11 December, 2008

Disember

Kedatangan bulan Disember ini di sambut dengan berdebar-debar kerana banyak perkara penting berlaku pada bulan itu, terutamanya yang melibatkan kerja dan kerjaya.

Bursa Malaysia melancarkan “Trading Platform” yang terbaru pada 1 Disember 2008 setelah berpuluh kali melakukan ujian sistem dan terpaksa mengorbankan hujung minggu, akhirnya ianya selamat di lancarkan tanpa banyak masalah. Alhamdulillah. Sistem baru tersebut kini di kenali sebagai Bursa Trader menggantikan sistem lama, Broker Front End.

Pada 1 hb Disember juga, khas untuk warga Johor Bahru dan Malaysia amnya, KIK (CIQ) yang baru memulakan operasi secara rasmi. Tetapi buat masa ini laluan keluar dari Singapura di buka dahulu. Dengar ceritanya, 16hb Disember ini laluan masuk akan dibuka. Hmm nampaknya kawasan Stulang Laut akan jadi lebih sesak dengan kenderaan keluar masuk ke Singapura dan akan menjadikan perjalanan ke tempat kerja lambat sedikit.. err mungkin banyak, kerana terpaksa bersaing dengan kenderaan yang menuju Singapura.

Bulan Disember juga kita menyambut Hari Raya Haji. Sememangnya ramai yang mengambil kesempatan bercuti panjang dan membuat perjalanan jauh. Lagipun minyak dah turun. Alhamdulillah. Sentimen yang amat baik untuk masing-masing pulang ke kampung dan menyebabkan highway PLUS mengalami kesesakan yang agak teruk menuju ke selatan.. haha! Masa minyak mahal dulu, jalan tak sesak!

Sebelum Hari Raya Haji iaitu pada 6hb Disember, kita juga di kejutkan dengan berita mengenai tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Bila sebut Bukit Antarabangsa, otak Aku secara automatik teringkatkan seorang kawan yang tinggal di sana.. En Mon! Pagi itu bila tertengok berita di kaca TV mengenai kejadian itu, Aku terus menghubunginya. Alhamdulillah beliau dalam keadaan selamat cuma pada masa tersebut stuck lah kat situ sebab jalan untuk keluar dari situ telah pun tertimbus. Beliau ada menulis mengenainya di blog. Harap beliau bersabar dengan segala dugaan yang datang. Tentunya ada hikmah disebaliknya.

Hmm tengoklah dalam masa 8 hari di awal Disember macam-macam dah berlaku, sebab itu Aku tak dapat nak update blog (alasan yang paling baik, kalau cakap malas tentu tak best) Anyway setiap Disember tentunya ada kejutan! Masih ada 20 hari lagi di bulan Disember, sebelum kita menyambut tahun baru 2009!

09 December, 2008

Life in Black N White - Nurin Amani & Nurin Iman


Nurin Iman dah mula buat gaya pelik :D Macam-macam aksi. Kalau nak ambil gambar susah nak suruh dia diam! Anyway tak kisahlah, kanak-kanak sedang membesar tentu banyak yang diaorang nak explore!



Nurin Amani pula, dah nak masuk 5 bulan. Dah semakin aktif dan dah mula nak meniarap. Dah beberapa kali juga dia berjaya meniarap sendiri. Cuma masih belum pandai nak "reverse" balik bila dah meniarap!

11 November, 2008

Nurin Iman & Barbie


Dah janji dengan Nurin Iman nak belikan dia patung Barbie. Sebaik sahaja dapat gaji bulan lepas terus ke Toy R Us di Tebrau City untuk menunaikan impiannya.

Aku sebenarnya tak berapa gemarkan permainan yang berasaskan patung ni. Tapi apakan daya, "Girl must be treated like a girl" tak boleh nak dielakkan!

09 November, 2008

Gearbox Oil Cooling Hose


Dah dekat 2 minggu terperasan ada kesan minyak di lantai. Rasanya datang dari Satria. nampak tak berapa serious sebab tak banyak. Tapi kesan minyak tu datang dari bahagian hadapan enjin, di bawah radiator. Hmmm.. bila di selidiki memang ada kesan minyak meleleh dari hos menuju ke "gearbox". Sah lah memang hos tu yang dah bermasalah. Dah keras. Rasanya hos tersebut sebaya dengan usia Satria ni, dekat 10 tahun. Memang wajib di tukar!

Hari Sabtu yang lepas terus ke bengkel untuk memperbaiki kerosakkan itu. Susah juga nak tukar hos tu.. kalau tak ada kelengkapan dan alat-alat yang sesuai. Dekat sejam lebih juga baru siap. Pakai kereta lama memang macam ni la.. kena peka dan pantas. Kalau nampak ada sesuatu atau rasa tak sedap bila memandu, cepat-cepatlah ke bengkel. Kalau di biarkan tentu melarat.

Hos yang di ganti itu sebenarnya berfungsi untuk menyejukkan minyak "gearbox". Kalau hos tersebut bocor atau pecah confirm kereta tak boleh jalan sebab minyak gearbox panas! Kos untuk mengganti "Gearbox Oil Cooling Hose" tersebut ialah RM 95 termasuk upah.

Dah terlanjur di bengkel, terus minta mekanik periksa "Timing Belt". Kalau ikut mileage masih ada 30,000 km lagi. Sepatutnya kalau ikut jadual, pertengahan tahun hadapan baru nak tukar. Mekanik tu kata keadaan "Timing Belt" masih ok, cuma bearingnya dah tak berapa elok. Memang kena tukar awallah nampaknya. Tak perlu tunggu sampai pertengahan tahun hadapan. Mungkin bulan 12 nih dah boleh masuk bengkel untuk next project, tukar "Timing Belt"! Kena sedialah RM250 untuk "Timing Belt" MMC 100,000 km.

