31 January, 2010

Hukum Potongan 30 Peratus

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah Hukum Potongan 30 Peratus yang Aku maksudkan! Baiklah..Siapa yang tidak suka diskaun 30 peratus ketika membuat pembelian?  Jawapannya, tentulah semua orang suka. Kita tentu seronok bila mendapat diskaun yang ditawarkan oleh penjual. Sekarang cuba bayangkan yang kita sendiri memberi diskaun terhadap pembelian itu. Sebenarnya ini ialah petua yang telah lama Aku amalkan ketika hendak membeli atau berhutang.



Jika hendak membeli sesuatu barang samada tunai atau hutang, kita pastinya akan membuat perkiraan dan memikirkannya dengan agak mendalam terutamanya jika pembelian itu melibatkan jumlah yang agak mahal. Aplikasi hukum ini sebenarnya agak mudah. Setelah memikirkan tentang pro dan kontra pembelian itu, sekarang cuba tolakkan amaun pembelian itu dengan jumlah 30 peratus! Haa.. Itulah sebenarnya amaun yang selesa untuk kita tanggung.

Baiklah..Aku katakan selesa, bukan tidak mampu. Kita memang mampu untuk menanggung kos pembelian tersebut cuma untuk tidak terlalu membebankan kewangan kita dikemudian hari, hukum 30 peratus ini boleh digunakan. Hukum ini juga sesuai digunakan untuk pembelian rumah atau kenderaan.


Apa relevannya hukum ini diimplimentasi?  Mungkin bagi sesetengan orang, tidak perlu mempraktikkannya langsung.  Tetapi bagi seorang ketua keluarga yang isterinya tidak bekerja dan mempunyai dua orang anak yang masih kecil, hukum ini amat membantu. Ya Aku memang seorang yang konservatif  bila berbicara tentang kewangan :D

30 January, 2010

Teka Teki Teka Tekuk..

2 tahun yang lepas...

Aku : Teka teki teka tekuk, Ular mati hisap rokok?
Nurin Iman : Atuk!!
Aku & Azza : (Ketawa)


Atuknya memang seorang perokok! Lucky I managed to quit smoking many years ago. Kalau tak tentu jawapannya ialah "Abah"!

Tiada Komen!

Alhamdulillah, akhirnya blog ini telah pun berjaya di "transformasi"  dengan jayanya. Walaupuan pada awalnya terdapat beberapa masalah, ianya berjaya diatasi kecuali masalah yang berkaitan dengan "komen". Komen yang lama ada yang telah terpadam dan kalau ada pun "user" telah bertukar menjadi nama Aku. Ishh..
Sebelum membuat penukaran domain, blog ini telah pun menggunakan perkhidmatan pengurusan komen pihak ketiga iaitu Haloscan. Kemudian Haloscan telah diambil alih oleh JS-Kit.  Sejak itu blog ini menggunakan perkhidmatan pengurusan komen tersebut. Semuanya baik-baik sahaja dan teratur sehinggalah Aku menukar domain.  Mungkin Aku yang terlpas pandang....sepatutnya membuat backup semua komen sebelum menukar domain. Apa-apa pun semuanya telah terlewat, komen lama pada blog ini telah pun bercelaru.

Lain kali kalau hendak menukar domain, pastikan semuanya di"backup" terutamanya kepada blog yang menggunakan perkhidmatan pengurusan komen pihak ketiga seperti JS-Kit. Komen-komen yang hilang itu telah mengurangkan seri di blog :(

27 January, 2010

Terjebak Dalam Hutang..

Antara topik yang tidak diajar semasa disekolah dan universiti secara formal ialah Pengurusan Kewangan Peribadi. Ramai yang menganggapnya tidak penting kerana fokus utama tentunya terhadap pelajaran dan kemudiannya mendapatkan pekerjaan yang bergaji besar! Sebenarnya pegurusan kewangan perlu didedahkan terhadap setiap manusia sebaik sahaja mereka mengenal wang sebagai perantaraan pertukaran. Bagi keluarga yang mempunyai kesedaran tinggi tentang pengurusan kewangan, perancangan mereka bermula sejak anak masih berada didalam kandungan lagi!


