Showing posts with label Celcom Blue. Show all posts
Showing posts with label Celcom Blue. Show all posts

24 October, 2009

Activate Facebook Via SMS

Untuk mengkatifkan servis Facebook Via SMS sila taip F dan hantar ke 32665.  Selepa itu Anda akan menerima Facebook Mobile comfirmation code.  Masukkan code tadi ke akaun Facebook.  Log in ke http://www.facebook.com dan  klik --> Settings --> Account Settings --> Mobile.  Done!




Mulai sekarang semua orang boleh ber "Facebook"!  Tak perlu smartphone yang canggih. Hanya set handphone basic pun sudah memadai.  Anda akan dikenakan caj RM1 seminggu untuk "unlimited usage". 



Untuk tutorial bagaimana menggunakannya sila rujuk http://www.facebook.com/mobile/?settings#/mobile/?texts

23 October, 2009

Celcom Blue Vs New Xpax


Menjadi warga "Celcom Blue" sejak beberapa bulan yang lepas.  Sejak itu tak perlu mengingati tentang bila perlu untuk menambah nilai!   Yang Aku tahu, Plan panggilan Aku akan tamat tempoh pada tahun 2011!  Memang mudah bila ada plan yang membolehkan kita kekal aktif sehingga 2 tahun! 


Celcom Blue

Kesimpulannya plan ini sesuai untuk golongan yang kurang membuat panggilan dan untuk golongan yang tidak suka menambah nilai kredit panggilan terlalu kerap (orang yang selalu lupa / buat-buat lupa / Ingat-ingat lupa).  Selain daripada itu plan ini juga sesuai untuk dijadikan  talian untuk sistem keselamatan/pengawasan premis dan kenderaan berasaskan teknologi GSM kerana kos operasinya yang murah!



Xpax

Sementara itu, Azza pula telah  Aku "migrate" kan  dari plan Xpax Mid ke plan terbaharu Xpax  pada minggu yang lepas.  Oleh kerana Azza memang kerap membuat panggilan ke kampung, Aku merasakan yang plan terbaharu ini amat bersesuaian.  Lagipun tak semua saudara-mara kita menggunakan talian Celcom!  Maklumlah sekarang ini, walaupun nombor dihadapannya 019 tak semestinya Celcom, boleh jadi Maxis atau Digi!

Plan Xpax terbaharu pula lebih menarik dengan pengenalan panggilan "15 pax"!   Semua nombor dari semua rangkaian boleh didaftarkan ke dalam "15pax" untuk menikmati kadar panggilan dan SMS yang lebih rendah.  Jadi selesailah masalah berkaitan kenalan rapat atau saudara mara yang dahulunya menggunakan Celcom kemudiannya bertukar ke rangkaian lain! 

Kesimpulannya plan Xpax terbaharu ini memang sesuai untuk pengguna yang kerap membuat panggilan dan menggunakan perkhidmatan SMS ke raingkaian yang berlainan.

Nota: Ini bukan promo Celcom. Aku tak dibayar sesen pun..

08 April, 2009

Migrate Celcom Xpax to Celcom Blue

Semalam Aku ambil keputusan untuk migrate dari "Celcom Xpax" ke "Celcom Blue". Dah lama pakai "prepaid" sejak terminate "postpaid" tahun 2004. Sejak kawin dah memang kurang guna, rasa rugi la sebab tu tukar ke "prepaid".


Untuk migrate dari "Celcom Xpax" ke "Celcom Blue", cuma taip MIG BLUE dan hantar ke 28882. Dengan Celcom Blue pengguna memilih tempoh sah kredit sehingga 2 tahun. RM30 untuk setahun dan RM50 untuk tempoh sah kredit 2 tahun tetapi mesti "recharge" minimum RM30 selepas memilih tempoh sah kredit untuk menikmati tambahan 6 bulan lagi tempoh sah kredit! Untuk mengaktifkan tempoh sah kredit, taip AKTIF 30 dan hantar ke 28882 untuk 1 tahun tempoh sah kredit dan taip AKTIF 50 dan hantar ke 28882 untuk 2 tahun tempoh sah kredit.




Race B 008 468x60

Kadar Caj Panggilan Celcom Blue ialah Voice dan Video Call 45 sen/min (Flat) (20 sec/block). Untuk kadar SMS ialah 15 sen/sms (ON & OFFNET) dan MMS ialah 35 sen/mms.

Untuk penjimatan maksimum, "feature" Teman 20 memang membantu, kadarnya ialah Voice/Video (15 sen/min), Video (15 sen/min), MMS (15 sen/mms) dan SMS (1 sen/sms). Setelah "migrate" dari Xpax ke Celcom Blue, semua nombor active 8 akan dipindahkan ke Teman 20 secara automatik. Kalau ada 20 nombor yang selalu dipanggil, memang sesuailah pakage ini untuk anda!

Secara umumnya Aku rasa "pakage prepaid Celcom Blue" ni agak mahal berbanding "Celcom Xpax" (Kadar rata 35 sen/min 10 sen/SMS untuk "non active 8") tetapi disebabkan "option" Teman 20 dan 2 tahun tempoh sah kredit tergerak la hati nak "migrate". Mana ada "Telco" yang nak rugi.. Apa-apa pun pengguna macam kita ni yang kena "decide" pakage mana yang paling sesuai dengan keperluan semasa.

Cat B 008 468x60 may

Tapi Aku tak risau sebab bila rasa nak bertukar pakage kembali semula ke Celcom Xpax cuma taip MIG MID dan hantar ke 28882. Untuk pertama kali migrate FOC tapi untuk yang kedua dan seterusnya kena "charge" RM5. Dan bila dah kembali ke "Celcom Xpax", "active 8" kena "configure" semula.