06 November, 2008

Budak Sekolah Pun Boleh Buat!

Aku sebenarnya dah lama tak buat kerja teknikal nih, err maksud Aku PC assembly and trouble shooting. Memang minat buat kerja-kerja macam tue sejak dari zaman universiti lagi. Tapi sejak kebelakangan ni Aku dah tak sentuh lagi kerja-kerja tue, baik di tempat kerja dan semasa di rumah. Pertama sebab tak cukup masa. Keduanya mungkin sebab dah ada 2 orang anak yang sedang membesar dan sentiasa "ingin tahu" dan "meniru" apa yang Aku buat. Ketiga mungkin Aku kot yang dah hilang semangat nak buat kerja-kerja tue sebab kebanyakan "hardware" sekarang nih dah truly "plug n play". Dah tak perlu buat configuration.. hmm dengan erti kata lain terlalu mudah la kerja nih.. Budak sekolah pun dah boleh buat!

Back then, semuanya perlu di configure, dari sound card sampai ke CPU speed pun perlu di setkan secara manual, kena tahu berapa multiplier dan di darab dengan clock speed.. itu baru nak dapatkan speed CPU belum lagi nak configure sound card.. IRQ berapa nak guna dan sebagainya, sungguh complicated! Di tambah dengan beberapa "tweak" dan "overclock" buat kerja-kerja assembly dan upgrading PC nih bertambah menarik dan mencabar!


Beberapa minggu lepas ada 2 orang datang minta tolong untuk membaiki PC dan notebooknya. Memang malas nak buat pada mulanya, oleh kerana yang minta tolong itu pakcik sendiri dan yang seorang lagi tu kawan baik sejak zaman persekolahan tak sampai hati nak menolaknya.

Notebook kepunyaan kawan tu tak ada masalah sangat kecuali software dah almost corrupt, cuma perlu di install semula OS nya. Manakala PC Pakcik Aku tue ada masalah overheating. Tak tahu kenapa, tetapi base on Aku punya observation kemungkinan motherboard tue dah bermasalah. Mungkin kena tukar "Mobo" baru dan betulkan "air inflow" dan "out flow" pada casing. Seperti yang di jangka memang terdapat masalah pada "CPU Fan", "Mobo" dan "air inflow/outflow" pada casing. Dah lama tak buka hardware.. bila terpandang Mobo Socket 775 rasanya tak banyak beza dengan teknologi terdahulu Socket 478. Sangkaan Aku agak meleset sebab apabila di buka CPU dari Mobo.. Processor untuk socket 775 tiada pin langsung!


Oleh kerana Processor socket 775 tiada pin, memang amat mudah untuk membuka dan memasangnya kerana kita tidak perlu risau jika tersalah pasang, atau khuatir jika pin pada processor itu akan bengkok atau patah. Memang mudah! Seperti yang Aku katakan kalau macam ni "Budak sekolah pun boleh buat!"

Hari Isnin yang lepas Aku ke Landmark Mall untuk pergi membeli "Mobo", CPU Fan dan RAM. Dah terlanjur nak ganti "Mobo" Aku rasa baik upgradekan sekali RAM PC tu. Bila sampai di sana, tanpa berlengah terus pergi ke beberapa buah kedai untuk mendapatkan price list untuk barang-barang yang Aku kehendaki itu. Terkejut tengok harga hardware sekarang.. Murah! Untuk Mobo socket 775 harga bermula dari RM120, CPU Fan dalam RM20 dan yang paling menarik ialah harga RAM 1GB DDR533 cuma RM55! Bila tengok harga RAM yang murah tu.. teringat masa zaman Universiti dulu.. Nak upgrade RAM dari 8MB ke 32MB.. kumpul duit satu semester baru boleh beli.. masa tue RAM EDO 16MB X 2 Unit berharga RM280! Itu cerita tahun 1996 la.. Kalau sekarang RM 280 tue dah boleh dapat Mobo + CPU Fan + RAM + Casing! Uishh.. untung la budak-budak Uni dan sekolah sekarang!

29 October, 2008

Facebook Block Me From Posting!

Banyak sangat main Premier Football inilah jadinya! Terlalu banyak mesej "request challanges". Facebook detect aku buat spam! Ahaha.. kena la berehat dari Facebook seminggu dua nih.

22 October, 2008

Nurin Amani - 4 Bulan

Alhamdulillah, sekarang Nurin Amani dah 4 bulan. Semakin aktif, suka tersenyum dan dah pandai ketawa :D

Rim Besi 14" PCD 100 Offset 5

Aha.. nak buat macam mana, rim original Enkei Satria ni dah tak berapa elok untuk digunakan. Susah nak buat balancing. Kalau dapat pun nasib. Akhirnya Aku ambil keputusan untuk cari rim besi di Internet! Kebetulan pula ada la orang nak jual complete set (4 unit) RM80. Terus hantar email dan minta completekan deal tue selepas raya.

Balik dari cuti raya terus jumpa dan tengok barang. Nampaknya barang tu masih ok. Asalnya rim Myvi 14' PCD 100 Offset 5. Kalau nak pasang ke Wira atau Satria kena letak spacer. Satria dan Wira menggunakan offset 5 1/2 kalau tak silap. Untuk sementara ok la. Sekarang ni pun tengah cari la sport rim untuk Satria ni. Kalau boleh nak cari 14' atau 15'. Hmmm.. duit nya?




nano b007 300x250

09 October, 2008

Rain Repellent

Sebenarnya part yang paling Aku tak gemar ialah "endorsed" produk! Susah nak nak train lidah dan kata yang baik-baik tentang sesuatu barang. Mungkin sebab itu Aku tak mungkin akan jadi "Salesman" yang baik atau agen "Direct Selling" yang bagus :D haha..