Ramai diantara kita terjebak didalam masalah kewangan disebabkan kurang kesedaran tentang bagaimana untuk mengurus sumber pendapatan dan perbelanjaan dengan baik. Malah ramai yang terjerumus ini sebenarnya terdiri daripada professional muda yang sepatutnya tahu bagaimana untuk mengurus kewangan diri dengan baik.

Bagaimana mereka boleh terjebak?  Berdasarkan pengalaman, kebanyakkan mereka ini terjebak sebaik sahaja mereka mendapat pekerjaan pertama. Harus diingat kebanyakkan dari graduan, semasa belajar tentunya ada mengambil pinjaman dengan JPA, MARA, PTPTN dan Yayasan Negeri. Maksudnya sebaik sahaja tamat belajar, hutang yang telah sedia menunggu!

Biasalah bila sudah mula bekerja dan mendapat pendapatan yang agak baik, mereka berhasrat pula meningkatkan taraf hidup. Kalau dahulu menaiki kenderaan awam atau bermotorsikal, sudah sampai masa untuk membeli kereta. Mula menambah hutang kedua. Bayaran muka muka minimum dan tempoh pinjaman maksimum 9 tahun. Tidak mengapa kerana mereka masih bujang dan pastinya mampu untuk menanggung dua hutang.

Bila sudah berkereta, tentulah tidak menarik jika tidak dipasang dengan aksesori. Orang mudalah katakan.. Sport rim! Oh itu sudah pasti.. Tayar import berprofil rendah! Sistem audio hebat yang menyokong iPod, teknologi Bluetooth berserta skrin sesentuh dan GPS! Semua yang dihajati semasa zaman belajar cuba dipenuhi. Kemudian bila mula berkira-kira untuk membeli, barulah menyedari.. "Oh kena simpan sedikit wang dahulu baru boleh membeli sistem audio idaman itu". Alhamdulillah akhirnya terdetik untuk menyimpan!

Satu hari ketika berjalan di sebuah pusat membeli belah, didatangi seorang agen kad kredit yang comel. Agen tersebut menyakinkan yang anda mampu untuk untuk memiliki barangan yang dihajati dengan menggunakan kad kredit! Beli dahulu, bayar kemudian dan cuma perlu bayar minimum 5% setiap bulan keatas baki tertunggak.  Wah! hebat! Tidak tahu ada produk kewangan sebegini hebat ada dipasaran! Err.. tanpa disedari mula menambah hutang ketiga!

Ada kereta cantik dan pekerjaan yang bagus. Mesti ada wanita yang menyukai dan disukai. Masa berlalu, dimulai dengan perkenalan, akhirnya mengambil keputusan untuk bertunang dan berkahwin. Setelah berkira-kira dan mencongak. "Err kena mula menyimpan, kalau tidak tidak sempat untuk kumpul wang untuk hantaran serta belanja perkahwinan". Alhamdulillah akhirnya terdetik sekali lagi untuk menyimpan!

Satu hari ketika melakukan "blog walking" dan "online banking" di internet, ternampak iklan mengenai pinjaman peribadi. Tanpa penjamin, mudah dan kelulusan segera! Boleh menyelesaikan apa sahaja masalah dan perkara yang dihajati. Sambil berkira-kira dan mencongak, "Hmmm ok lah.. mohon pinjaman peribadi, bila dah dapat wang pinjaman itu nanti, boleh menyelesaikan hutang kad kredit dan buat belanja perkahwinan."   Nak pinjam berapa agaknya? RM30,000 cukup rasanya.. Apa-apa hal pun perkahwinan perlu disegerakan :D Hutang nanti boleh dibayar kemudian.  Err.. tanpa disedari mula menambah hutang keempat!

Jika sudah ada empat hutang yang perlu dibayar. Eh! Tiga sebenarnya, sebab pinjaman keempat menghapuskan pinjaman ketiga. Uish bijak juga strategi ini!  Ambil hutang untuk hapuskan hutang lain! Tetapi realitinya masih tidak akan meredakan keadaan. Kalau semua hutang tersebut telah pun merangkumi 50% atau lebih dari pendapatan, anda telah pun dikira terjebak!

