Showing posts with label Internet. Show all posts
Showing posts with label Internet. Show all posts

09 April, 2010

Ccleaner - Version 2.30.1130

Utiliti mengurus cookies/temp internet files telah pun di kemaskini ke versi 2.30.1130. Review mengenai perisian utiliti ini boleh di rujuk "entry" ini - CCleaner - Mengurus Cookies/Temp Internet Files


Aku menggunakkannya untuk memastikan privasi sentiasa terjamin iaitu untuk memadam "cookies" dan "temp internet files" selepasa menutup browser. Utiliti percuma dan berkualiti yang perlu ada bagi setiap pengguna Windows!




CCleaner - Freeware Windows Optimization



   
CCleaner v2.30.1130 (29 Mar 2010)
- Improved Firefox History cleaning to remove orphaned items.
- Improved Opera History cleaning.
- Improved Options Include/Exclude screens.
- Added manual domain adding for Cookies to keep list.
- Added time remaining to Wipe Free space.
- Added context menu to Summary Results for individual rule cleaning.
- Added context menu to Detailed Results to add file to Exclude list.
- Improved Firefox database compacting.
- Improved support for OpenOffice.
- Improved support for screen reader.
- Improved registry detection and backup support for 64-bit OSs.
- Improved Free Space wiping routines.
- Fixed bug in application detection algorithm.
- Minor GUI improvements.


08 April, 2010

Blog Ini Kembali Ke PR3

Segala usaha bertahun-tahun tiba-tiba lenyap. Sebelum menukar domain, blog ini sudahpun mencapai PR3. Memang pun sejak dari awal lagi Aku sudah menjangka yang PageRank akan terjejas jika Aku meneruskan hajat untuk bertukar ke "Custom Domain". Jadi, Aku terima dengan hati yang terbuka yang Aku akan bermula semula dari bawah.



Page Rank


Semalam cuba untuk menyemak semula PageRank blog ini menggunakan domain baru. Terkejut sekejap kerana ia sudah kembali berstatus PR3. Alhamdulillah! Aku sangat gembira. Selama sebulan blog ini tiada PageRank!



Apa itu PageRank?
Benefits on having a High PageRank (PR)
Google PageRank Checker



07 April, 2010

Mozilla Firefox 3.5.9

Bagi pengguna yang belum besedia menggunakkan Mozilla Firefox Versi 3.6.X, pihak Mozilla juga telah mengemaskini Mozilla Firefox 3.5.X kepada Versi yang terbaharu iaitu Versi 3.5.9.

Seperti yang Aku tulis pada "entry" sebelumnya mengenai Mozilla Firefox Versi 3.5.8. Versi 3.5.9 dikeluarkan pada 30 March 2010.



Menurut pihak Mozilla Versi 3.5.9 dikemaskini untuk memperbaiki beberapa isu yang berkaitan dengan "security" dan beberapa isu berkaitan dengan kestabilan browser.

Boleh rujuk "entry" ini. http://www.anif.co.cc/2010/03/mozilla-firefox-35x-vs-mozilla-firefox.html

01 April, 2010

Mozilla Firefox 3.6.3

Bagi yang sudah menggunakkan Mozilla Firefox 3.6.2, Versi 3.6.3 akan dikemaskinikan secara "automatik".  Bagi yang masih menggunakkan versi sebelumnya bolehlah mendapatkannya di Mozilla.



Menurut Mozilla, Versi 3.6.3 ini dikeluarkan untuk memperbetulkan "bug 555109" - Critical Security Issue that could potentially allow remote code execution (see bug 555109) yang telah dilaporkan pada versi sebelumnya.


Aku telah pun mengemaskini Mozilla Firefox ke Versi 3.6.3 dan Aku dapati semuanya berfungsi dengan baik. Buat masa ini Aku tidak menjumpai lagi sebarang "bug" yang menganggu tugasan dan applikasi rutin.