Tapi benda atau perkara yang bagus patut dihebahkan. Aku dah guna produk nih dah lebih 10 tahun. Ternyata berkesan dan amat membantu pengelihatan semasa hujan lebat.



Penggunaannya amat mudah, cuma sapukan pada cermin hadapan kenderaan dan akan dapat bertahan selama sebulan. Kebaikan menggunakan "Rain Repellent" ini ialah ia dapat menghindarkan kabus daripada terbentuk di cermin, penglihatan akan lebih jelas dan kurang menggunakan pengelap cermin @wiper. Selain di gunakan di cermin, Aku juga menggunakannya pada "visor" topi keledar bila menunggang motorsikal.

Banyak versi "Rain Repellent" ni, tetapi yang original ialah "Rain X". Kadang-kadang terjumpa yang macam "Rain X" tetapi bila di perhatikan betul-betul ejaannya.. "Rain K" rupanya. Sebelum beli perhatikan betul-betul labelnya!

28 September, 2008

10 years Old Satria

Setiap kali menyambut raya, Aku punya "first priority" ialah kereta! Selain dari persiapan Hari Raya, aspek penyelengaraan kereta amat Aku titik beratkan kerana perjalanan yang lancar menuju destinasi akan lebih memberi makna di Hari Raya nanti. Maklumlah di musim perayaan ini, kereta akan di gunakan semaksimum mungkin dan tentunya jika penyelenggaran yang tidak sempurna akan menyebabkan "breakdown"!


Kereta ini akan di selenggara setiap 5,000km untuk enjin dan setiap 20,000km untuk kotak gearnya. Aku sememangnya dah terbiasa untuk buat service setiap 5000km. Pernah cuba untuk buat setiap 8,000km dan 10,000km tapi rasa macam terlalu lama dan kurang sesuai untuk kereta yang dah berusia 10 tahun ni :D Lagipun kalau "service interval" nya 5,000km, sebarang tanda awal kerosakkan akan dapat dikesan dan dibetulkan sebelum ia merebak menjadi masalah besar!



Tayar memainkan peranan penting. Kadang-kadang Aku perhatikan ramai yang terlepas pandang tentang penjagaan tayar. "Tyre Rotation" perlu dilakukan setiap 10,000km. Dengan memerhatikan tayar, kita juga boleh mengetahui samada "absorber" kereta dalam keadaan baik atau tidak.




Bila kereta telah diselenggara dengan sempurna, Insyallah pemanduan tentu akan menjadi lebih lancar. Rancang perjalanan dan rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan akan menambahkan lagi keyakinan dan ketenangan ketika memandu.

23 September, 2008

Tidak

Kita akan menghadapi masalah jika tidak mampu berkata "tidak" . Itulah perkataan yang boleh manamatkan rasa bersalah dan menunjukkan yang kita ini sesorang yang boleh membuat keputusan. Berkata tidak memang agak sukar terutamanya terhadap ahli keluarga dan rakan-rakan, tetapi lebih sukar jika kita tidak mengatakannya walaupun kita tidak bersetuju!

Banyak perkara sebenarnya terjadi kerana pada mulanya kita tidak bersedia untuk berkata "tidak" kerana hendak menjaga hati atau mengambil jalan tengah untuk meredakan sesuatu perkara. Akhirnya perkara yang tidak diingini berlaku disebabkan pada awalnya kita ragu-ragu untuk mengatakan "tidak".

Belajar berkata "tidak" pada perkara yang kita tidak suka atau tidak berkenan kerana ini akan menyelamatkan kita daripada terus terjebak, terjerat dan rasa bersalah. Lagipun keberanian untuk berkata "tidak" menunjukkan yang kita ini mempunyai pendirian yang teguh!

11 September, 2008

Bazar Ramadhan @TUTA

Dah sebelas hari berpuasa dan inilah kali pertama Aku sekeluarga ke bazar ramadhan. Selalunya kami berbuka di rumah, Azza memasak. Entah tiba-tiba hari ini teringin nak makan murtabak. " Haa nak makan murtabak ayam! "


Terus ke gerai menjual murtabak dan Azza terus membeli 3 keping murtabak. Dua daging dan satu ayam. Keluarga kami kecil :) 3 keping cukuplah untuk sekeluarga. Lagipun Aku memang tak berapa selesa berbuka dengan banyak juadah. Bukannya boleh habis semuanya pun kalau ada banyak makanan. Nanti sampai sahur pun masih berbaki lagi. Membazir!




Berpuasa sememangnya berkaitan dengan mengawal nafsu. Kita diibarat berperang menentang hawa nafsu. Rasanya ramai antara kita tewas semasa berbuka puasa bila membeli juadah macam dah tiada hari esok. Apa-apa pun, hari ini tercapailah hajat untuk makan murtabak ayam.

02 September, 2008

Perang Browser?

Akhirnya browser yang di tunggu-tunggu telah pun sedia untuk di download. Browser dari Google ini di panggil "Google Chrome" sudah pastinya akan memberi saingan kepada Internet Explorer. Teringat masa lewat 90an, perang browser antara Internet Explorer vs Netscape dan kemudiannya Internet Explorer vs Mozilla.
Pakailah mana-mana browser pun. Sebenarnya ini ialah masalah citarasa. Kalau tak suka Internet Explorer pakailah Mozilla Firefox. Kalau tak suka Mozilla Firefox boleh cuba Opera atau Safari dan kalau nak mencuba browser Google Chrome apa salahnya. Kesemuanya percuma!

Aku dah cuba dan guna kesemuanya..haha

Download Google Chrome
Download Safari
Download Opera
Download Mozilla Firefox
Update Internet Explorer 7

Nasi Lemak..