Lebih kurang begitulah situasi dimana mereka ini terjebak pada awalnya. Mungkin menyangka yang mereka ini mampu untuk membayar hutang tanpa mengambil kira langsung hal-hal kecemasan yang bakal berlaku dan keadaan ekonomi semasa. Atau mereka juga  menyangka yang langit sentiasa cerah, jadi tak perlulah menyediakan payung sebelum hujan!

Apa-apa pun berhati-hatilah ketika mengambil hutang baru terutamanya hutang kad kredit. Kalau boleh mula menyimpan seawal mungkin. Hutang tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya akan mendatangkan masalah yang lebih besar jika tidak mampu membayarnya.

Sebagai panduan sila muat turun E-Book ini secara percuma dari AKPK



26 January, 2010

Jawapan Salah!

Bila Nurin Iman  membuat latihan matematik, selalunya dia akan cuba meminta jawapannya terlebih dahulu.  Aku pula sering sahaja tidak bersetuju dengan caranya.  Aku akan katakan padanya: "Kira betul-betul tentu dapat jawapannya.."    Tetapi Azza pula ada pendekatan tersendiri..  Dia akan beri apa sahaja jawapan... yang pastinya jawapannya itu salah!


Nurin Iman : 8 + 2 = berapa emak?
Azza : 11
Nurin Iman : (Mula mengira)
Nurin Iman : Kakak dah kira tadi jawapannya 10.. bukan 11!
Azza : (Senyum) :D

Memang kanak-kanak sentiasa tidak berpuas hati dengan jawapan yang "Kita" berikan. Namun tidak semua perkara kita boleh berikan jawapan yang salah...Mungkin untuk latihan matematik boleh digunakan pendekatan ini. Perkara-perkara lain yang berkaitan dengan fakta dan kepercayaan.. jangan sekali-kali dicuba! Merbahaya!


24 January, 2010

Cara Mengutip Hutang!

Teringat dahulu semasa Aku belajar di Universiti..Kadang-kadang kalau terputus duit terpaksalah meminjam dari rakan-rakan. Alhamdulillah biasanya ada yang menolong dan bila sudah ada duit, Aku akan cepat-cepat membayarnya semula. Adat pelajar, kadang-kadang kita meminjam dan kadang-kadang kita memberi pinjam. Tetapi apa yang menjengkelkan bila kita memberi pinjam.. Si peminjam bila sudah ada duit buat-buat lupa pulak! Tidak mahu melangsaikan hutang! Ciss!

Untuk golongan semacam ini, Aku gunakan strategi paling mudah untuk mengingatkan dan seterusnya mengutip hutang! Mula-mula besedia untuk buat muka tidak malu (sepatutnya yang berhutang tu yang patut malu). Kemudian perhatikan keadaan sekeliling, lebih ramai orang lebih bagus. Ketika siberhutang itu lalu atau sedang melepak dengan teman wanitanya, Aku akan terus memanggil namanya dengan agak kuat seterusnya mendekatinya.. "Lu pakai duit gua RM10 bila nak bayar?"  Mungkin disebabkan malu dengan kawan-kawan yang ada disekeliling terutama teman wanitanya, pasti dia akan membayar hutangnya pada masa itu juga! Harus diingat strategi ini hanya sesuai digunakan untuk menuntut hutang-hutang kecil sahaja..hutang-hutang besar kena guna cara lain.

Haha.. Alhamdulillah sepanjang menggunakkan strategi ini, Aku amat berpuas hati dengan kadar keberkesanannya. Memang sangat efektif untuk kawan-kawan yang selalu buat-buat lupa pasal hutang walaupun "loan" JPA/Mara/PTPTN sudah masuk ke dalam akaun!

22 January, 2010

Rakyat Johor Berdukacita




Al Fatihah... Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Sumber: Harian Metro

21 January, 2010

Mukabuku Tidak Seronok Lagi!

Pagi ini Aku mendapat panggilan telefon dari seorang staff dari jabatan lain. Beliau mahu tahu bagaimana untuk memadam akaun Facebook! Sudah pasti Aku tidak bertanyakan sebabnya. Sebaliknya Aku terus memberikan tunjuk ajar. ** Oh.. itu mudah.. Cuma perlu masuk ke akaun Facebook --> Settings  --> Deactivate Account. Kemudian jawablah semua soalan yang ditanya. Selesai!

