dan Bahasa
dengan menggunakan "Google Translate".Walalupun "translation engine" dari "Google Translate" masih belum seratus peratus tepat terutamanya apabila ia menterjemah dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris, ianya sedikit sebanyak dapat memberi kefahaman tentang kandungan blog ini dalam Bahasa Inggeris.
Terjemahan "Google Translate" dari Bahasa Melayu ke Bahasa Indonesia boleh dipuji kerana kadar ketepatnnya agak tinggi. Bila terjemahan selesai dibuat, hasilnya amat mengagumkan! Seolah-oleh blog ini ditulis dalam Bahasa Indonesia tulen! Mungkin disebabkan Bahasa Indonesia dan Bahasa Melayu berasal dari rumpun yang sama dan ketepatan "translation engine" seharusnya lebih bagus dari terjemahan ke lain-lain bahasa.
"Google Translate" juga boleh gunakan untuk membaca blog atau halaman web yang ditulis dalam bahasa asing untuk diterjemahkan ke dalam bahasa yang lebih mudah untuk difahami. Buat masa ini "Google Translate" menyokong terjemahan ke dalam 51 buah bahasa utama dunia.
No comments:
Post a Comment