27 March, 2010

Mozilla Firefox 3.6.2

Mozilla 3.6.2 telah pun sedia untuk dimuat turun. Didalam versi ini segala "bug" yang diketahui wujud pada versi 3.6 telah pun diperbaiki. Rujuk entry terdahulu berkenaan bug pada Mozilla Firefox 3.6 -  http://www.anif.co.cc/2010/02/mozilla-firefox-36-bug-found.html




Sebaik sahaja mengetahui bahawa browser ini telah sedia dimuat turun, Aku segera mengemaskini Mozilla Firefox 3.5.8 ke versi terbaharu iaitu versi 3.6.2 dan terus mengujinya. Sehingga sekarang semuanya baik-baik sahaja. Tiada "bug" dan Aku sangat gembira!

08 March, 2010

Ccleaner - Version 2.29.1111

Utiliti mengurus cookies/temp internet files telah pun di kemaskini ke versi 2.29.111. Review mengenai perisian utiliti ini boleh di rujuk "entry" ini - CCleaner - Mengurus Cookies/Temp Internet Files


Aku menggunakkannya untuk memastikan privasi sentiasa terjamin iaitu untuk memadam "cookies" dan "temp internet files" selepasa menutup browser. Utiliti percuma dan berkualiti yang perlu ada bagi setiap pengguna Windows!




CCleaner - Freeware Windows Optimization

CCleaner v2.29.1111
  • Improved speed when loading Cleaner screen.
  • Improved Registry Cleaner speed when displaying issues.
  • Improved Registry Cleaner performance when fixing issues.
  • Changed Wipe MFT Free Space to run before Wipe Disk Free Space.
  • Improved Include and Exclude screen when browsing for folders and files.
  • Added Recursive support to Custom folders in Include screen.
  • Added support to specify multiple file types for Custom folders in Include screen and INI files.
  • Improved how Language Resource DLLs are loaded into memory.
  • Improved application detection algorithm.
  • Improved internal communication between process threads.
  • Improved file scanning when scanning system folders.
  • Improved Windows 7 and IE8 support.
  • Minor GUI text changes.
Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.ccleaner.com

    07 March, 2010

    Mozilla Firefox 3.5.X Vs Mozilla Firefox 3.6

    Setelah menguji Mozilla Firefox Versi 3.6 selama beberapa minggu, akhirnya Aku membuat kesimpulan yang versi tersebut memang mengandungi "Bug". "Bug" ini akan diperbaiki dengan pelancaran Mozilla Firefox Versi 3.6.2.  Buat masa ini, pihak Mozilla masih belum mengumumkan tarikh pelancarannya. Rujuk "entry" ini berkenaan "Bug" pada Mozilla Firefox 3.6 - http://www.anif.co.cc/2010/02/mozilla-firefox-36-bug-found.html.

    Baiklah, untuk tidak menganggu kelancaran berinternet, Aku membuat keputusan drastik iaitu dengan menggunakkan kembali Mozilla Firefox Versi 3.5.7 yang terbukti kestabilannya dan kemudiannya mengemaskini ke Versi 3.5.8. Ini merupakan Versi terkini untuk Mozilla Firefox Versi 3.5.X. Mozilla Firefox 3.5.8 baharu sahaja dilancarkan pada bulan Februari yang lepas.



    Menurut Mozilla lagi, versi  3.5.9 akan dilancarkan dan sedia untuk dimuat turun pada 30 March 2010. Buat masa ini Aku akan menggunakkan Mozilla Firefox Versi 3.5.X sehingga "Bug" pada Versi 3.6 diperbaiki.


    20 February, 2010

    Mozilla Firefox 3.6 - Bug Found!

    Setelah menguji Mozilla Firefox 3.6 selama beberapa hari, Aku dapati ia terbukti pantas dan stabil. Walau bagaimanapun terdapat sedikit masalah semasa menggunakannya di blogger. Apabila kita menambah "Page Elements" dan kemudiannya ingin membuat susun atur, ia tidak dapat digerakkan!




    Selalunya kita bebas untuk menentukkan susun atur "Page Elements" di layout dengan hanya menekan butang kiri tetikus tanpa dilepaskan dan bebas menentukan ke mana widget hendak diletakkan.

