada merokok ialah kerana "Aku sudah mencapai matlamat.."  iaitu apabila ingin diterima didalam sesebuah kumpulan! Bila sudah diterima, tiada apa lagi yang hendak dibuktikan. Tiada lagi cabaran.. Jadi lebih baik berhenti!  Sepatutnya "point" yang pertama ini pun sudah cukup untuk seseorang itu untuk berhenti merokok!

    Persekitaran Baru.

    Bila berpindah ke tempat baru, inilah masa yang sesuai untuk menghentikan atau menghapuskan kebiasaan dalam diri.  Kalau dahulu merokok, apabila di tempat baru boleh mencuba untuk mengurangkan atau memilih untuk tidak merokok langsung.  Dalam kes Aku, sebaik sahaja melangkah masuk ke Universiti, Aku telah tanamkan dalam diri "Azam" untuk mengurang serta seterusnya berhenti merokok secara berperingkat.

    Rakan-Rakan Baru

    Faktor merokok disebabkan pergaulan dan rakan-rakan memang tidak boleh disangkal lagi. Kaitannya memang amat kuat. Tetapi sebenarnya kita boleh membuat pilihan, samada untuk terus berkawan dengan mereka atau tidak. Kalau disebabkan mereka kita terpengaruh, harus ada sikap dalam diri yang akan sentiasa mempersoalkan kenapa harus menjadi begitu dan sebagainya untuk mewujudkan suasana "check and balance".  Tinggalkan rakan-rakan lama dan cari rakan-rakan baru! Bukan memutuskan persahabatan cuma kurangkan bercampur dengan mereka yang bermasalah dan bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai sifat-sifat positif. 

    Hobi Baru

    Mula mencari hobi baru atau pun menyibukkan diri dengan perkara-perkara yang boleh mengisi masa lapang.  Mungkin tidak semua perkara boleh menyebabakan seseorang itu dapat melupakan rokok tetapi untuk berubah seseorang itu perlu membuka fikiran seluas mungkin dan bersedia menerima perubahan.  Semasa di Universiti, Aku dapati kejuruteraan komputer amat mengasyikkan sehingga menyebabkan Aku berjaya melupakan rokok.


    Displin

    Mulalah berdisplin! Jangan langgar apa-apa perjanjian dan syarat yang dibuat dengan diri sendiri untuk mencapai matlamat. Displin mestilah kuat, barulah misi boleh dicapai. Tanpa displin kita akan tewas dengan diri sendiri.

    Doa

    Sentiasa berdoa kepada Illahi supaya dikuatkan iman dan menghindarkan perkara-perkara buruk daripada meresap ke dalam diri.

    Semoga dengan adanya tips ini, dapat memudahkan sesiapa yang mempunyai niat untuk berhenti merokok. Sebenarnya tidaklah sesusah mana. Kalau kita boleh berhenti merokok di siang hari ketika di bulan puasa, maka tiada sebab kenapa kita tidak boleh berhenti merokok untuk keseluruhan hari! Pokok pangkalnya ialah diri sendiri, sejauh manakan kuatnya azam dan kesungguhan serta displin dalam diri. Insyallah.