Showing posts with label Nurin Iman. Show all posts
Showing posts with label Nurin Iman. Show all posts

05 April, 2010

Nurin Amani Dan Nurin Iman


Bila Aku ambil gambar Nurin Amani dengan kucing, tiba-tiba teringat yang kakaknya juga ada gambar seperti ini. Merujuk kepada "entry" lepas - Nurin Iman Vs Kucing http://www.anif.co.cc/2006/07/04062006-nurin-vs-kucing.html.




"Entry" lama yang dibuat sekitar Jun 2006 ketika itu Nurin Iman lebih kurang sebaya dengan adiknya sekarang.

Cuma bezanya si Adik ini lebih berani manakala si Kakak kelihatan takut-takut. Kakak hanya berani dari jauh sahaja. Personaliti mereka memang nyata berbeza.


30 March, 2010

Bazar JB - Kami Kembali!

Sebaik sahaja meninggalkan dari Restoran Sedap Corner, kami terus menuju ke Danga Bay. Lebih kurang setengah jam di sana, kami dapati tiada apa yang menarik. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk Bazar JB. Kali terakhir ke sana ialah sekitar Februari 2009 - http://www.anif.co.cc/2009/02/bazar-jb.html

Pada masa itu memang tidak ramai peniaga berniaga di situ tetapi kini bilangan peniaga semakin bertambah dan keadaan mulai sesak. Bila sudah ramai peniaga dan pengunjung, tempat meletak kenderaan pula menjadi satu masalah besar!




Walaupun bilangan peniaga sudah bertambah, pihak Majlis Badaraya sentiasa mengawas dan menyelia kawasa bazar. Hasilnya peniaga berniaga di kawasan yang teratur dan sentiasa dipantau kebersihannya. Selain itu, Aku dapati bahawa pihak Majlis Bandaraya juga telah menyediakan tandas awam, berbeza ketika mula-mula ia diperkenalkan. Jadi masalah tandas awam bukanlah masalah lagi bagi pengunjung dan peniaga di situ.


Seperti biasa, Aku lebih berminat dengan barangan lama yang di jual di situ. Nampaknya sekarang ini semakin banyak peniaga yang menjual pelbagai barangan terpakai. Cuma masa sahaja yang tidak mengizinkan untuk Aku "explore" semuanya.


Tetapi apa yang lebih menarik perhatian ialah peniaga yang menjual permainan terpakai. Nampaknya sekarang, bilangan mereka juga telah bertambah sekali ganda.

Sudah pastilah yang paling gembira ialah Nurin Iman dan Nurin Amani. Walaupun sudah diberikan lampu hijau untuk membeli, mereka tidak tahu mana satu yang hendak dipilih! Akhirnya Nurin Iman mendapat apa yang dihajatinya selama ini iaitu "Mini Wardrobe & Bed" untuk barbie dan Nurin Amani mendapat telefon "Sesame Street" dengan harga yang amat berpatutan.




16 March, 2010

Apa Itu Ontok-Ontok?

Kadang-kadang bila Azza marahkan Nurin Iman, ayat-ayat pelik akan keluar! Minggu lepas, beliau memperkenalkan satu perkataan baru yang sebelum ini Aku pun tak pernah dengar. Perkataan yang dimaksudkan ialah "ontok-ontok".






Apa itu "ontok-ontok"?  Ontok-ontok sebenarnya bermaksud "diam-diam" dalam bahasa Negeri Sembilan. Contoh penggunaan,

"Nurin Iman duduk ontok-ontok!"  bermaksud " Nurin Iman duduk diam-diam".

Isteri Aku orang Negeri Sembilan. :D



05 March, 2010

(Klu) - Dikenali Sebagai Pak Belang

Azza membantu Nurin Iman melengkapkan teka silang kata. berkaitan binatang. Dia masih lagi tidak berapa faham tentang konsep permainan ini. Untuk teka silang kata bagi kanak-kanak, klunya seakan-akan teka teki.


Azza: (klu) Dikenali sebagai "Pak Belang".




Aku menjangka Nurin Iman akan memberikan jawapan "Harimau Belang" atau "Tiger". Maklumlah itulah gelaran yang diberi kepada Sang Harimau Belang.

Tetapi Nurin Iman ada idea dan pendapatnya yang tersendiri dan inlah jawapannya..

Nurin Iman: Kuda Belang.



Kami ketawa mendergar jawapan tersebut. Nurin Iman terpinga-pinga. Oh! Itu bukan binatang yang ada difikiran Aku dan Azza.


