Showing posts with label Gameboy Advance SP. Show all posts
Showing posts with label Gameboy Advance SP. Show all posts

13 March, 2010

Gameboy Vs Gamegirl

Kami ada dua unit Gameboy Advance SP. Memang Aku sengaja membelinya dahulu kerana ia tahan lasak dan banyak permainan "retro". Kini, Nurin Iman juga selalu bermain dengannya.

Sambil dia bermain dengan Gameboy, Dia bertanyakan satu soalan yang Aku tidak dapat menjawabnya...

Nurin Iman: Abah kenapa nama dia Gameboy?
Aku: Memang dah itu nama yang diberi.. 





Aku: Kalau bukan Gameboy nak letak nama apa?
Nurin Iman: Gamegirl!
Aku: ??

Jumpa Pakcik Wiki untuk mencari jawapannya - dan sumber dari Wikipedia -  "known as the "Tata Game Boy". It is the first handheld console in the Game Boy line, and was created by Gunpei Yokoi and Nintendo's Research and Development 1—the same staff who had designed the Game & Watch series as well as several popular games for the Nintendo Entertainment System."


02 April, 2009

Extend Multimedia Functions on Gameboy

Mungkin ramai diantara kita yang masih lagi menyimpan alat klasik ni! Aha.. Gameboy Advance atau Gameboy Advance SP. Ini ialah "Ultimate Handheld Gaming Machine" pada zamannya dan masih mampu bertahan sehingga kini. Tentulah sejak munculnya PSP dan DS ke"popularan"nya sedikit pudar. Untuk pengetahuan, sebenarnya Gameboy Advance/SP di reka sebagai "Pure Gaming Device" tanpa keupayaan multimedia.


Dengan sedikit pelaburan, kita boleh meningkatkan keupayaan multimedia. Untuk projek ini Aku pilih "Supercard + Mini SD card". Dengan Supercard ini kita boleh copy "GBA ROM" yang di download dari internet/"Homebrew ROM" dan kemudiannya di simpan ke Mini SD card. "Supercard" ini boleh menyokong Mini SD card sehingga 2GB! Kalau dah boleh support 2GB, senang cerita kita boleh copy 500 "GBA ROM" kalau diandaikan setiap "ROM" ialah 4MB. Eh betul ke Aku punya kira-kira ni! Kalau salah tolong maafkan yek.



Mudah menggunakan "Supercard" ini, lebih-lebih lagi dengan adanya storan luaran "Mini SD" yang mudah digunakan untuk mengemaskini "GBA ROM" yang ada. Selain itu "Supercard" juga menyokong fungsi "Realtime Save". Maksudnya kita boleh save game pada bila-bila masa tanpa mengira level dan sambung semula permainan atau sambung semula permainan pada hari yang lain!

Kita juga boleh membuat direktori pada menu utama. "Supercard" juga menyokong fungsi "Cheat" untuk menipu permainan :D



MP3 juga boleh di "convert" untuk dimainkan pada Gameboy Advance SP ini. Software/Converter untuk "Supercard" boleh melakukannya dengan agak cepat. Cuma kualitinya tak berapa baik sebab akan jadi "Mono". "Gameboy Advance SP" tu pun memang ada mono speaker aje pun..

Kalau mengikut "manual" dari "Supercard" website, Video juga boleh di "convert" untuk di mainkan ke "Gameboy Advance SP". Tapi setelah mencuba beberapa kali, masih tak berjaya! :( Hanya keluar suara sahaja, imej videonya tak kelihatan. Mungkin kalau menggunakan "Gameboy Advance Micro" boleh keluar kot.. sebab dalam keluarga "Gameboy Advance", Model "Micro" paling baru.

"Supercard" juga boleh digunakan untuk membaca ebook, tetapi ebook yang mempunyai format *.txt sahaja.

Apa-apa pun dengan menggunakan "Supercard" kita tak perlu lagi membawa beberapa katrij games kerana semuanya telah di "copy" ke dalam "Supercard"! Mudah untuk di bawa dan saiz Supercard itu sendiri sama besar dengan katrij "original game".

Ambil kesempatan sementara harga "Memory Card" sedang murah sekarang ini. Mini SD 2GB boleh di beli dengan harga dibawah RM35. "Supercard" boleh didapati di Dealextreme dengan harga USD16.26 atau lebih kurang RM60 dengan free shiping. Cuma letih la nak tunggu "shipment", kurang-kurang pun 2 minggu baru tiba depan pintu rumah.

Aku upgarade Gameboy Advance SP ini sebenarnya buat Nurin Iman. Kadang-kadang je Aku sentuh, itu pun sebab nak main game "Street Fighter"! Hehe.. "Arcade Retro".

**Buy Gameboy Advance/SP Accessories here!