Kenapa hendak dipadam akaun tersebut?  Mungkinkah Facebook tidak lagi seronok dan memberi faedah?

Banyak sebab mengapa seseorang itu tidak lagi merasa seronok apabila berada di halaman web rangkaian sosial. Walau apa pun alasannya, sebab paling utama ialah berkenaan "Privacy"!

Facebook secara tidak langsung akan mendedahkan sejarah hidup seseorang secara perlahan-lahan. Contohnya, melalui gambar-gambar lama yang di "upload" serta komen-komen yang tidak bertapis oleh diri sendiri atau pun rakan-rakan yang lain.

Selain daripada itu, berpunca dari kesilapan menambah dan meluluskan akaun juga memberi kesan yang besar terhadap perubahan tahap keseronokkan bersosial di Facebook.  Katakanlah secara sengaja melulusakan permohonan boss anda untuk menjadi rakan di Facebook.  Tentulah akan menjadi mustahil bagi pekerja untuk mengutuk bossnya di status :D

Walau apa pun sebabnya, pastinya Aku amat tertarik dengan satu "entry" berkenaan dengan Facebook yang Aku secara tidak sengaja terjumpa ketika melakukan "Blog Walking".  Sila singgah sebentar ke blog nurul cakapcakap - http://nurulcakapcakap.blogspot.com/2010/01/not-so-cool-things.html  Aku amat bersetuju dengannya 100%


18 January, 2010

Ubat Pandai..

Tiada ubat untuk pandai! Kalau rajin berusaha, mengulangkaji pelajaran dengan konsisten dan sentiasa hadir ke kelas@sekolah tentu akan membuahkan hasil. Kadang-kadang terfikir juga kenapa ada segolongan masyarakat terutamanya ibu bapa yang percaya ada ubat untuk menjadi pandai! Mungkin mereka terpedaya kerana ubat itu berlabelkan gambar seorang budak genius..



Ingat apa.. beri makan ubat kemudiannya tidak perlu belajar boleh terus jadi pandai?  Kalau ada ubat sebegitu.. Aku pun nak juga.. Mungkin kalau Aku makan lebih boleh jadi "Super Genius" :D

Percayalah tiada jalan mudah untuk menjadi pandai dan berjaya.

17 January, 2010

Boleh Hilang Darah Sekejap Bila..

Perkara-perkara yang boleh buat kita hilang darah sekejap (Dari perspektif penunggang motorsikal) :

1. Kena hon dengan lori!
2. Kenderaan dihadapan tiba-tiba menukar lorang secara tiba-tiba.
3. Kena himpit dengan kenderaan lain.
4. Tiba-tiba kenderaan dihadapan membrek secara mengejut.
5. Nampak penunggang motorsikal lain jatuh depan mata.

Walau apa pun, amalkan pemanduan yang berhemah. Terutamanya "bikers". Kita ni kalau kemalangan sentiasa jadi mangsa, walapun tak salah!

15 January, 2010

Dilemma Pentadbir IT..

Banyak organisasi kini telah pun menghalang akses ke halaman web rangkaian sosial dan " streaming media". Dari sudut pandangan pihak pekerja dan kakitangan, halangan sebegini seolah-olah menyekat kebebasan mereka. Manakala dari sudut pandangan pihak syarikat terutamanya pihak pentadbir IT, tindakan yang diambil ini adalah amat wajar.

Bukan untuk menidakkan hak sesiapa untuk mendapatkan maklumat. Situasi yang Aku gelar "Ditelan mati emak, diluah mati bapak". Maklumlah yang hendak disekat dan ditapis itu internet, yang sekarang ini sudahpun dikira sebagai keperluan dan yang menjadi mangsa ialah rakan-rakan sepejabat!

Mungkin para pekerja serta kakitangan syarikat tidak menyedari bahawa menggunakan kemudahan internet untuk mengakses halaman web rangkaian sosial dan "streaming media" sebenarnya akan memaksimumkan penggunaan "bandwidth". Apabila penggunaan "bandwidth" hampir ke tahap maksimum, ia akan menyebabkan kesesakan trafik di dalam sistem rangkaian tempatan. Seterusnya akan menyebabkan perkhidmatan dan sistem lain yang menggunakkan rangkaian yang sama akan turut terjejas. Sebab itu pengawalan dan penapisan terhadap halaman rangkaian web sosial dan "streaming media" amat diperlukan.
 
