31 December, 2009

Azam Tahun Baru

Apa azam tahun baru anda?  Tentulah ada pelbagai jawapan. Tetapi jika difikirkan semula adakah mampu untuk kita merealisasikan azam itu dalam masa setahun?  Jawapannya ialah ya dan tidak!  Jika ia melibatkan perkara jangka pendek tentunya ia boleh dicapai dan disempurnakan dan sebaliknya.


Kebanyakkan dari kita mungkin sudah terbiasa untuk berazam dalam bentuk "kehendak". Contohnya seperti saya hendak membeli barang itu dan ini.  Hahah.. yang ini bukan azam.. ini "kehendak"! Azam jenis ini kerap dilakukan masa Aku berumur lingkungan 20an. Mungkin pada masa itu apa yang Aku fikirkan ialah "kehendak" dan kemudiannya diterjemahkan ke dalam bentuk azam. Satu konsep yang salah!

Bila semakin matang, Aku dapati bahawa azam dan kehendak merupakan dua perkara yang berbeza. Berazam untuk mengubah hidup, menambah pendapatan, mendapat anak-anak yang soleh, pergi haji, mengurang dan melagsaikan hutang.. Semuanya merupakan rancangan jangka panjang.  Sebab itu bila ditanya sekarang apa azam tahun baru anda?  Jawapan klasik ialah, "Meneruskan azam tahun lepas yang masih belum terlaksana :D"

Apa azam tahun baru anda?  Mungkinkah sama seperti Aku?  Selamat menyambut tahun 2010, semoga dimurahkan rezeki pada semua.

30 December, 2009

Al Bai Bithaman Ajil - BBA

Aku menghantar surat kepada Maybank Islamic pada bulan Mei yang lepas berkenaan dengan pengurangan kadar faedah keuntungan bagi pinjaman perumahan.  Setelah hampir 6 tahun membuat pembayaran,  rasanya telah tiba masanya untuk Aku berunding dengan pihak bank berkenaan dengan pengurangan kadar faedah keuntungan.  Kira-kira 5 tahun yang lepas kebanyakkan pinjaman berteraskan Islam (Al Bai Bithaman Ajil - BBA) tidak memberikan fleksibiliti terhadap kadar faedah keuntungan. Maksudnya kadar tetap sehingga langsai pinjaman.

Sejak tiga tahun kebelakangan ini, pinjaman perumahan berteraskan Islam (Al Bai Bithaman Ajil - BBA) telah mengalami perubahan.  Di pasaran, Aku dapati ada bank yang sudah mula menawarkan kadar faedah keuntungan boleh ubah atau "Variable Rate Financing".  Di bawah konsep ini, harga jualan ditetapkan berdasarkan kadar harga jualan manakala kadar faedah keuntungan efektif yang dikenakan ke atas pinjaman berubah mengikut BFR, asalkan ia tidak melebihi harga jualan.

Akhirnya pada awal bulan Disember, pihak bank membalas permintaan Aku bagi mengurangkan kadar faedah pinjaman. Alhamdulillah!  Kali ini kadar faedah yang ditawarkan oleh pihak bank ialah BFR - 1% sehingga langsai pinjaman dan faedah keuntungan dikira berdasarkan kadar harian. Segala terma dan syarat masih mengikut perjanjian lama.  Dalam bahasa yang mudah, jika Aku membayar ansuran bulanan pada kadar yang sama sebelum kadar rundingan bermakna Aku akan dapat melangsaikan pinjaman ini lebih awal.

Cuma bahagian yang tidak berapa seronok ialah pihak bank meletakkan syarat tambahan seperti "Exit Penalty" dikenakan sekiranya Aku melangsaikan pinjaman tersebut kurang dari 6 tahun dan yuran pemprosesan sebanyak RM200!

Sekiranya kadar BFR meningkat dengan drastik sekalipun ianya akan dikekang oleh harga jualan yang telah dipersetujui dan kadar faedah keuntungan sebelumnya iaitu tidak melebihi  7.75%.  Semuanya jelas. Amat bagus untuk menghadapi ketidak tentuan ekonomi pada masa hadapan dan ia merupakan kelebihan Al Bai Bithaman Ajil berbanding pinjaman konvensional.

