Showing posts with label Bas. Show all posts
Showing posts with label Bas. Show all posts

26 February, 2010

Sindrom Tiada Duit Kecil

Masalah tiada duit kecil ini biasa di Malaysia. Untuk lebih tepat lagi, ini ialah masalah utama dikalangan peniaga-peniaga di Malaysia!  Kadang-kadang bukan setakat peniaga yang tidak mempunyai duit kecil, sindrom ini juga merebak ke kaunter-kaunter perjualan tiket terutamanya bas ekspress. Sepatutnya perkara ini tidak berlaku. Peniaga atau pihak pengurusan syarikat perlu sentiasa bersedia menyediakan duit kecil secukupnya untuk memastikan kelancaran urusan di kaunter.

Pengalaman menaiki bas ekspress sejak dari alam persekolahan sehingga kini memang menunjukkan yang situasi itu kerap terjadi. Kalau dahlulu semasa Aku berusia belasan tahun, Aku tidak kisah sangat bila pihak petugas kaunter meminta Aku memecahkan duit dahulu sebelum membeli tiket bas. Terpaksalah ke gerai-gerai berdekatan, menebalkan muka meminta duit ditukar pada not yang lebih kecil atau kalau tidak mampu menebalkan muka terpaksa membeli sesuatu untuk mendapat pecahan baki dalam not yang lebih kecil! Oh! Itu cerita lapan belas tahun dahulu!




Kira-kira dua tahun yang lalu ketika Aku ingin membeli tiket bas ekspress untuk perjalanan ke Seremban, sekali lagi Aku diminta untuk menukarkan duit kecil terlebih dahulu sebelum dapat membeli tiket. Keadaan masih tidak berubah!  Kisah ini terjadi di kaunter penjualan tiket bas ekspress yang agak terkenal! Memang menyirap darah bila sampai gilirin untuk membeli tiket, pihak kaunter memberikan alasan remeh pada pelanggan!

Kalau tiada duit kecil..Adakah itu masalah pelanggan?  Itu masalah pengurusan syarikat!  Bersedialah secukupnya terutama pada masa cuti atau hujung minggu di mana terdapatnya peningkatan dikalangan penumpang yang menggunakkan perkhidmatan pengangkutan awam.

Aku tidak lagi bertoleransi dengan keadaan sebegitu! Sepatutnya kualiti perkhidmatan yang diberikan menjadi lebih baik berbanding lapan belas tahun dahulu. Pelanggan sebenarnya ada hak untuk dilayan dengan baik.

Bila petugas kaunter bas ekspress tersebut menyuruh Aku menukar duit terlebih dahulu.. Terus Aku katakan padanya, "Itu bakan masalah Saya!"  "Saya pelanggan dan saya patut dilayan dengan baik.." "Sekarang Awak pergi cari orang awak untuk tukar duit ini!"  Sebaik sahaja Aku kata begitu kepadanya.. beliau terus mengambil duit Aku, menyerahkan tiker dan memulangkan bakinya! Eh! Ada pulak duit kecil!  **kebingungan**


10 June, 2008

Balik JB @Terminal One, Seremban

Dah lama tak naik bas express. Rasanya dah lebih daripada setahun. Dari dulu kalau nak ke Seremban atau dari Seremban ke JB, Aku memang prefer naik Plusliner. Kalau dah tak de barulah Aku naik Transnasional. Plusliner tak berhenti lama untuk makan dan bila berhenti bas ini takkan keluar dari Plus Highway. Jadi perjalanan akan menjadi lebih cepat. Berbanding dengan Transnasional yang sudah tentu akan berhenti di Machap - Restoran Maju, walaupun Machap hanya sejam lagi ke Johor Bahru! Sebab tu Plusliner punya tiket cepat habis.


shuffle b003 300x250

So far Aku memang tak pernah beli tiket dari ulat. Kalau boleh elakkanlah beli tiket dari ulat. Dah le harga cekik darah, bas dah tentunya takkan ikut jadual. Kalau boleh rancanglah perjalanan terlebih dahulu. Penumpang yang selalu terkena ni biasanya memang jenis yang tak merancang awal perjalanan mereka. Hari tu nak balik kampung baru sibuk nak carik tiket. Ulat memang suka penumpang jenis nih.. sebab mereka terdesak!


Tapi apa yang Aku perhatikan di Terminal One Seremban nih kira berbeza dengan Terminal Bas Larkin atau Puduraya. Di Terminal One nih boleh di katakan masalah ulat tak wujud. Kalau di JB atau Puduraya dah tentu sebelum ke kaunter tiket dah kena asak dengan ulat, tanya kita nak ke mana dan sebagainya... perghhh rimas woo!

Di sini suasananya tenang, semuanya nampak teratur dan terurus. Mungkin inilah perbezaan antara bandar dan bandaraya. Bandaraya memang sentiasa havoc.



Sampai di Terminal One lebih kurang pukul 12:30 tengahari. Bas akan bertolak pada pukul 1:30 petang. Aku memang tiba awal sejam. Aku memang tak suka terkejar-kejar. Biar tiba awal, baru rasa selesa dan tak kelam kabut.





Trademark Terminal One - Muka Bas di Dinding


Nie le bas ke JB


Lepas beli tiket tempohari baru terperasan yang Aku kena duduk di seat paling hadapan "FD", huhu seram jer rasa. Selalunya kalau Aku beli tiket bas, Aku akan minta bahagian tengah. Mungkin sebab dah lama tak naik bas, terlupa nak minta seat tengah. Mujur juga seat bahagian depan tue dilengkapi dengan tali pinggang keledar. Tenteram sikit rasa hati nih dan terasa macam nak naik kapal terbang pulak.

Perlahan-lahan meninggalkan Terminal One

Perjalanan ke JB mengambil masa selama 4 jam. Sepanjang perjalanan brother driver ni memandu dengan kadar kelajuan yang amat konsisten. Duduk seat di hadapan memang buat Aku tak boleh tidur langsung. Cuba-cuba juga nak tidur, tapi memang tak boleh. Rasa macam Aku je yang bawak bas tue hehe.. Anyway Aku selamat tiba di rumah tepat pukul 5:30 petang. Alhamdulillah!