Setelah menguji Mozilla Firefox 3.6 selama beberapa hari, Aku dapati ia terbukti pantas dan stabil. Walau bagaimanapun terdapat sedikit masalah semasa menggunakannya di blogger. Apabila kita menambah
"Page Elements" dan kemudiannya ingin membuat susun atur, ia tidak dapat digerakkan!
Selalunya kita bebas untuk menentukkan susun atur
"Page Elements" di layout dengan hanya menekan butang kiri tetikus tanpa dilepaskan dan bebas menentukan ke mana widget hendak diletakkan.
Pada mulanya Aku sangkakkan yang blogger sedang menghadapi gangguan teknikal. Kemudian tergerak untuk menggunakkan "Google Chrome". Semasa menggunkkan Chrome semua fungsi semua fungsi
"Page Elements" di "Layout" dapat digunakkan sepenuhnya. Daripada membuat susun atur widget sehingga membuang widget yang tidak dikehendaki juga dapat dilakukan dengan sempurna.
Jadi Aku membuat kesimpulan, Mozilla Firefox 3.6 mengandungi "bug" apabila digunakkan di blogger terutamanya untuk meng "edit" template!