Bagi yang telah membuat pinjaman perumahan samada Al Bai Bithaman Ajil atau konvensional, jika tempoh "Exit Penalty" telah tamat, bolehlah memulakan perundingan (memohon) dengan pihak bank untuk mengurangkan kadar faedah keuntungan atau bunga (interest). Ramai yang tidak mengetahui mengenai perkara ini. Di pihak bank, mereka tentulah tidak mahu memberitahu perkara ini kepada pelanggan.  Alasannya mudah, mengapa perlu mereka (bank) memberitahu perkara yang akan mengurangkan keuntungan mereka!  Jadi, sebagai pelanggan, mestilah meminta! Kalau ada peluang di pihak kita untuk mengurangkan kos, mesti tuntut!

27 December, 2009

Bahasa Melayu

Petang semalam ada kemalangan kecil berlaku di hadapan rumah kami. Anak jiran membelok keretanya tanpa memberikan isyarat menyebabkan motorsikal di belakang melanggar kereta berkenaan.  Pemandu kereta itu berbangsa Cina, manakala penunggang motorsikal pula berbangsa India.

Nasib baik tiada siapa yang cedera teruk, cuma sedikit luka dan ada komponen pada motorsikal yang pecah.  Berlaku sedikit pertengkaran kecil berkaitan dengan insiden itu.

Macam biasalah mereka menyalahkan antara satu sama lain.  Tetapi apa yang lebih mencuri perhatian ialah mereka bertengkar dan kemudiannya berunding untuk menyelesaikan tututan dengan menggunakan Bahasa Melayu!  Yeah.. Malaysia Boleh! 1 Malaysia! 

26 December, 2009

PayPal - Transfer Money To Malaysia

Kalau dahulu tentunya banyak rintangan untuk memindahkan wang dari PayPal ke akaun bank di Malaysia. Macam-macam cara digunakan.  Ada yang terpaksa membuka akaun bank di Singapura dan ada juga yang terpaksa membuka akaun kad debit dari luar negara semata-mata untuk membolehkan "fund" dari PayPal  dikeluarkan di Malaysia melalui mesin ATM! 






Sekarang sudah tidak menjadi masalah lagi.  Pemilik akaun PayPal sudah boleh memindahkan wang ke akaun bank di Malaysia dengan mudah.  Pemindahan wang ke akaun bank di Malaysia cuma mengambil masa  2 hingga 3 hari.  Untuk pengeluaran melebihi RM400, tiada caj dikenakan tetapi bagi pengeluaran kurang dari jumlah tersebut setiap transaksi di kenakan caj sebanyak RM3.

Untuk keterangan lanjut sila layari PayPal.




25 December, 2009

Floppy Disk

19 tahun yang lalu.. Masa itu Aku berada di tingkatan 4. Di sekolah Aku belajar Asas Pemprosesan Maklumat.  Mata pelajaran wajib bagi pelajar aliran vokasional,  Kursus Pengurusan Perniagaan. Untuk menggunakan komputer IBM 286 di makmal komputer sekolah, kami memerlukan 2 unit Floppy Disk.  Unit pertama mengandungi "Sistem Pengeoperasian" iaitu MS-DOS dan unit kedua digunakan untuk menyimpan data atau lebih dikenali sebagai "Cakera Kerja". Perkara pertama yang diajar oleh Cikgu ialah bagaimana untuk menyediakan Floppy Disk untuk dijadikan cakera kerja.  Oh ya.. bagaimana mana untuk mem "Format" Floppy Disk sebenarnya!  Pada zaman tersebut setiap Floppy Disk yang baru masih belum di "Format"!  Di  MS-DOS prompt:  A:\> Format A:


Masih teringat ketika pertama kali hendak membeli Floppy Disk pertama di sebuah kedai komputer. Bagi seorang budak yang berusia 16 tahun pada zaman tersebut, tentulah pelik jika masuk ke kedai komputer!  Tuan punya kedai tentunya tertanya-tanya apa yang di cari oleh budak tersebut atau mungkin memikirkan yang budak itu tersalah masuk kedai!