Bulan 6 yang lepas ada buat posting tentang My Mum's Nasi Lemak yang sedap. Nampaknya itu lah kali pertama dan terakhir Aku dapat rasa nasi lemak itu. Kedai Star Mart (Caltex) menjual nasi lemak tue dah tak beroperasi lagi! Haa dah tutup! Tak tau lah kenapa... hmmmm..


Posting asal

29 August, 2008

Mykid Nurin Amani Dah Siap

Dapat notis ambil Mykid Nurin Amani dah dekat seminggu. Akhirnya pada 25/08/08 mengagahkan diri untuk ke Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri Johor di Wisma Persekutuan. Daftar kelahiran di JPN Seremban, ambil Mykid di JB! Bagus sistem macam ni, tak menyusahkan. Nampak sistem di JPN dah bertambah baik dan cekap berbanding dahulu.



Sebenarnya Aku memang nostalgia setiap kali berkunjung ke JPN, maklumlah tahun 1994 selepas habis peperiksaan di Politeknik, Aku pernah berkhidmat di JPN Negeri Pahang sebagai kerani kontrak. Walaupun tak lama lebih kurang 4 bulan di sana, banyak yang Aku pelajari tentang dunia pekerjaan dan manusia.

Semasa di sana Aku bertugas di kaunter serahan KPT. Macam-macam kerenah orang terpaksa dihadapi. Pada masa itu tiada sistem komputer, segalanya manual. Memang susah lah menyemak KPT samada dah siap ataupun belum. Kalau sekarang boleh check melalui sistem terus ke Putrajaya!


Apa-apa pun JPN dah semakin sistematik, tahniah! Banyak perkara telah di mudahkan. Sebagai pelanggan Aku puas hati dengan mutu perkhidmatan yang telah ditunjukkan. :)

28 August, 2008

Ford GT @Sutera Mall

Sabtu lepas ke Carrefour @Sutera Mall. Macam biasalah aktiviti membeli barangan dapur. Sejak Sutera Mall ni di buka kami dah jarang ke Giant Skudai. Lebih dekat dengan rumah. Tak sampai pun 5km. Apa-apa pun ok juga ada hypermarket dekat dengan rumah ni. Memudahkan!

Kebetulan pada hari Sabtu itu ada program promosi Syarikat Hawk Tyre. Err kedai servis & jual tayar kereta. Syarikat tue bawa Ford GT di ruang legar Sutera Mall! Akhirnya dapat juga melihat kereta itu di JB. Selalunya tengok di internet aje. Memang cantik!

Ajak Nurin Iman untuk melihat kereta itu dari dekat. Aku tak melepaskan peluang untuk mengambil beberapa keping gambar.

Haa.. aras perut jer tingginya! Tak salah Aku, kereta ni boleh dikatakan dalam kategori Supercar. Lagipun Ford dah lama tak keluarkan model sports yang cukup decent untuk beat Ferrari atau Porsche. Hanya 4200 unit di keluarkan itu pun sekitar tahun 2005/2006.

Nurin Iman pun sempat posing depan Ford GT tue :) Bila lagi nak jumpa Supercar! Ford GT Details

16 August, 2008

Tayar Bocor

Balik dari menderma darah terus ke Opis semula.. berehat sebentar untuk memulihkan tenaga. Pukul 6 terus ke parking. Sebaik sahaja menghidupkan enjin motor, terasa handle motor nih berat sangat. Aiseh man, tayar depan pancit la pulak! patut la handle rasa berat.

Naik motor macam nih la, kalau nasib tak baik tayar pancit, tak pun cable clutch putus, tak pun cable minyak putus, macam-macam la :) Apa-apa pun itu ialah asam garam bagi seorang biker tulen hehe!


Nasib baik la tayar depan pakai Dunlop TT100, boleh juga dilanyak perlahan-lahan sehingga sampai ke bengkel motor yang berdekatan. Kalau pakai tayar cap lain tentu dah terpeleot.



Brader bengekel nih kerja memang pantas. Maklum la dah memang kerja dia. Tentulah dia expert dalam bidangnya.



Sambil menunggu proses menukar tiub depan motor Aku tue, terperasan pula kat dalam bengkel tue ada sebuah jaguh sebaya Jaguh Aku yang rosak teruk handle dan fork hadapannya.

Menurut pomen kat bengkel tue motor itu mengalami kerosakkan serius di bahagian fork hadapan dan perlu di buka semuanya untuk diperiksa komponen yang rosak. Aku mengesyaki yang motor tersebut tentu telah terlibat dalam kemalangan.

Haa.. no plate pun JFS... sama la sebaya dengan Jaguh Aku
Apa-pun setelah 10 minit menunggu motor telah siap dan besedia untuk berkhidmat semula. Kos untuk menukar tiub RM12. Kira ok la tue daripada terpaksa menolak motor. Kali terakhir tayar motor bocor dalam bulan March yang lepas rasanya.

15 August, 2008

Menderma Darah @Johor Specialist Hospital

Hari ini Aku menderma darah di Johor Specialist Hospital. Sebenarnya inilah pertama kali Aku menderma darah. Gementar juga pada mulanya. Tetapi kalau tak cuba tak tau pula macam mana rasanya menderma darah.

Kami berlima ke JSH untuk menderma darah kerana bapa kepada seorang staff di Opis memerlukan bantuan.


Alhamdulillah, setelah beberapa ujian Aku disahkan boleh menderma tetapi salah seorang dari kami tidak boleh menderma kerana beliau dikesan ada darah tinggi!


Menurut staff makmal itu, darah Aku akan diambil sebanyak 400ml. Agak banyak juga tue :) dan selepas menderma, Aku harus menunggu sehingga 3 bulan untuk menderma lagi.

