Showing posts with label Macau. Show all posts
Showing posts with label Macau. Show all posts

09 August, 2008

Trip To Zhuhai & Macau - Part 3

Hari Ketiga

Setelah selesai bersarapan, kami “check out” dari hotel dan menaiki bas menuju ke Gobei Port untuk ke Macau semula. Pemeriksaan imigresen dan kastam China amat perlahan untuk ke Macau. Kami mengambil masa hampir sejam untruk melepasi pemeriksaan tersebut. Walau bagaimana pun semuanya berjalan dengan lancar.


Sebaik sahaja kumpulan kami melepasi pemeriksaan tersebut, kami di bawa menaiki bas untuk makan tengahari dan menyambung lawatan tempat-tempat menarik di sekitar Macau. Makan tengahari yang tak berapa menarik! Maklumlah makanan Chinese Style memang susah nak masuk! Nasib baik juga ada di antara rakan-rakan yang membawa sedikit bekalan dari Malaysia. Jadi tak lah terasa teruk sangat!


Selepas itu, kami di bawa ke Venetian Resort Casino, Kasino terbesar di dunia. Menurut “tourist guide” kami, di Venetian terdapat 750 meja judi berbanding di Las Vegas hanya terdapat 450. Menjelang akhir tahun, mereka akan menambahkannya sehingga 1000 meja. Ahaha.. Aku peduli apa pun.. Aku bukan nak berjudi! Bagi yang tak berminat untuk berjudi, di Venetian terdapat gedung membeli belah dan gondola!

Selain itu apa yang menarik terdapat di situ ialah langit “artificial” yang sentiasa biru. Kagum melihatnya! Kalaulah langit sentiasa biru begitu tentu menarik. Sepanjang kami di Zhuhai dan Macau, ruang udara seolah-olah dilitupi jerebu. Dapat melihat langit biru, walaupun buatan manusia tentunya amat menyeronokan. Kami berada di sana selama sejam.



Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Statue of Kun Lam dan Lotus Square. Tiada apa yang menarik disitu! Mengambil berberapa keeping gambar untuk di jadikan kenang-kenangan. Destinasi seterusnya ialah Ruins of St. Paul dan Mount Fortress. Perjalanan menuju ke sana mengingatkan Aku tentang Melaka. Terdapat beberapa persamaan antara Macau dan Melaka. Tentunya kerana kedua-duanya pernah dijajah oleh Portugis! Lorong-loroing yang kecil yang sempit saling tak tumpah seperti di Melaka!

Setibanya di sana Aku mengambil kesempatan untuk mendaki anak tangga Mount Fortress sehingga ke puncaknya. Di atas terdapat sebuah muzium. Sayang sekali pada masa kami tiba di sana muzium itu telah pun di tutup. Tetapi apabila sampai di atas sana, terasa begitu seronok sebab dapat melihat permandangan Bandar Macau dan persekitarannya.


Selesai melawat tempat-tempat menarik di sekitar Macau, akhirnya kami tiba di hotel penginapan kami, G.M Hotel & Casino . Di dalam hotel kami itu terdapat kasino yang di buka 24 jam.



Hahaha.. tak tidur la kawan-kawan aku nih nampaknya! Berjudi sampai pagi! Selesai urusan “Check in” kami pun segera menuju ke bilik masing-masing untuk bersiap untuk makan malam.
Hari ini entah di mana silapnya kami telah di bawa makan malam di restoran yang sama untuk makan tengahari. Nasib baik terdapat sedikit perubahan dalam menu makanan dan bekalan dari Malaysia, kalau tidak tentu semua orang tak lalu nak makan di situ.
Balik dari makan malam, kami terus kembali ke hotel. Aktiviti malam itu ialah melihat persekitaran hotel dan kasino. Bagi yang non muslim, tentunya mereka amat seronok kerana berpeluang untuk mencuba nasib di meja judi dan mesin slot! Aku hanya melihat orang bermain mesin slot malam itu. Pukul 12:00 mata pun dah mengantuk, ambil keputusan untuk balik ke bilik. Tak tahulah rakan-rakan yang lain balik pukul berapa? Hotel & Kasino buka 24 jam!