23 February, 2010

Apa Kakak Buat, Adik Akan Ikut!

Nurin Iman anak sulung kami sudah pun berusia enam tahun. Selepas kelahirannya kami sentiasa memastikan yang dia mendapat apa yang terbaik yang mampu kami sediakan. Walau bagaimanapun, sebagai anak sulung banyak perkara yang dia ingin buat terpaksa kami halang dan kawal. Maklumlah dia anak pertama dan kami juga pertama kali menjadi ibu dan bapa. Banyak perkara yang kami takutkan dan bimbang!

Kemudian barulah kami menyedari, tindakan mengawal keterlaluan tidak baik untuk perkembangan personaliti dan pembelajarannya. Kini kami lebih terbuka.



Berbeza dengan adiknya, kami tidak terlalu mengawal. Lagipun kalau kami cuba mengawal tentulah tidak berapa berkesan kerana proses pembelajarannya bermula dengan meniru segala apa yang kakak lakukan. Jika kakak melakukan perkara positif, adik akan turut mengikut dan begitu juga sebaliknya. Hmm.. Satu proses yang masih panjang!

19 February, 2010

Kayu Yang Boleh Di Makan!

Ketika cuti Tahun Baru Cina yang lepas..

Di kampung tempohari, Aku menebang beberapa batang tebu untuk di makan. Di kawasan rumah ada banyak pokok tebu. Sesekali makan tebu memang "best"! di tambah dengan musim panas sekarang ni.

Nurin Iman: Kayu ni tak boleh dimakan Abah!
Aku: Ini bukan kayu la, Iman.  Ini tebu!



Masalah biasa bagi anak-anak bandar. Pokok tebu pun mereka tidak kenal! Kena kerap balik ke kampunglah nampaknya :D


30 January, 2010

Teka Teki Teka Tekuk..

2 tahun yang lepas...

Aku : Teka teki teka tekuk, Ular mati hisap rokok?
Nurin Iman : Atuk!!
Aku & Azza : (Ketawa)


Atuknya memang seorang perokok! Lucky I managed to quit smoking many years ago. Kalau tak tentu jawapannya ialah "Abah"!

26 January, 2010

Jawapan Salah!

Bila Nurin Iman  membuat latihan matematik, selalunya dia akan cuba meminta jawapannya terlebih dahulu.  Aku pula sering sahaja tidak bersetuju dengan caranya.  Aku akan katakan padanya: "Kira betul-betul tentu dapat jawapannya.."    Tetapi Azza pula ada pendekatan tersendiri..  Dia akan beri apa sahaja jawapan... yang pastinya jawapannya itu salah!


Nurin Iman : 8 + 2 = berapa emak?
Azza : 11
Nurin Iman : (Mula mengira)
Nurin Iman : Kakak dah kira tadi jawapannya 10.. bukan 11!
Azza : (Senyum) :D

Memang kanak-kanak sentiasa tidak berpuas hati dengan jawapan yang "Kita" berikan. Namun tidak semua perkara kita boleh berikan jawapan yang salah...Mungkin untuk latihan matematik boleh digunakan pendekatan ini. Perkara-perkara lain yang berkaitan dengan fakta dan kepercayaan.. jangan sekali-kali dicuba! Merbahaya!


14 December, 2009

Yokozuna Masuk Dalam Kereta!

Semalam ketika sedang menonton TV bersama..

Nurin Iman : Abah! "Yokozuna" masuk dalam kereta!  Kelakarnya...
AkuHaa.. "Yokozuna"??  Mana kamu tahu pasal "Yokozuna" nih?
Nurin ImanTengok dalam cerita Kappa Mikey dan CatDog!
Aku: Ooooo




Nurin Iman kata begitu ketika melihat iklan Milo Fuze di TV.  Macam-macamlah kanak-kanak sekarang ini. Imaginasinya dah semakin berkembang. Sampai Aku pun tak terfikir nak kaitkan iklan itu dengan Yokozuna, walaupun hampir setiap hari melihat iklan tersebut!


Kemudian baru Aku terfikir,  kadang-kadang kita sememangnya perlu melihat mesej tersirat dari perspektif yang sedikit berbeza daripada biasa untuk memahami sesuatu perkara dan situasi dengan lebih mendalam.

05 October, 2009

Cerita Kelabu?