Aku: Encik saya hendak membeli Floppy Disk bersaiz 3.5 inci.
Tuan Kedai:  Ada.. Satu unit RM7!  Siap Format!
Aku: Ooo.. Saya boleh Format sendiri.
Tuan Kedai: (Melihat Aku dari atas ke bawah) 
Tuan Kedai:  Kat depan ada PC.. Buat sendiri ye..
Aku: Ok..
Tuan Kedai:  Sebab Format sendiri Harga tolak RM1
Aku: (Senyum).. :D

Pada zaman tersebut  Floppy Disk (Double Desity) hanya mampu menyimpan data berkapasiti 720kb! Kini, Floppy Disk semakin dilupakan semenjak popularnya teknologi USB "Thumb Drive" yang boleh menyimpan berkali-kali ganda data berbanding Floppy Disk.  Sekarang ini semuanya mudah!  

23 December, 2009

Activate Twitter via SMS

Akhirnya perkhidmatan yang ditunggu-tunggu telah tiba!  Twitter Via SMS!  Berbanding dengan Facebook Aku sebenarnya lebih banyak menggunakan Twitter. Secara peribadi, Aku sukakan Twitter kerana ia mudah dan ringkas. Sehinggakan untuk mengemaskini status di Facebook, Aku gunakkan Twitter.





Pengguna perkhidmatan ini akan di caj RM1 seminggu untuk "unlimited tweet" dan pengguna juga dibolehkan mendaftarkan sehingga 5 nombor telefon mudah alih untuk membolehkan mereka melakukan "tweet" pada bila-bila masa.




Selepas mengaktifkan Twitter Via SMS, pengguna dikehendaki mengaktifkan applikasi Channel X SMS tweet by Celcom. 



Tujuan mengaktifkan applikasi ini ialah untuk memberi akses dan kawalan terhadap data/status di Twitter melalui SMS.



Untuk keterangan lebih lanjut sila rujuk Channel X dan Twitter untuk tutorial.

22 December, 2009

Google Translate

Dalam kesibukan yang amat sangat ini sempat juga Aku membuat penambah baikan fungsi di blog ini.  Kali ni Aku telah memudahkan agar blog ini di terjemah ke Bahasa Photobucket dan Bahasa Photobucket dengan menggunakan "Google Translate".

Walalupun "translation engine" dari "Google Translate" masih belum seratus peratus tepat terutamanya apabila  ia menterjemah dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris, ianya sedikit sebanyak dapat memberi kefahaman tentang kandungan blog ini dalam Bahasa Inggeris.

Terjemahan "Google Translate" dari Bahasa Melayu ke Bahasa Indonesia boleh dipuji kerana kadar ketepatnnya agak tinggi. Bila terjemahan selesai dibuat,  hasilnya amat mengagumkan! Seolah-oleh blog ini ditulis dalam Bahasa Indonesia tulen! Mungkin disebabkan Bahasa Indonesia dan Bahasa Melayu berasal dari rumpun yang sama dan ketepatan "translation engine" seharusnya lebih bagus dari terjemahan ke lain-lain bahasa.

"Google Translate" juga boleh gunakan untuk membaca blog atau halaman web yang ditulis dalam bahasa asing  untuk diterjemahkan ke dalam bahasa yang lebih mudah untuk difahami. Buat masa ini  "Google Translate" menyokong terjemahan ke dalam 51 buah bahasa utama dunia.

14 December, 2009

Yokozuna Masuk Dalam Kereta!

Semalam ketika sedang menonton TV bersama..