08 August, 2008

Trip To Zhuhai & Macau - Part 2

Hari Kedua

Hari ini kami dibenarkan untuk meng“explore” Bandar Zhuhai! Rancangan kami ialah untuk mencari tempat membeli-belah. Berdasarkan maklumat daripada rakan-rakan Group 1, mereka mencadangkan supaya kami ke kawasan Gobei Port, Zhuhai Port Plaza, Lianhua Road dan Lotus Road.
Dalam pukul 9:10 pagi kami telah keluar dari hotel untuk menuju ke Zhuhai Port Plaza, tempat membeli belah yang terkenal. Sebaik tiba di sana memang rambang mata melihat kedai dan barang-barang yang di jual di sana. Seperti biasa Aku tak terburu -buru untuk membuat pembelian. Aku lebih suka memerhati dan melihat-lihat apa yang menarik di situ!




Sangkaan awal ternyata meleset, Aku ingatkan di Zhuhai banyak terdapat kedai-kedai yang menjual gadget elektronik, rupa-rupanya tidak. Hanya terdapat sedikit sahaja kedai-kedai yang menjual alatan elektronik. Walaupun begitu gadget popular ialah “PDA with built in TV” dan thumb drive berkapasiti tak masuk akal. Kalau normal thumb drive yang biasa berkapasiti 1GB hingga 8GB, di Zhuhai thumb drive berkapasiti 24GB hingga 240GB boleh di dapati. Aku hampir membeli thumb drive yang berkapasiti 32GB. Harganya murah cuma dalam lingkungan 60 yuan iaitu dalam RM30. Tetapi menurut seorang penjual yang Aku rasa amat jujur, beliau memberitahu bahawa thumb drive yang berkapasiti melebihi 32GB itu sebenarnya hanya berkapasiti 2GB asalnya. Aku rasa mungkin mereka telah melakukan “tweak” pada software atau info thumb drive tersebut! Oleh yang demikian Aku membatalkan hasrat untuk membeli thumb drive tersebut.
Zhuhai sememangnya syurga membeli belah! Imitation product Gred A mudah di dapati dengan harga yang amat berpatutan dan yang pastinya lebih murah 60% daripada di Malaysia. Barangan popular yang di beli oleh kebanyakan dari kami ialah “Cabin Bag” jenama “Samsonite”! Sudah tentunya “imitation” tetapi dengan harga sekitar 120 -150 yuan (RM60 - RM75) sudah pasti menepati budget kami.
Satu lagi produk popular ialah jam tangan. Imitation gred A sekitar 180 - 480 yuan (RM 90 - RM240) Harga berdasarkan design. Apa yang pasti untuk harga tersebut semuanya jam Automatic!


Kesimpulannya di Zhuhai semuanya ada dan harganya berpatutan terutamanya pakaian berasaskan sutera. Jika bercuti sambil membeli belah ialah agenda utama, Zhuhai merupakan destinasi yang tepat!



Hari ini kami di bawa untuk makan malam di sebuah restoran muslim di Bandar Zhuhai. Alhamdulilah! Hidangan utamanya berasaskan kambing dan roti! Memang menarik.

Selepas makan malam, kebanyakan dari kami ingin menyambung untuk membeli belah semula. Maklumlah hari ini ialah hari terakhir kami di Zhuhai dan peluang ini haruslah digunakan sebaik mungkin. Kami meminta bas menurunkan kami di sekitar Lotus Road dan berjalan kaki ke Zhuhai Port Plaza. Hari untuk menghabiskan saki baki "yuan" yang ada!