Nurin Iman: Abah di TV ada cerita kelabu!
Aku: Errr.. cerita apa Nurin Iman? (Terpinga-pinga sekejap)

Kemudian baru teringat di TV 2 sedang ditayangkan cerita P Ramlee. Ooo itulah cerita kelabu yang dimaksudkan :D

Entah sudah berapa ratus kali ianya disiarkan di kaca tv. Yang pastinya P Ramlee telah berjaya merekrut seorang lagi peminat kecil!




shuffle b004 468x60



13 September, 2009

Akhirnya.. Dia Berjaya

"Abah.. Nurin haus.." Abah.. Nurin Lapar" Lagi sejam hendak berbuka puasa lebih hebat rengekkannya. "Nurin Iman kena sabar.. sekejap lagi hendak berbuka!" Ujarku. Dalam pada merengek-rengek itu, akhirnya dia tertidur! Kesiannya.. Tetapi apa yang penting Nurin Iman telah berjaya berpuasa penuh setelah beberapa kali mencuba. Alhamdulillah.

Dalam pada merengek-rengek itu, sempat juga dia meminta kuih donut, karipap dan "slurpee" untuk berbuka puasa :D

22 August, 2009

Hari Pertama Ramadhan

Alhamdulillah kami sekeluarga berjaya mengharungi hari pertama ramadhan. Orang yang paling "excited" untuk berpuasa sebenarnya Nurin Iman. Walaupun Nurin Iman agak sukar untuk dikejutkan dan sedikit merengek bila dah bangun, namun dia tetap bersahur bersama-sama kami.

Mungkin tahun ini dia berjaya untuk berpuasa penuh buat pertama kalinya. Semuanya nampak elok sehinggalah tengahari bila Nurin Iman merengek nak makan "koko crunch"!

01 July, 2009

Hari Terbuka

Isnin lepas kami ke sekolah kerana menghadiri hari terbuka. Pengalaman pertama sebagai ibu bapa yang mempunyai anak yang bersekolah! Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan teratur.

Kami lega kerana mendengar komen-komen positif dan negatif dari guru kelasnya mengenai prestasi pembelajaran serta sikap anak kami. Kali ini kami mendapat maklum balas tentang anak kami dari perspektif yang berbeza. Kami terima dengan hati terbuka dan gembira!

Agak mengejutkan yang Nurin Iman amat meminati matematik! (+ve) dan kadang-kadang tidak boleh ditegur (- ve) yang mana kami sememangnya amat bersetuju dengan pandangan gurunya itu. "Normal" lah tu budak-budak :D

Masih ingat masa zaman Aku bersekolah dulu setiap kali hari terbuka sekolah, Abah tak pernah terlepas untuk menghadirinya. Dari dahulu memang Aku tiada masalah sangat dalam pelajaran dan memang bukan tergolong sebagai pelajar yang bermasalah. Dan setiap kali selepas Guru kelas memberi komen dan penerangan mengenai prestasi pembelajaran, Abah akan berkata:

" Nak sain kat mana Cikgu? "
"Ni anak saya kalau dia degil rotan aje!"

Rasanya dialong yang sama dari Aku darjah 1 sehingga Tingkatan 5!


07 June, 2009

Hari Sukan Sekolah

Ini merupakan pengalaman pertama kami menyaksikan Nurin Iman dihari sukan sekolahnya. Memang menyeronokkan dan berdebar-debar, maklumlah ini kali pertama kami menghadirinya sebagai ibu bapa.

Sebulan sebelum itu Nurin Iman memang sentiasa bercerita tentang hari sukan yang bakal tiba. Seminggu sebelum hari sukan, pihak sekolah telah mengadakan latihan intensif untuk murid-murid :D

Memandangkan sekolah tempat Nurin Iman belajar baru dibuka pada awal tahun ini, terdapat masalah kekurangan pelajar dan sekolah itu hanya mempunyai 8 orang murid! Oleh yang demikian, tidak banyak acara yang boleh di sertai. Mereka akan hanya menyertai 4 acara sahaja.



Sehari sebelum hari sukan bermula, Nurin Iman demam! Kesiannya! Seminggu dia bertungkus-lumus berlatih dan begitu bersemangat, bila tiba harinya dia sakit. Walaupun demamnya masih belum pulih sepenuhnya, dia tetap bersemangat. Nurin Iman pembawa sepanduk sekolahnya semasa perbarisan perasmian. Kalau dia tidak dapat hadir tentu pening kepala cikgunya!

Ini merupakan pengalaman pertamanya menyertai acara sukan. Walaupun tidak menang, dia telah berusaha bersungguh-sungguh. Itu pun yang penting, semangat! Tak apalah Nurin Iman, tahun depan akan ada lagi. Anyway kamu baru berusia 5 tahun!