    Pada mulanya Aku sangkakkan yang blogger sedang menghadapi gangguan teknikal. Kemudian tergerak untuk menggunakkan "Google Chrome". Semasa menggunkkan Chrome semua fungsi semua fungsi "Page Elements" di "Layout" dapat digunakkan sepenuhnya. Daripada membuat susun atur widget sehingga membuang widget yang tidak dikehendaki juga dapat dilakukan dengan sempurna.

    Jadi Aku membuat kesimpulan, Mozilla Firefox 3.6 mengandungi "bug" apabila digunakkan di blogger terutamanya untuk meng "edit" template!

    18 February, 2010

    Linksys Wireless-N WRT160N

    Ruang pejabat di tingkat bawah perlukan sambungan internet tetapi network port sudah diguna semuanya. Jadi untuk menyelesaikan masalah ini Aku harus mendaptkan "Wireless Router/Gateway". Untuk projek kali ini Aku telah menetapkan sedari awal untuk mendapatkan Wireless Router berspesikasi N. Spesifikasi terpantas yang ada dipasaran ketika ini iaitu135MBit/s!



    Sebaik sahaja menerima router ini daripada pembekal, Aku terus membuka dan menguji. Terkejut kerana Aku dapati router ini tidak mempunyai antena! Mula rasa sangsi tentang keupayaan liputannya. Cukup atau tidak untuk meliputi seluruh ruang di tingkat bawah?


    Ternyata tanggapan awal Aku silap! Setelah diuji Aku dapati kadar liputan router ini juga lebih dua kali ganda dari mana-mana versi router berspefikasi B/G walaupun tanpa antena. Sekarang sudah lebih seminggu router ini beroperasi. Nampaknya tiada aduan tentang prestasi atau kehilangan liputan. Aku kagum.



    Untuk keterangan lebih lanjut mengenai router ini, sila layari http://www.linksysbycisco.com dan http://www.linksysbycisco.com/APAC/en/products/WRT160N?lid=LearnMore


    12 February, 2010

    Mozilla Firefox 3.6

    Tergerak hati untuk memeriksa samada terdapat versi terkini Mozilla Firefox. Klik --> Help --> Check For Updates. Whoa.. dah ada rupanya. Terus memuat turun versi 3.6 browser ini untuk diuji kehebatannya. Secara umumnya, terasa lebih ringan dan lebih pantas. 




    Aku akan uji browser ini sepanjang minggu. Harap-harap kejadian "Crash"  secara mengejut tidak lagi berlaku seperti pada versi 3.5.7!



    Biasanya Mozilla Firefox akan mengemaskini kepada versi terbaharu secara automatik. Tetapi kalau sudah tidak boleh bersabar lagi, kemaskinilah ia secara manual. Untuk keterangan lebih lanjut dan muat turun sila rujuk http://www.mozilla.com/en-US/firefox/personal.html.

    21 January, 2010

    Mukabuku Tidak Seronok Lagi!

    Pagi ini Aku mendapat panggilan telefon dari seorang staff dari jabatan lain. Beliau mahu tahu bagaimana untuk memadam akaun Facebook! Sudah pasti Aku tidak bertanyakan sebabnya. Sebaliknya Aku terus memberikan tunjuk ajar. ** Oh.. itu mudah.. Cuma perlu masuk ke akaun Facebook --> Settings  --> Deactivate Account. Kemudian jawablah semua soalan yang ditanya. Selesai!

    Kenapa hendak dipadam akaun tersebut?  Mungkinkah Facebook tidak lagi seronok dan memberi faedah?

    Banyak sebab mengapa seseorang itu tidak lagi merasa seronok apabila berada di halaman web rangkaian sosial. Walau apa pun alasannya, sebab paling utama ialah berkenaan "Privacy"!

    Facebook secara tidak langsung akan mendedahkan sejarah hidup seseorang secara perlahan-lahan. Contohnya, melalui gambar-gambar lama yang di "upload" serta komen-komen yang tidak bertapis oleh diri sendiri atau pun rakan-rakan yang lain.