Oh ya.. Aku menulis dari perspektif pentadbir IT :D

14 January, 2010

Banner Baru.. YEY!!

Hari ini Aku "design" beberapa "header banner"! Kerja-kerja yang telah lama Aku tinggalkan.. Pada mulanya tergerak juga untuk menukar "template", tetapi terpaksa membatalkan niat kerana kesuntukkan masa. Kali terakhir menukar "template" rasanya hampir dua tahun yang lalu. Itu pun disebabkan "blogger" telah menambah beberapa "features", jadi terpaksalah menukar template untuk kekal "compliance".





Sekarang ini Aku gunakan "header banner" yang kedua untuk blog ini.  Macam biasalah Aku memang suka kombinasi hitam dan putih!

12 January, 2010

Domain Name Baru.. Yey!!

Secara rasminya hari ini Aku menukar "Domain Name!"  Sebenarnya sudah lama Aku menyimpan "Doamin Name" ini untuk kegunaan masa hadapan. Dengan kedatangan tahun 2010, inilah masa yang sesuai untuk membuat penghijrahan. Sekarang blog ini boleh di akses melalui http://www.anif.co.cc. Walau bagaimanapun, URL yang lama masih lagi boleh digunakan.

"Domain Name" ini diperolehi dari http://www.co.cc. Kalau bernasib baik, Anda mungkin boleh mendapat "Domain Name" yang bagus dan bersesuaian dengan konsep halaman web atau blog secara percuma. Tidak rugi untuk mencuba.

Tutorial untuk menukar "Domain Name & URL" dari standard blogger juga disediakan dengan terperinci di http://www.co.cc. Tetapi harus diingat, untuk menukar "Domain Name & URL" memerlukan perancangan yang rapi kerana banyak perkara yang berkait dengan "Domain Name & URL" akan terjejas sama contohnya seperti akaun Nuffnang dan Advertlets.

Bila sudah menukar Domain Name, jangan lupa pula untuk mengemaskini butiran "Domain Name & URL" terbaharu di Nuffnang, Advertlets dan lain-lain perkhidmatan berkaitan dengan "listing".

11 January, 2010

Mozilla Firefox 3.5.7 Suddenly Crash!

Tiba-tiba Mozilla Firefox Versi 3.5.7 "crash"!  Kali pertama mengalaminya setelah mengemaskini dari versi yang terdahulu (Kalau tak silap versi 3.5.6). Mungkin  ada "bug" yang perlu diperbaiki! 


Hal ini sedikit sebanyak menganggu keseronokkan berinternet. Mungkin Pc yang Aku gunakan ini sudah bermasalah?  Entahlah..






10 January, 2010

Sejuk Melampau!

Sekarang ini hampir seluruh benua Eropah, China dan sebahagian Amerika Syarikat dilanda cuaca sejuk melampau yang lebih panjang daripada biasa.  Sebelum itu kita sering di beritakan tentang isu "Pemanasan Global". Tentang peningkatan suhu, pencairan glasier dan peningkatan paras air laut yang dikaitkan secara langsung dengan peningkatan suhu dunia.

Kalau dahulu para saintis risau tentang salji yang mula mencair, mungkin sekarang mereka lebih risau perkara sebaliknya! Masih banyak rahsia alam yang perlu dikaji dan dicari jawapannya. Allahhu Akbar!

Space Gambus Experiment - Review Part 1

Aku mengetahui tentang kewujudan projek ini bila terbaca di sebuah blog mengenainya beberapa bulan yang lalu.. Kemudian blog tersebut telah membawa Aku ke YouTube.

Aku berpendapat bahawa ini merupakan satu projek yang amat menarik kerana ianya menggabungkan elemen muzik analog tradisional dan digital.  Selain daripada itu, terdapat elemen "cosmic radio wave" yang turut di integrasikan ke dalam setiap lagu. Cukup untuk meletakkan projek ini berada didalam kelasnnya yang tersendiri.





