Rasanya dengan cara ini sahaja Aku dapat membantu mereka yang memerlukan bantuan.

13 August, 2008

Me & Blog Update

Minggu ni memang agak menyeronokkan! Hujung minggu, Aku balik ke Seremban untuk mengambil Azza dan anak-anak. Azza dah pun dah habis berpantang. Sepatutnya Aku ambil mereka lebih awal tetapi disebabkan Aku nak ke Macau/Zhuhai, terpaksa di tangguhkan ke minggu satu lagi.

Nurin Amani dah selamat tiba di Johor. Risau juga dibuatnya takut-takut dia tak dapat menyesuaikan diri. Masa di Seremban, Uwan sentiasa ada melayannya. Takut dia tak biasa sebab Uwan tak ikut balik sama kali ini. Alhamdulillah dah beberapa hari ni di ok. Aku punya jadual seharian dah pun kembali normal.

Memandangkan mood sedang bagus, buat apa pun tentu menarik. Sepanjang minggu ini Aku sempat menolong Bro Zalie untuk mengupdate blog untuk First Batch XSMVPJB 84/85. Memang dah lama sebenarnya nak menolong beliau untuk mengemaskinikan blog tersebut terutamanya di bahagian layout/template blog tersebut. Alhamdulillah blog itu telah berjaya di kemaskini dengan jayanya tanpa masalah. Selain itu Aku sempat juga mengemaskini blog-blog peribadi Aku yang lain terutamanya Radio Blog yang dah lama di abaikan. Apa lagi tukar layout la!

Berdasarkan feedback dari Bro & Sis yang melawat blog untuk First Batch XSMVPJB, perubahan blog tersebut amat menggembirakan mereka. Aku gembira bila tengok semua orang gembira :)

10 August, 2008

Nasi Ayam Penyet

Hari Sabtu yang lepas, terpaksa masuk kerja kerana ada "system testing". Masuk kerja pukul 11:00 pagi. Pukul 2:00 petang baru "test" di mulakan. Malam semalamnya entah macam mana boleh ter "skip" makan malam, mungkin sebab letih sangat! Pagi tue ke opis dengan perut yang amat lapar, Err pagi tue pulak ter "skip" sarapan pagi! Hmmm, macam-macamlah. Sampai ke opis agenda pertama ialah memikirkan tengahari itu nak makan apa? Kawan seopis nih buat cadangan: "Tengahari ni kena nasi ayam penyet di Bestmart?" Wahahaha, idea yang menarik!



Tepat pukul 12:30 tengahari keluar dari opis, menuju ke Bestmart, Nusa Bestari. Tak sampai 5 minit dah pun sampai. Kami terus order 2 set "Nasi Ayam Penyet". Memang tak sabar-sabar nak makan. Ayam penyet tue sebenarnya ayam goreng biasa je, cuma dah di ketuk. Jadi senanglah untuk di makan. Menurut kawan opis aku tue, sambal ayam penyet tue lah yang buat ayam tue sedap! Aku pun bersetuju dengan pendapatnya. Sambal tue memang sedap!


Ahaha.. kalau ada masa memang nak ke Bestmart lagi. Nak kena Nasi Ayam Penyet di gerai Mama Zai.


book b006 300x250




09 August, 2008

Trip To Zhuhai & Macau - Part 3

Hari Ketiga

Setelah selesai bersarapan, kami “check out” dari hotel dan menaiki bas menuju ke Gobei Port untuk ke Macau semula. Pemeriksaan imigresen dan kastam China amat perlahan untuk ke Macau. Kami mengambil masa hampir sejam untruk melepasi pemeriksaan tersebut. Walau bagaimana pun semuanya berjalan dengan lancar.


Sebaik sahaja kumpulan kami melepasi pemeriksaan tersebut, kami di bawa menaiki bas untuk makan tengahari dan menyambung lawatan tempat-tempat menarik di sekitar Macau. Makan tengahari yang tak berapa menarik! Maklumlah makanan Chinese Style memang susah nak masuk! Nasib baik juga ada di antara rakan-rakan yang membawa sedikit bekalan dari Malaysia. Jadi tak lah terasa teruk sangat!


Selepas itu, kami di bawa ke Venetian Resort Casino, Kasino terbesar di dunia. Menurut “tourist guide” kami, di Venetian terdapat 750 meja judi berbanding di Las Vegas hanya terdapat 450. Menjelang akhir tahun, mereka akan menambahkannya sehingga 1000 meja. Ahaha.. Aku peduli apa pun.. Aku bukan nak berjudi! Bagi yang tak berminat untuk berjudi, di Venetian terdapat gedung membeli belah dan gondola!

Selain itu apa yang menarik terdapat di situ ialah langit “artificial” yang sentiasa biru. Kagum melihatnya! Kalaulah langit sentiasa biru begitu tentu menarik. Sepanjang kami di Zhuhai dan Macau, ruang udara seolah-olah dilitupi jerebu. Dapat melihat langit biru, walaupun buatan manusia tentunya amat menyeronokan. Kami berada di sana selama sejam.



Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Statue of Kun Lam dan Lotus Square. Tiada apa yang menarik disitu! Mengambil berberapa keeping gambar untuk di jadikan kenang-kenangan. Destinasi seterusnya ialah Ruins of St. Paul dan Mount Fortress. Perjalanan menuju ke sana mengingatkan Aku tentang Melaka. Terdapat beberapa persamaan antara Macau dan Melaka. Tentunya kerana kedua-duanya pernah dijajah oleh Portugis! Lorong-loroing yang kecil yang sempit saling tak tumpah seperti di Melaka!

