28 August, 2008

Ford GT @Sutera Mall

Sabtu lepas ke Carrefour @Sutera Mall. Macam biasalah aktiviti membeli barangan dapur. Sejak Sutera Mall ni di buka kami dah jarang ke Giant Skudai. Lebih dekat dengan rumah. Tak sampai pun 5km. Apa-apa pun ok juga ada hypermarket dekat dengan rumah ni. Memudahkan!

Kebetulan pada hari Sabtu itu ada program promosi Syarikat Hawk Tyre. Err kedai servis & jual tayar kereta. Syarikat tue bawa Ford GT di ruang legar Sutera Mall! Akhirnya dapat juga melihat kereta itu di JB. Selalunya tengok di internet aje. Memang cantik!

Ajak Nurin Iman untuk melihat kereta itu dari dekat. Aku tak melepaskan peluang untuk mengambil beberapa keping gambar.

Haa.. aras perut jer tingginya! Tak salah Aku, kereta ni boleh dikatakan dalam kategori Supercar. Lagipun Ford dah lama tak keluarkan model sports yang cukup decent untuk beat Ferrari atau Porsche. Hanya 4200 unit di keluarkan itu pun sekitar tahun 2005/2006.

Nurin Iman pun sempat posing depan Ford GT tue :) Bila lagi nak jumpa Supercar! Ford GT Details

1 comment:

kuIna LadyInRed said...

sy pn salute jgk ford punyai stategi bisness... keluar beberapa ratus bijik aje... pastu hantar p litar Dakka utk ujipandu sblum dipasarkn.