Setelah beberapa bulan menunggu, akhirnya album ini dilancarkan secara rasminya pada 27 Disember 2009. Sebaik sahaja album ini dilancarkan, Aku pun segera memesannya.  Bermula dengan menghantar email kepada penerbitnya En Kamal Sabran  yang menyatakan bahawa Aku amat berminat untuk memiliki album tersebut. Aku kemudiannya melengkapkan pembelian tersebut dengan memindahkan wang sebanyak RM20 dan menyertakan butir-butir peribadi dan alamat untuk tujuan penghantaran. 

Alhamdulillah semalam album yang telah ditunggu-tunggu telah pun sampai.  Insyallah cuti hujung minggu ini akan dihabiskan untuk mendengar kesemua lagu-lagu yang terdapat didalamnya.



08 January, 2010

Tidak Setuju

Oh! Yang pasal bakar membakar itu, Aku tidak sokong!


07 January, 2010

Pegawai Pekhidmatan Pelanggan Tidak Rasmi

Sudah lama Aku perhatikan tentang pengawal keselamatan yang bekerja di bank terutamanya. Kebanyakkan dari mereka melakukan tugas yang tidak sepatutnya!  Mereka ini seolah-olah lebih kepada pegawai perkhidmatan pelanggan tidak rasmi kepada bank.

Seharusnya mereka perlu menumpukan terhadap tugas utama mereka iaitu menjaga dan mengawal keselamatan premis berbanding melayan pelanggan.  Mungkin juga mentalilti rakyat Malaysia secara amnya yang gemar bertanya kepada pengawal keselamatan menyebabkan mereka terbeban dengan tugas yang tidak sepatutnya! Kesian mereka..


06 January, 2010

Bahasa Pemandu

Aku senyum, mengangkat tangan dan memberi isyarat, tetapi pemandu disebelah masih lagi tidak faham. Mungkin dia menyangka Aku mahu menguratnya! Agak sukar untuk menukar lorong ketika kenderaan sedang banyak di atas jalan.  Mujur pemandu dibelakangnya memberi laluan. Alhamdulillah, masih ramai lagi pemandu di Malaysia yang berhati mulia!

05 January, 2010

Berani Ketika Makan!

Rasanya rakyat Malaysia akan menjadi lebih berani ketika makan!  Mungkin pelik kenyataan tersebut tetapi itulah hakikatnya.  Kalau tak percaya, kita boleh perhatikan mereka ketika menjamu selera di gerai-gerai yang berada di tepi jalan ataupun di kedai-kedai mamak yang kerusi mejanya melimpah sehingga ke tepi jalan.

Kalau sudah berani menjamu selera di situ memang terbukti mereka ini sangat berhati kering!  Mungkin sedap makanan di situ, ditambah pula dengan perut yang lapar dan suasana hingar bingar berdekatan dengan jalan raya pastinya meningkatkan paras adrenaline! :D 


04 January, 2010

Email

Hari ini Aku memulakan tugas semula selepas bercuti panjang sejak dari minggu lepas. Semangat untuk ke pejabat amat berkobar-kobar, maklumlah dah hampir 10 hari duduk di rumah. Bila sampai di pejabat, perkara pertama yang dilakukan ialah menghidupkan PC dan kemudiannya membuka Microsoft Outlook. Kombinasi 2 akaun email, menjana lebih kurang 260 email yang belum dibaca!

Memang banyak email yang hendak dibaca satu persatu.  Tetapi Aku akan seboleh-bolehnya mengelakkan diri dari terbuka atau membaca email berkenaan kemalangan dan seumpamanya. Pastinya akan mematikan "mood" yang ceria di pagi hari!


03 January, 2010

Al-Fatihah

Semalam kami dikejutkan dengan berita yang tak diduga.  Berita tentang kembalinya ke Rahmatullah, sepupu  kami.  Usianya baru 19 tahun, tetapi Allah lebih mengasihinya. Semoga keluarganya tabah menghadapi dugaan dan rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah buatnya.

01 January, 2010

Blog Awards

Kedu-dua award ini diberikan oleh http://rumaizah.blogspot.com/