Setibanya di sana Aku mengambil kesempatan untuk mendaki anak tangga Mount Fortress sehingga ke puncaknya. Di atas terdapat sebuah muzium. Sayang sekali pada masa kami tiba di sana muzium itu telah pun di tutup. Tetapi apabila sampai di atas sana, terasa begitu seronok sebab dapat melihat permandangan Bandar Macau dan persekitarannya.


Selesai melawat tempat-tempat menarik di sekitar Macau, akhirnya kami tiba di hotel penginapan kami, G.M Hotel & Casino . Di dalam hotel kami itu terdapat kasino yang di buka 24 jam.



Hahaha.. tak tidur la kawan-kawan aku nih nampaknya! Berjudi sampai pagi! Selesai urusan “Check in” kami pun segera menuju ke bilik masing-masing untuk bersiap untuk makan malam.
Hari ini entah di mana silapnya kami telah di bawa makan malam di restoran yang sama untuk makan tengahari. Nasib baik terdapat sedikit perubahan dalam menu makanan dan bekalan dari Malaysia, kalau tidak tentu semua orang tak lalu nak makan di situ.
Balik dari makan malam, kami terus kembali ke hotel. Aktiviti malam itu ialah melihat persekitaran hotel dan kasino. Bagi yang non muslim, tentunya mereka amat seronok kerana berpeluang untuk mencuba nasib di meja judi dan mesin slot! Aku hanya melihat orang bermain mesin slot malam itu. Pukul 12:00 mata pun dah mengantuk, ambil keputusan untuk balik ke bilik. Tak tahulah rakan-rakan yang lain balik pukul berapa? Hotel & Kasino buka 24 jam!

08 August, 2008

Trip To Zhuhai & Macau - Part 2

Hari Kedua

Hari ini kami dibenarkan untuk meng“explore” Bandar Zhuhai! Rancangan kami ialah untuk mencari tempat membeli-belah. Berdasarkan maklumat daripada rakan-rakan Group 1, mereka mencadangkan supaya kami ke kawasan Gobei Port, Zhuhai Port Plaza, Lianhua Road dan Lotus Road.
Dalam pukul 9:10 pagi kami telah keluar dari hotel untuk menuju ke Zhuhai Port Plaza, tempat membeli belah yang terkenal. Sebaik tiba di sana memang rambang mata melihat kedai dan barang-barang yang di jual di sana. Seperti biasa Aku tak terburu -buru untuk membuat pembelian. Aku lebih suka memerhati dan melihat-lihat apa yang menarik di situ!




Sangkaan awal ternyata meleset, Aku ingatkan di Zhuhai banyak terdapat kedai-kedai yang menjual gadget elektronik, rupa-rupanya tidak. Hanya terdapat sedikit sahaja kedai-kedai yang menjual alatan elektronik. Walaupun begitu gadget popular ialah “PDA with built in TV” dan thumb drive berkapasiti tak masuk akal. Kalau normal thumb drive yang biasa berkapasiti 1GB hingga 8GB, di Zhuhai thumb drive berkapasiti 24GB hingga 240GB boleh di dapati. Aku hampir membeli thumb drive yang berkapasiti 32GB. Harganya murah cuma dalam lingkungan 60 yuan iaitu dalam RM30. Tetapi menurut seorang penjual yang Aku rasa amat jujur, beliau memberitahu bahawa thumb drive yang berkapasiti melebihi 32GB itu sebenarnya hanya berkapasiti 2GB asalnya. Aku rasa mungkin mereka telah melakukan “tweak” pada software atau info thumb drive tersebut! Oleh yang demikian Aku membatalkan hasrat untuk membeli thumb drive tersebut.
Zhuhai sememangnya syurga membeli belah! Imitation product Gred A mudah di dapati dengan harga yang amat berpatutan dan yang pastinya lebih murah 60% daripada di Malaysia. Barangan popular yang di beli oleh kebanyakan dari kami ialah “Cabin Bag” jenama “Samsonite”! Sudah tentunya “imitation” tetapi dengan harga sekitar 120 -150 yuan (RM60 - RM75) sudah pasti menepati budget kami.
Satu lagi produk popular ialah jam tangan. Imitation gred A sekitar 180 - 480 yuan (RM 90 - RM240) Harga berdasarkan design. Apa yang pasti untuk harga tersebut semuanya jam Automatic!


Kesimpulannya di Zhuhai semuanya ada dan harganya berpatutan terutamanya pakaian berasaskan sutera. Jika bercuti sambil membeli belah ialah agenda utama, Zhuhai merupakan destinasi yang tepat!



Hari ini kami di bawa untuk makan malam di sebuah restoran muslim di Bandar Zhuhai. Alhamdulilah! Hidangan utamanya berasaskan kambing dan roti! Memang menarik.

Selepas makan malam, kebanyakan dari kami ingin menyambung untuk membeli belah semula. Maklumlah hari ini ialah hari terakhir kami di Zhuhai dan peluang ini haruslah digunakan sebaik mungkin. Kami meminta bas menurunkan kami di sekitar Lotus Road dan berjalan kaki ke Zhuhai Port Plaza. Hari untuk menghabiskan saki baki "yuan" yang ada!



07 August, 2008

Trip To Zhuhai & Macau - Part 1

Antara event yang dinanti-nantikan pada setiap tahun ialah company trip! Tahun ini kami akan ke Macau & Zhuhai, China. Kali terakhir Aku mengikuti company trip ialah pada tahun 2006 ke Bali. Alhamdulillah tahun ini tiada perkara yang menghalang Aku untuk menyertainya. Mengikut jadual yang dikeluarkan oleh pengelola trip ini, kami akan berada di sana selama 4 hari 3 malam. Bertolak ke sana pada 02/08/2008 dan pulang semula pada 05/08/2008.