    Selain daripada itu, berpunca dari kesilapan menambah dan meluluskan akaun juga memberi kesan yang besar terhadap perubahan tahap keseronokkan bersosial di Facebook.  Katakanlah secara sengaja melulusakan permohonan boss anda untuk menjadi rakan di Facebook.  Tentulah akan menjadi mustahil bagi pekerja untuk mengutuk bossnya di status :D

    Walau apa pun sebabnya, pastinya Aku amat tertarik dengan satu "entry" berkenaan dengan Facebook yang Aku secara tidak sengaja terjumpa ketika melakukan "Blog Walking".  Sila singgah sebentar ke blog nurul cakapcakap - http://nurulcakapcakap.blogspot.com/2010/01/not-so-cool-things.html  Aku amat bersetuju dengannya 100%


    15 January, 2010

    Dilemma Pentadbir IT..

    Banyak organisasi kini telah pun menghalang akses ke halaman web rangkaian sosial dan " streaming media". Dari sudut pandangan pihak pekerja dan kakitangan, halangan sebegini seolah-olah menyekat kebebasan mereka. Manakala dari sudut pandangan pihak syarikat terutamanya pihak pentadbir IT, tindakan yang diambil ini adalah amat wajar.

    Bukan untuk menidakkan hak sesiapa untuk mendapatkan maklumat. Situasi yang Aku gelar "Ditelan mati emak, diluah mati bapak". Maklumlah yang hendak disekat dan ditapis itu internet, yang sekarang ini sudahpun dikira sebagai keperluan dan yang menjadi mangsa ialah rakan-rakan sepejabat!

    Mungkin para pekerja serta kakitangan syarikat tidak menyedari bahawa menggunakan kemudahan internet untuk mengakses halaman web rangkaian sosial dan "streaming media" sebenarnya akan memaksimumkan penggunaan "bandwidth". Apabila penggunaan "bandwidth" hampir ke tahap maksimum, ia akan menyebabkan kesesakan trafik di dalam sistem rangkaian tempatan. Seterusnya akan menyebabkan perkhidmatan dan sistem lain yang menggunakkan rangkaian yang sama akan turut terjejas. Sebab itu pengawalan dan penapisan terhadap halaman rangkaian web sosial dan "streaming media" amat diperlukan.
     
    Oh ya.. Aku menulis dari perspektif pentadbir IT :D

    02 September, 2008

    Perang Browser?

    Akhirnya browser yang di tunggu-tunggu telah pun sedia untuk di download. Browser dari Google ini di panggil "Google Chrome" sudah pastinya akan memberi saingan kepada Internet Explorer. Teringat masa lewat 90an, perang browser antara Internet Explorer vs Netscape dan kemudiannya Internet Explorer vs Mozilla.
    Pakailah mana-mana browser pun. Sebenarnya ini ialah masalah citarasa. Kalau tak suka Internet Explorer pakailah Mozilla Firefox. Kalau tak suka Mozilla Firefox boleh cuba Opera atau Safari dan kalau nak mencuba browser Google Chrome apa salahnya. Kesemuanya percuma!

    Aku dah cuba dan guna kesemuanya..haha

    Download Google Chrome
    Download Safari
    Download Opera
    Download Mozilla Firefox
    Update Internet Explorer 7

    01 April, 2004

    Link Exchange

    Sila tinggalkan "URL" blog anda di sini. Caranya cukup mudah. Anda cuma perlu mengisi Nama atau Nama Blog dan URL. Kemudian tekan "ENTER".  Kebiasannya link akan dikemaskini ke dalam database dalam masa seminit. Untuk memastikan link telah pun di kemaskini, sila tekan F5 atau refresh page ini.

    Jika Anda menghadapi masalah untuk memasukkan "URL" di sini, sila tinggalkan "URL" dan Nama blog di dalam ruangan komen. Insyallah Aku akan "update" link tersebut ke dalam database.

    Sekian terima kasih.