Nurin Iman : Abah! "Yokozuna" masuk dalam kereta!  Kelakarnya...
AkuHaa.. "Yokozuna"??  Mana kamu tahu pasal "Yokozuna" nih?
Nurin ImanTengok dalam cerita Kappa Mikey dan CatDog!
Aku: Ooooo




Nurin Iman kata begitu ketika melihat iklan Milo Fuze di TV.  Macam-macamlah kanak-kanak sekarang ini. Imaginasinya dah semakin berkembang. Sampai Aku pun tak terfikir nak kaitkan iklan itu dengan Yokozuna, walaupun hampir setiap hari melihat iklan tersebut!


Kemudian baru Aku terfikir,  kadang-kadang kita sememangnya perlu melihat mesej tersirat dari perspektif yang sedikit berbeza daripada biasa untuk memahami sesuatu perkara dan situasi dengan lebih mendalam.

09 December, 2009

Politik & Ekonomi?

Antara Politik dan Ekonomi?  Selalunya Aku akan mengelakkan dari menulis tentang politik.  Bukannya apa,  rasanya kurang sesuai dengan tema blog ini.  Jika Aku sentuh isu ini, mungkin Aku akan menulisnya di blog  lain yang bersesuaian. Tetapi ini tidak bermakna Aku mengabaikannya. Masih lagi ambil kisah dan mengikuti dengan teliti perkembangannya.

Mungkin topik ekonomi ini lebih dekat dengan diri, maklumlah bekas pelajar jurusan ekonomi semasa di Universiti dulu.  Kadang-kadang mata tidak dapat mengelak bila ternampak tajuk di akhbar tentang Indeks Harga Pengguna, kadar Inflasi, pengangguran dan kadar faedah . Tentu terus membacanya sampai habis!  Itulah nadi penting tentang keadaan ekonomi semasa!

Kalau bercerita tentang keadaan semasa,  semestinya Aku amat risau. Tak perlulah diterangkan panjang lebar kenapa Aku risau mengenainya.  Laporan di akhbar tentang keadaan ekonomi dunia sudah cukup untuk menceritakan segala-galanya.   Baru sahaja mahu pulih dari kesan kegawatan sub prima di Amerika, kita sekali lagi di kejutkan dengan krisis kewangan Dubai! 

Harap-harap dengan kedatangan tahun baru 2010 akan menampakkan tanda-tanda pemulihan dan memberi sinar baru pada ekonomi Malaysia khasnya.  Insyallah.

03 December, 2009

Aidil Adha 09

Esok Raya Haji, pukul 7 masih lagi ada di pejabat.  Ada urusan yang perlu diselesaikan, maklumlah ada rakan sekerja yang sudah bercuti awal.  Setibanya di rumah sudah hampir pukul 7:30 malam.  Penat seharian bekerja belum hilang lagi.  Selesai solat maghrib terus tidur.  Sedar-sedar jam dah pun menunjukkan pukul 11:30 malam.  Terus bangun dan berpesan pada Azza supaya memasukkan barang-barang ke dalam kereta.  Kami bertolak untuk pulang ke Kluang pukul 12:30 pagi..

Sampai di Kluang lebih kurang pukul  1:40 pagi. Ini baru betul-betul pagi hari raya!  Abah kata tempohari dia akan buat "korban", memandangkan kami tiba diawal pagi memang tak nampak langsung lembu korban yang ditambat di belakang rumah.



Bila sudah pagi, barulah nampak lembu itu di belakang rumah!  Ibadah korban di lakukan di rumah Abah sebaik sahaja selesai Solat Sunat Aidil Adha.  Memandangkan hari itu ialah hari Jumaat, kerja-kerja menyembelih serta melapah dilakukan dengan agak pantas dan sebelum pukul 11:30 pagi semuanya telah di selesaikan. Alhamdulillah..

Hari itu Aku dapat satu ilmu baru.  Anggaran berat daging korban dengan mudah boleh ditentukan dengan menimbang jantungnya.  Oooo ..macam tu rupanya.  Cuma Aku tak berapa pasti kira-kiranya macam mana. Mungkin macam kita ukur lilitan pinggang dengan mengambil ukur lilit leher?  Mungkin kot :D