07 August, 2008

Trip To Zhuhai & Macau - Part 1

Antara event yang dinanti-nantikan pada setiap tahun ialah company trip! Tahun ini kami akan ke Macau & Zhuhai, China. Kali terakhir Aku mengikuti company trip ialah pada tahun 2006 ke Bali. Alhamdulillah tahun ini tiada perkara yang menghalang Aku untuk menyertainya. Mengikut jadual yang dikeluarkan oleh pengelola trip ini, kami akan berada di sana selama 4 hari 3 malam. Bertolak ke sana pada 02/08/2008 dan pulang semula pada 05/08/2008.


Hari yang di nanti-nantikan telah tiba, kami akan berangkat ke Macau. Kami di kehendaki untuk berada di Menara MSC Cyberport tepat pukul 4:00 pagi untuk “coach transfer” ke Lapangan Terbang Senai. Aku dan seorang rakan mengambil keputusan untuk tidur di Opis malam itu. Maklumlah kalau tidur di rumah takut terlajak nanti..

Hari Pertama - Zhuhai

Perjalanan ke Macau mengambil masa lebih kurang 3 jam 45 minit. Sepanjang perjalanan Aku mengambil peluang itu untuk tidur sepuasnya kerana sebaik sahaja tiba di Macau, kami akan segera berangkat ke Zhuhai dan seterusnya memulakan aktiviti melawat di sekitar Bandar Zhuhai.

Hari yang sungguh memenatkan, apabila kami terpaksa melalui dua kali pemeriksaan imigresen, yang pertama oleh Pihak Berkuasa Macau dan yang kedua oleh Pihak Berkuasa China. Kebetulan pula semasa kami ke sana, Sukan Olimpik bakal tiba. Pihak Berkuasa China mengawal agak ketat kemasukkan pelancong. Aku telah di tahan seketika di imigresen Zhuhai dan ditanyakan beberapa perkara mengenai tujuan ke Zhuhai. Alhamdulillah setelah berpuashati dengan penerangan yang Aku berikan. Aku di lepaskan. Nasib baik juga Pegawai yang bertugas itu mampu bertutur dalam bahasa Inggeris. Kalau tak tentu susah! Selain dari Aku ada beberapa rakan yang lain juga di tahan dan di periksa 100%. Mujur Aku hanya di tanya beberapa soalan.


Setelah semua ahli kumpulan telah melepasi pemeriksaan imigresen, kami terus di bawa untuk melawat di sekitar Bandar Zhuhai. Antara tempat-tempat menarik yang kami lawati ialah Lovers Road, The Statue of Fishing Girl dan Shin Jin Shan Garden. Semasa di Sin Jin Shan Garden kami berpeluang menaiki kereta kabel. Sangkaan kami kereta kabel tersebut seperti yang ada di Langkawi, rupa-rupanya kereta kabel tersebut ialah dari jenis terbuka seperti yang terdapat di Resort Ski! Seram sejuk badan bila menaikinya.

Kalau untuk naik ke puncak bukit tersebut dah cukup menakutkan, untuk menuruninya juga memerlukan keberanian! Terdapat 3 pilihan untuk turun. Pertama ialah dengan menaiki kereta kabel terbuka tadi. Kedua ialah dengan berjalan turun menuruni anak tangga dan ketiga menggunakan “Tommy Car” atau “Crazy Car”! Kalau option yang di pilih ialah yang ketiga, memang cukup menakutkan! Rasanya seperti menuruni bukit menggunakan gelungsur!

Selepas semua aktiviti selesai kami terus di bawa menuju ke hotel untuk “check in”. Motel 168 nama tempat penginapan kami. Kedudukannya di pinggir Bandar Zhuhai. Agak jauh dari pusat bandar. Tambang teksi untuk ke Bandar Zhuhai dari hotel lebih kurang 20 yuan iaitu lebih kurang RM10. Setelah selesai urusan “check in” hotel, kami terus bersiap untuk makan malam bersama dengan Group 1 yang telah berada di sana sejak 2 hari yang lepas. Makan malam kami seperti yang kami semua jangkakan dari awal, “Chinese Causine”! Err yang memang bukan “taste” kami yang Melayu ini.