
Minggu lepas PDA O2 XDA II kesayangan nih mogok! Tak tau apa pasal. Mungkin sudah terlalu banyak install software atau pun terdapat "BUG" pada ROM yang aku gunakan tue. Nampaknya untuk menyelesaikan masalah ini, terpaksalah aku reflash semula ROM PDA tue. Dalam masa berkira-kira hendak reflash ROM tue terfikir gak samada nak kekal menggunakan "Self Cooked ROM" atau pun nak kembali ke ROM Original O2.
Akhirnya Aku buat keputusan untuk kembali ke ROM Original O2. Carik fail ROM dalam simpanan.. tak jumpa! Nampaknya kena download la dari Official Site O2! Pergi ke http://www.seeo2.com/ (Official Link) tetiba link tersebut di redirect ke link baru http://www.mwg.com/ Rupa-rupanya O2 dah tak de lagi di dunia nih.. semua brand O2 dah jadi MWG! Nasib baiklah MWG masih lagi support model lama O2.. dapatlah download ROM Original XDA II nih. :)Sebenarnya macam-macam ROM aku dah pernah cuba kat PDA nih.. daripada yang Official sehingga ke "Self Cooked ROM", semuanya Aku dah cuba. PDA R&D lah katakan.. belasah jer.
Seperkara yang amat menarik mengenai XDA II nih ialah walaupun ianya model lama masih ramai pengikut/pemilik pda phone ini. XDA II ini lebih dikenali dengan nama "Himalaya" di internet. "Himalaya" ialah nama kod untuk Projek PDA tersebut semasa di kilang. PDA ini di keluarkan oleh HTC! Dahulunya HTC tidak mengeluarkan PDA jenamanya sendiri. Cuma kebelakangan ini HTC telah berjaya mengeluarkan PDA jenamanya sendiri selepas mengambil alih Dopod. Oeh kerana PDA ini mempunyai ramai pengikut, untuk mendapatkan ROM upgrade amatlah mudah. Dari ROM 2003 yang original kepada versi modified/Self Cooked WM2003SE dan yang terbaru Windows Mobile 6! Semuanya ada untuk Xda II.
ROM asal untuk PDA ini sebenarya ialah Windows Mobile 2003. Oleh kerana model ini amat popular, terdapat sekumpulan pengguna/programmer yang berjaya membuat "reverse engineering" terhadap ROM daripada model PDA yang lain untuk di port ke XDA II ini. Pemilik XDA II sememangnya amat bertuah kerana berpeluang untuk mencuba Windows Mobile 6 tanpa perlu membuang duit untuk mendapatkan model PDA terbaru.
Walaupun pemilik XDA II boleh reflash ROM PDA kepada yang lebih baik, masih terdapat sedikit kelemahan atau restriction yang memang tidak dapat dibetulkan sehingga kini. Restriction tersebut ialah berkaitan kamera. Setelah berjaya reflash ke Windows Mobile 6, mode video untuk kamera tidak dapat digunakan dengan baik dan kualti imej gambar akan terjejas. Sebenarnya ramai pemilik XDA II tak menggunakan sangat kamera nih pun. Resolution cuma 0.3 megapixel! Walau dalam standard ROM pun imej dari kameranya memang dah tak cantik..hehe. Untuk pemilik XDA II yang adventurous bolelah mencuba untuk reflash ROM kepada ROM Windows Mobile 6! Nothing to loose.. as long as kamu dah backup dan sync semua data-data penting ke PC. Reflash ke Windows Mobile 6 seumpama memberi nyawa baru ke XDA II anda :)
Dan jika tidak seronok dengan ROM yang baru..atau terlalu rindu dengan fungsi kamera pada Windows Mobile 2003, bila-bila masa boleh reflash ROM XDA II ke ROM yang Asal/Original! Sangat fleksiblel!
No comments:
Post a Comment