Hari yang di nanti-nantikan telah tiba, kami akan berangkat ke Macau. Kami di kehendaki untuk berada di Menara MSC Cyberport tepat pukul 4:00 pagi untuk “coach transfer” ke Lapangan Terbang Senai. Aku dan seorang rakan mengambil keputusan untuk tidur di Opis malam itu. Maklumlah kalau tidur di rumah takut terlajak nanti..

Hari Pertama - Zhuhai

Perjalanan ke Macau mengambil masa lebih kurang 3 jam 45 minit. Sepanjang perjalanan Aku mengambil peluang itu untuk tidur sepuasnya kerana sebaik sahaja tiba di Macau, kami akan segera berangkat ke Zhuhai dan seterusnya memulakan aktiviti melawat di sekitar Bandar Zhuhai.

Hari yang sungguh memenatkan, apabila kami terpaksa melalui dua kali pemeriksaan imigresen, yang pertama oleh Pihak Berkuasa Macau dan yang kedua oleh Pihak Berkuasa China. Kebetulan pula semasa kami ke sana, Sukan Olimpik bakal tiba. Pihak Berkuasa China mengawal agak ketat kemasukkan pelancong. Aku telah di tahan seketika di imigresen Zhuhai dan ditanyakan beberapa perkara mengenai tujuan ke Zhuhai. Alhamdulillah setelah berpuashati dengan penerangan yang Aku berikan. Aku di lepaskan. Nasib baik juga Pegawai yang bertugas itu mampu bertutur dalam bahasa Inggeris. Kalau tak tentu susah! Selain dari Aku ada beberapa rakan yang lain juga di tahan dan di periksa 100%. Mujur Aku hanya di tanya beberapa soalan.


Setelah semua ahli kumpulan telah melepasi pemeriksaan imigresen, kami terus di bawa untuk melawat di sekitar Bandar Zhuhai. Antara tempat-tempat menarik yang kami lawati ialah Lovers Road, The Statue of Fishing Girl dan Shin Jin Shan Garden. Semasa di Sin Jin Shan Garden kami berpeluang menaiki kereta kabel. Sangkaan kami kereta kabel tersebut seperti yang ada di Langkawi, rupa-rupanya kereta kabel tersebut ialah dari jenis terbuka seperti yang terdapat di Resort Ski! Seram sejuk badan bila menaikinya.

Kalau untuk naik ke puncak bukit tersebut dah cukup menakutkan, untuk menuruninya juga memerlukan keberanian! Terdapat 3 pilihan untuk turun. Pertama ialah dengan menaiki kereta kabel terbuka tadi. Kedua ialah dengan berjalan turun menuruni anak tangga dan ketiga menggunakan “Tommy Car” atau “Crazy Car”! Kalau option yang di pilih ialah yang ketiga, memang cukup menakutkan! Rasanya seperti menuruni bukit menggunakan gelungsur!

Selepas semua aktiviti selesai kami terus di bawa menuju ke hotel untuk “check in”. Motel 168 nama tempat penginapan kami. Kedudukannya di pinggir Bandar Zhuhai. Agak jauh dari pusat bandar. Tambang teksi untuk ke Bandar Zhuhai dari hotel lebih kurang 20 yuan iaitu lebih kurang RM10. Setelah selesai urusan “check in” hotel, kami terus bersiap untuk makan malam bersama dengan Group 1 yang telah berada di sana sejak 2 hari yang lepas. Makan malam kami seperti yang kami semua jangkakan dari awal, “Chinese Causine”! Err yang memang bukan “taste” kami yang Melayu ini.

29 July, 2008

Addicted to the Internet? Again....

Sejak kebelakangan ini Aku nih boleh dikatakan banyak menghabiskan masa dengan men "google", menulis blog, mengaktikan diri di friendster dan facebook, meng "update" template baru untuk blog dan membuat "photo editing"! Adakah ini tandanya ketagihan internet/komputer? Haha mungkin kot :)

 Dah bertahun-tahun aku pulih dari ketagihan IRC tahun 1998 - 2000! Sekarang bila dah kembali aktif ber "blog" ketagihan tu kembali! Rasa macam dah balik semula ke tahun 1998!


Tetapi bila rasa macam nak kembali macam dulu-dulu, cepat-cepatlah Aku buat sesuatu agar semuanya sentiasa dalam kawalan. Rasanya Aku jadi macam ni sebab Azza dan Anak-anak masih lagi di Seremban! Nanti bila diorang dah balik ke sini semula, kalau nak online pun kena minta kebenaran Nurin Iman :) Ahaha.. maklumlah share PC dengan anak!

27 July, 2008

Projek Wachaaaaaaaaa

Malam minggu yang lepas Aku ambil keputusan untuk mengemaskini "template" untuk blog Projek Wachaaaaaaaaa. Rasanya dah hampir 6 bulan blog itu menggunakkan "template" format 3 column. Untuk mendapatkan "feel" dan semangat baru, dah sampai masanya untuk di buat sesuatu.

 Agak rumit juga proses meng"update" blog tersebut berikutan banyak "widget" yang telah Aku tambah di situ sejak 6 bulan yang lepas. Terpaksa buat backup dahulu. Apa-apa pun segalanya berjalan dengan lancar dan Projek Wachaaaaaaaaa kini telah berwajah baru :) Alhamdulillah!

26 July, 2008

The X Script!

Sepanjang minggu lepas Aku memang agak sibuk dengan kerja tetapi dalam kesibukan itu sempat juga Aku meng "explore" sedikit sebanyak mengenai "photo editing" dan "photo restoration".