12 May, 2009

Bila Nurin Iman Penat!!??

Bila Nurin Iman penat dan malas berjalan, terpaksalah berkongsi "Stroller" dengan Adiknya. Macam-macamlah kerenahnya.. Nasib baiklah adiknya "sporting" kalau tak tentu dia dah mengamuk.


Nak di dukung dah besar, tak larat la. Ni lah pilihan yang ada. Walaupun "Stroller" tu adik yang guna sekarang, dulunya Nurin Iman yang punya. Adik sentiasa dapat barang 2nd hand dari kakaknya.. Kesian kat Adik :D

08 May, 2009

Jusco Bukit Indah

Kami ke Jusco Bukit Indah tempohari. Sejak ianya di buka memang tak pernah lagi ke sana. Tak jauh dari rumah, lebih kurang 8km. Dah tak tau nak ke mana sebenarnya. Nak pergi tempat yang dekat dengan rumah, kemudian baru teringat Jusco Bukit Indah! Selalunya kami ke Sutera Mall.




Sambil jalan-jalan dan beli pakaian untuk anak-anak. Nurin Iman pun dah tau pilih pakaiannya sendiri! Lagi beberapa tahun adiknya pun sama. Masa tu mungkin Aku akan mula pening kepala :D

29 April, 2009

Hmm, suddenly I just realized that she is only five!

Mungkin Aku yang terlebih-lebih! Panas hati tak tentu pasal. Puncanya sebab dia mewarna kurang cantik dan lambat menyiapkan tugasan sekolahnya. Rasanya masa dia berumar 3 atau 4 tahan keupayaan mewarnanya lebih baik berbanding sekarang! Kenapa prestasinya tak meningkat? Macam-macam yang bermain di fikiran Aku. Semuanya negatif! Aku agak risau dengan keadaannya!

Mungkin juga dia sedang ber “experiment” dengan warna! Mungkin dia sengaja malas? Mungkin juga dia sememangnya tidak berminat dengan tugasan tersebut atau mungkin juga dia terlalu letih di sekolah sehingga malam baru nak berusaha menyiapkan tugasan sekolahnya?

Hmm, suddenly I just realized that she is only five!
Aku tak sepatutnya meletakkan tekanan padanya. Kali ini Aku mengaku Aku silap and I’m sorry Nurin Iman..

17 March, 2009

Karya Seni - Nurin Iman

Ini ialah lukisan yang di lukis oleh Nurin Iman! Complicated! :D Semuanya ada.. dari rumah, pokok, ahli keluarga, matahari dan kapal terbang!


12 March, 2009

Nurin Iman

Balik dari Bazar JB tempohari, singgah ke Danga Bay. Memang masa mula-mula keluar rumah sepatutnya terus ke Danga Bay. Tapi bila hampir sampai di Danga Bay dan nampak macam terlalu sesak, Aku terus ke bandar. Tak apalah tunggu sejam dua, bila dah reda dalam perjalanan balik boleh singgah semula ke Danga Bay.

Tak ada apa yang menarik di Danga Bay.. cuma kebetulan hari itu ialah Valentine Day.. Memang ramai orang di situ.. Sesak :D Masa-masa macam ni di Danga Bay ramai pulak peniaga yang jual "bubble machine".. ..


Belikan Nurin Iman satu.. She's so excited bila sampai di rumah terus bermain dengannya. Budak-budak memang macam tu mana tahu sabar. Itu kira nasib baik juga.. Kalau tak dipujuk dari awal mungkin dia nak main benda tue semasa di dalam kereta lagi!


Haha.. "imagine" la kalau dia betul-betul main benda tue dalam kereta..

26 January, 2009

Nurin Iman & Sekolah - Part 2

Akhirnya pada 5hb Januari 2009 Nurin Iman secara rasminya ke sekolah! Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. She's so excited!

Selepas Azza menghantarnya, tak perlu nak menunggu...Rasanya tak ada budak-budak yang menangis masa hari pertama sesi persekolahan. Budak-budak sekarang nih dah cukup berani! Dari mana datang keberaniannya? Aku pun tak pasti, mungkin juga sejak beberapa tahun yang lepas kami sekeluarga sentiasa menceritakan segala yang baik-baik sahaja tentang sekolah :D

Sekolah ni pun baru di buka. Hanya ada 9 orang pelajar berserta dengan 2 orang guru! Bagus juga kalau tak ramai pelajar, Guru -guru dapat menumpukan lebih perhatian pada pelajar.