Showing posts with label PDA. Show all posts
Showing posts with label PDA. Show all posts

29 July, 2009

Cool Applications for Windows Mobile

ROM iPaq sudah di "update", pastinya aplikasi pun turut dikemaskini. Untuk menjadikannya lebih berguna dan lebih praktikal, Aku telah memilih beberapa apilikasi yang perlu ada bagi pemilik Windows Mobile seperti:

1. Facebook Mobile
2. PokeTwit
3. Coreplayer
4. Spb Weather

Daripada kesemua aplikasi tersebut, Coreplayer paling unik. Ia menyelasaikan banyak masalah berkaitan format multimedia yang sering dihadapi oleh pengguna Windows Mobile. Player ini juga menyokong format *.flv (Youtube).

Normal mode playback

Aku telah menguji playback di iPaq ini dengan menggunakan *.flv file yang di download dari Youtube. Sengaja memilih Upin & Ipin season 3 kerana anak-anak Aku minat siri animasi ini :D Hasilnya amat memberangsangkan.. Dalam iPaq sekarang ada episod lengkap Upin & Ipin Season 3!

Full screen mode

Selain dari format *.flv, player ini juga menyokong format AAC (m4a) untuk ipod. Boleh terus dipindah dari ipod ke iPaq tanpa perlu "convert" ke *.mp3 format. Cool!

28 July, 2009

HP iPaq Hx 2495b New ROM

PDA HP model iPaq Hx 2495b ini dibeli tahun lepas dari seorang kawan. Walaupun dah memilikinya lebih dari setahun, pada kebanyakkan masa ianya hanya terletak di atas rak dan tak digunakan.

ROM asal bagi pda ini ialah Windows Mobile 5. Dari awal lagi memang terdapat "bug" pada ROM tersebut. Antaranya ialah kehilangan kuasa bateri secara tiba-tiba dan WiFi connection yang tak stabil. Masalah tersebut berjaya diatasi dengan mengemaskini ROM version 1.02 dari Hewlett Packard.

Kebetulan dua minggu yang lepas, tergerak untuk mencari ROM baru untuk PDA tersebut. Err .. Cooked ROM atau Modified Version yang sesuai. (HP memang dah tak support ROM baru untuk PDA ini). Memang tak menghampakan, rupa-rupanya sejak setahun dulu dah ada beberapa projek yang aktif untuk iPaq Hx 2000 series! Ada beberapa ROM yang telah pun di download untuk dicuba diantaranya WM 6.1 Classic (tommy_adsl), YuRRiX, Kozhura dan Misar. Semua ROM tersebut adalah berdasarkan Windows Moblie 6.1 yang telahpun di "port" untuk iPaq Hx 2000 series.

Dan pada awal bulan ini ada projek yang lebih "extreme" dan berjaya dilakukan iaitu "port" Windows Mobile 6.5 ke iPaq Hx 2000 series oleh Spiaatie. Tetapi Aku lebih berminat dengan WM 6.1 kerana ia lebih stabil dan banyak "feedback" positif mengeninya.

Setelah beberapa hari mencuba, akhirnya ROM WM 6.1 Classic dari projek Tommy_adsl menjadi pilihan. Kerja-kerja mem "Flash" ROM ke iPaq amat mudah, tak sampai 15 minit ianya siap dan boleh digunakan. Dan inilah hasilnya:






21 May, 2008

Reflash My XDA II


Minggu lepas PDA O2 XDA II kesayangan nih mogok! Tak tau apa pasal. Mungkin sudah terlalu banyak install software atau pun terdapat "BUG" pada ROM yang aku gunakan tue. Nampaknya untuk menyelesaikan masalah ini, terpaksalah aku reflash semula ROM PDA tue. Dalam masa berkira-kira hendak reflash ROM tue terfikir gak samada nak kekal menggunakan "Self Cooked ROM" atau pun nak kembali ke ROM Original O2.

Akhirnya Aku buat keputusan untuk kembali ke ROM Original O2. Carik fail ROM dalam simpanan.. tak jumpa! Nampaknya kena download la dari Official Site O2! Pergi ke http://www.seeo2.com/ (Official Link) tetiba link tersebut di redirect ke link baru http://www.mwg.com/ Rupa-rupanya O2 dah tak de lagi di dunia nih.. semua brand O2 dah jadi MWG! Nasib baiklah MWG masih lagi support model lama O2.. dapatlah download ROM Original XDA II nih. :)



Sebenarnya macam-macam ROM aku dah pernah cuba kat PDA nih.. daripada yang Official sehingga ke "Self Cooked ROM", semuanya Aku dah cuba. PDA R&D lah katakan.. belasah jer.



Seperkara yang amat menarik mengenai XDA II nih ialah walaupun ianya model lama masih ramai pengikut/pemilik pda phone ini. XDA II ini lebih dikenali dengan nama "Himalaya" di internet. "Himalaya" ialah nama kod untuk Projek PDA tersebut semasa di kilang. PDA ini di keluarkan oleh HTC! Dahulunya HTC tidak mengeluarkan PDA jenamanya sendiri. Cuma kebelakangan ini HTC telah berjaya mengeluarkan PDA jenamanya sendiri selepas mengambil alih Dopod. Oeh kerana PDA ini mempunyai ramai pengikut, untuk mendapatkan ROM upgrade amatlah mudah. Dari ROM 2003 yang original kepada versi modified/Self Cooked WM2003SE dan yang terbaru Windows Mobile 6! Semuanya ada untuk Xda II.

ROM asal untuk PDA ini sebenarya ialah Windows Mobile 2003. Oleh kerana model ini amat popular, terdapat sekumpulan pengguna/programmer yang berjaya membuat "reverse engineering" terhadap ROM daripada model PDA yang lain untuk di port ke XDA II ini. Pemilik XDA II sememangnya amat bertuah kerana berpeluang untuk mencuba Windows Mobile 6 tanpa perlu membuang duit untuk mendapatkan model PDA terbaru.

Walaupun pemilik XDA II boleh reflash ROM PDA kepada yang lebih baik, masih terdapat sedikit kelemahan atau restriction yang memang tidak dapat dibetulkan sehingga kini. Restriction tersebut ialah berkaitan kamera. Setelah berjaya reflash ke Windows Mobile 6, mode video untuk kamera tidak dapat digunakan dengan baik dan kualti imej gambar akan terjejas. Sebenarnya ramai pemilik XDA II tak menggunakan sangat kamera nih pun. Resolution cuma 0.3 megapixel! Walau dalam standard ROM pun imej dari kameranya memang dah tak cantik..hehe. Untuk pemilik XDA II yang adventurous bolelah mencuba untuk reflash ROM kepada ROM Windows Mobile 6! Nothing to loose.. as long as kamu dah backup dan sync semua data-data penting ke PC. Reflash ke Windows Mobile 6 seumpama memberi nyawa baru ke XDA II anda :)

Dan jika tidak seronok dengan ROM yang baru..atau terlalu rindu dengan fungsi kamera pada Windows Mobile 2003, bila-bila masa boleh reflash ROM XDA II ke ROM yang Asal/Original! Sangat fleksiblel!