Meng "edit" photo memang kerja yang meletihkan kerana ianya memakan masa yang agak panjang sebab itu dalam banyak-banyak perkara mengenai IT, photo editing ialah yang terakhir yang akan Aku cuba untuk mendalaminya (Err selain dari programming ). Anyway It was fun to see the end result! Segala hasil kerja Aku telah pun di blog kan di The X Script.

21 July, 2008

Weekend @Seremban

Hujung minggu yang lepas Aku balik ke Seremban untuk melawat Azza dan anak-anak yang masih lagi di sana. Kali ini Aku memandu sendirian dari JB. Bertolak agak lewat kira-kira jam 11:00, malam Sabtu dan tiba di Seremban lebih kurang pukul 1:40 pagi.

Sebenarnya Aku nih dah terbiasa memandu malam. Arwah Emak dulu memang cukup risau kalau Aku sampai ke kampung awal pagi. Masa di UKM dulu memang dah terbiasa tidur lewat. Pukul 12:00 tengah malam, baru nak ke Medan Selera untuk makan malam bersama kawan-kawan. Selepas menghantar mereka balik ke Kamsis, tiba-tiba kalau terasa nak balik ke kampung dan kira-kira boleh lepas duit minyak dan tol, Aku akan terus balik ke Kluang pagi itu juga! Masa bujang dulu Aku memang macam tu. Alhamdulillah selama ini tiada insiden yang tak diingini berlaku.

Memandu malam atau awal pagi membuatkan Aku lebih fokus! Itu pendapat peribadi Aku. Sebenarnya kita akan lebih fokus apabila cukup rehat dan tidur sebelum memulakan perjalanan tak kira perjalanan malam atau siang.

Petang Sabtu Aku ke Giant Senawang sebab nak membeli barangan keperluan rumah dan baby. Sambil itu Aku ambil sedikit masa untuk berjumpa kawan lama yang kebetulan bekerja di situ. Sejak Aku memulakan Projek Wachaaaaaaaaa, banyak maklumat yang Aku perolehi tentang kawan-kawan sekolah dan sekarang ialah masa untuk menjejaki mereka. Mana yang sempat dan berhampiran akan Aku mulakan dahulu. Oleh kerana Aku dah berada di Seremban, Aku terus menghubunginya. Masa di sekolah dulu beliau ialah junior tetapi semasa di UKM, kami satu batch! Aku lambat setahun masa masuk UKM sebab selepas habis POLISAS dulu Aku terus bekerja sebelum menyambung pengajian. Sebab itu bila di UKM, Aku sama batch dengan junior sekolah.

Rupa-rupanya kawan Aku nih dah lebih tujuh tahun bekerja di Giant Senawang! Aku tak tahu pun di Seremban ni ada kawan yang dah tersesat dan dah jadi orang Seremban nampaknya.


Minggu ini Nurin Amani akan ke klinik untuk first check up, jadi Aku tinggalkan kereta di kampung untuk memudahkan Azza ke klinik nanti. Balik ke JB nanti, macam biasalah.. naik Plusliner. Balik ke JB pada hari Isnin. Aku ambil cuti Isnin jadi Aku ada banyak masa untuk Azza dan anak-anak sepanjang minggu ni.

Dah dekat pukul 11:00 malam ni..Nurin Amani tak mahu tidur lagi!

Nurin Amani pun seolah-olah tahu Aku balik! Malam minggu yang lepas dia tak mahu tidur. Selalunya pukul 8:00 malam dia dah nyenyak tidur. Penat Azza mendodoikannya, akhirnya pukul satu pagi baru dia lelap. Tapi Aku puas sebab dapat bermain-main dengannya :)


18 July, 2008

20KVA UPS - Tukar Bateri Baru

Hari ini 30 buah bateri baru telah sampai untuk menggantikan bateri UPS yang dah pun berusia 3 tahun. Sebenarnya UPS ini ialah untuk backup UPS 120KVA yang menyokong Server dan Network Room di company ketika berlakunya gangguan elektrik.


Kerja-kerja memasang dah hampir siap






Maintenance Free Rechargeable Sealed Lead Acid Battery


Bila bercerita tentang UPS teringat beberapa tahun dahulu semasa Nathan baru menyertai company yang membuat "service" UPS di tempat Aku ini. Pada masa itu dia masih baru lagi dan kurang berpengalaman. Petang tersebut setelah Aku siap memproses data dan membuat backup, Aku telah memberi "green light" untuk Nathan "service" UPS . Entah di mana silapnya bila dia matikan UPS tu, satu floor opis Aku blackout! Dan bila dia menghidupkan semula UPS itu.. banyak equipment di server dan network room rosak! Kalau tak salah Aku, ada 2 unit server dan beberapa unit switch mengalami "power supply" terbakar! Nasib baik kejadian itu berlaku selepas telah siap memproses data dan membuat backup main server, kalau tidak tentu banyak masalah lain yang akan timbul! 

Aku punya "angin" hari itu jangan ceritalah. Terkebil-kebil mamat tu kena marah! Mana tak "angin" satu badan, pasal dia Aku kena buat kerja lebih masa untuk menukar switch yang rosak dan power supply yang dah terbakar. Nasib baik juga pada masa itu Aku memang ada menyimpan alat ganti.. jadi bolelah membaiki kerosakkan dengan kadar segera dan seterusnya mengurangkan "downtime".



Lepas tukar mestilah kena buat testing - Nathan


Sejak itu Aku, bila dia datang untuk buat service UPS Aku akan pastikan yang Aku telah melengkapkan semua tugasan di bahagian Aku dan memastikan dia mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Bila benar-benar yakin baru boleh mula "service" UPS! Rasanya dia sekarang dah cekap dan berlajar dari kesilapan dahulu! Apa-apa pun kena beringat, terutamanya berurusan dengan pembekal atau vendor terutamanya yang baru dan kurang pengalaman.