09 December, 2009

Politik & Ekonomi?

Antara Politik dan Ekonomi?  Selalunya Aku akan mengelakkan dari menulis tentang politik.  Bukannya apa,  rasanya kurang sesuai dengan tema blog ini.  Jika Aku sentuh isu ini, mungkin Aku akan menulisnya di blog  lain yang bersesuaian. Tetapi ini tidak bermakna Aku mengabaikannya. Masih lagi ambil kisah dan mengikuti dengan teliti perkembangannya.

Mungkin topik ekonomi ini lebih dekat dengan diri, maklumlah bekas pelajar jurusan ekonomi semasa di Universiti dulu.  Kadang-kadang mata tidak dapat mengelak bila ternampak tajuk di akhbar tentang Indeks Harga Pengguna, kadar Inflasi, pengangguran dan kadar faedah . Tentu terus membacanya sampai habis!  Itulah nadi penting tentang keadaan ekonomi semasa!

Kalau bercerita tentang keadaan semasa,  semestinya Aku amat risau. Tak perlulah diterangkan panjang lebar kenapa Aku risau mengenainya.  Laporan di akhbar tentang keadaan ekonomi dunia sudah cukup untuk menceritakan segala-galanya.   Baru sahaja mahu pulih dari kesan kegawatan sub prima di Amerika, kita sekali lagi di kejutkan dengan krisis kewangan Dubai! 

Harap-harap dengan kedatangan tahun baru 2010 akan menampakkan tanda-tanda pemulihan dan memberi sinar baru pada ekonomi Malaysia khasnya.  Insyallah.

No comments: